BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, December 31, 2008

- jom turun padang -





FAQ berikut berkaitan Task Force: New Year '09 yang akan berlangsung di KLCC bermula petang ini.

[1*] Siapakah yang menganjurkan Task Force?

Task Force dianjurkan secara bersama oleh Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (Karisma) dengan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM). Karisma merupakan sayap belia yang bernaung di bawah JIM, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar secara sah.

Karisma dan JIM bertindak sebagai penganjur, manakala tugas sebagai sukarelawan Task Force terbuka kepada seluruh individu, walaupun bukan ahli Karisma dan JIM.

[2*] Apakah itu Task Force?

Task Force merupakan program yang dianjurkan selama dua kali setahun, iaitu pada dua tanggal yang diraikan oleh rakyat Malaysia; 31 Ogos (Sambutan Hari Kemerdekaan) dan 1 Januari (Sambutan Tahun Baru). Program ini akan bermula pada petang sebelum hari kejadian, dan bakal tamat pada waktu malam atau pagi keesokan harinya (durasinya adalah opsyenal dan fleksibel).

Program ini memberi peluang kepada para sukarelawan untuk menyantuni ummah. Di kala masyarakat sedang asyik meraikan dua sambutan yang cukup meriah ini, para sukarelawan bakal mengambil tempat di kalangan orang ramai untuk mendekati mereka dengan menyampaikan mesej-mesej moral yang bermanfaat.

[3*] Apakah kepentingan mengadakan Task Force?

Dakwah merupakan kewajipan semua umat Islam, dan Task Force merupakan salah satu medium untuk menyampaikan risalah Islam. Sebagai umat Islam yang prihatin dengan perkembangan umat semasa, perlu wujud sekelompok masyarakat yang berperanan dalam menyampaikan nasihat dengan penuh kesabaran dan kasih sayang.

Task Force mungkin sukar untuk memberi impak yang drastik dalam memperbaiki keadaan masyarakat, tetapi usaha-usaha sebegini amat penting demi menerajui perubahan. Sekurang-kurangnya, masih ada umat Islam yang komited untuk menyebarkan dakwah. Biarpun prosesnya bergerak perlahan, ini lebih baik dari tidak melakukan apa-apa.

Kita sekadar lakukan kerja kita, selebihnya kita serahkan kepada Allah Ta'ala. Mana tahu, hasil dari kerja yang tampak remeh ini, dapat melembutkan hati mana-mana individu yang disantuni? Alhamdulillah!

[4*] Apakah modus operandi yang bakal dilakukan sepanjang Task Force?

Tugasan para sukarelawan ialah untuk mendekati masyarakat dengan menyebarkan bahan edaran yang disediakan. Selain itu, para sukarelawan sangat digalakkan untuk berbual ringkas dengan individu yang diladeni (sekiranya keadaannya sesuai), untuk memastikan dakwah berlangsung dengan lebih baik.

Secara umumnya, modus operandi menerusi Task Force mementingkan konsep dakwah secara berhikmah (bijaksana) sejajar dengan ajaran Islam. Para sukarelawan akan dibahagikan ke dalam beberapa kelompok kecil sepanjang proses mengedarkan risalah.

[5*] Apakah aturcara Task Force?

Task Force akan bermula seawal jam 5.00 petang. Setelah selesai sesi taklimat dan ta'aruf, para sukarelawan akan dibahagikan ke dalam beberapa kumpulan kecil. Menerusi kumpulan tersebut, edaran risalah akan berjalan.

Task Force akan dilaksanakan secara berterusan (kerehatan diizinkan) hingga jam 11.00 malam. Sesi perkongsian akan diteruskan sehingga jam 12.00 tengah malam. Aktiviti berikutnya, yakni qiyamullail ialah bersifat opsyenal.

[6*] Bagaimana kalau tidak dapat hadir seawal 5.00 petang?

Jangan risau. Sesi ta'aruf dan taklimat akan berlangsung selama beberapa kali, seperti yang tertera di bawah ini:

Kali Pertama: 5.00 petang
Kali Kedua: 6.30 petang
Kali Ketiga: 7.45 petang
Kali Keempat: 8.45 malam
Kali Kelima: 10.00 malam (kurang digalakkan)

Walaubagaimanapun, para sukarelawan digalakkan untuk hadir seawal mungkin.

[7*] Apa yang perlu saya buat untuk menyertai Task Force?

Sila berkumpul di Masjid Asy-Syakirin, KLCC. Cari Checkpoint Task Force di dalam kawasan masjid dan daftarkan diri anda. Sila laporkan diri kepada Koordinator, Dini Syarif (+6012.930.7522). Semua umat yang prihatin dijemput hadir.

[8*] Apa yang perlu saya pakai, atau bawa?

Sila pakai pakaian berwarna terang, seperti warna putih, kuning, jingga atau merah. Ini adalah untuk memudahkan proses pengesanan sukarelawan, di samping warna yang agak menarik dalam proses untuk mendekati masyarakat. Elakkan pakaian yang terlalu menonjolkan imej Islam (baju melayu, kopiah dan sebagainya).

Jika anda mempunyai bahan edaran, amat digalakkan untuk dibawa bersama. Sila tunjukkan bahan tersebut terlebih kepada Koordinator.

Maklumat lanjut boleh diperolehi dari manual yang akan dikongsikan. Terima kasih di atas perhatian anda.

Tuesday, December 30, 2008

Apabila Si Biadab Berlagak Hebat!Kami Benci Zionis!



Bismillah,

Salam ‘alaik,

Kelmarin umat Islam telah dikejutkan lagi dengan serangan tentera zionis Yahudi di Gaza,Palestin.Inilah dia golongan yang biadab dan berlagak hebat.Padahal dan sebenarnya mereka hanya memeliki hati yang kecut dan penakut.

“Sesungguhnya mereka (yang menentangmu, wahai Muhammad) bermati-mati menjalankan rancangan jahat, Dan Aku pula tetap bertindak membalas rancangan jahat (mereka, dan menggagalkannya). Oleh itu janganlah engkau hendakkan segera kebinasaan orang-orang kafir itu, berilah tempoh kepada mereka sedikit masa. ” At-Toriq:15-17.


Ya Allah Rahman Rahim,perkenankan doa kami umat Islam.Hancurkanlah tentera-tentera kafir yang menentang agama-Mu yang bersih dan suci ini.Bagi mereka agama mereka dan bagi kami agama kami.

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! .”Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”. Al-Kaafiruun:1-6.”

Ya Allah Rahman Rahim,segala yang ada di alam ini milik-Mu Ya Allah.Kau berhak menghancurkan matahari jika Engkau inginkan meskipun ia besar dan panas tak terhingga.Bagi-Mu tiada apa yang mustahil,bila dikatakan “Kun” maka terjadilah apa yang Engkau kehendaki yakni “Fayakun”.Hancurkanlah zionis Yahudi dan sekutunya,sebagaimana Engkau pernah menghancurkan kaum ‘Ad,Firaun dan tentera-tenteranya.Kepada-Mu kami golongan yang sedikit ini memohon perlindungan dan keselamatan.

“(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan kamu, lalu Ia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): “Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut.

Dan Allah tidak menjadikan (bantuan malaikat) itu melainkan sebagai berita gembira dan supaya hati kamu tenang tenteram dengannya. Dan kemenangan itu pula hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana” Al-Anfal:9-10.

Selawat dan salam kepada Rasulullah S.A.W.Amin…

http://www.usrahkini.com/?p=82

Thursday, December 25, 2008

-cinta-

Awak...

Saya ingat lagi, saya melihat awak yang serabai melintas jalan sewaktu saya pulang dari masjid. Saya ingat awak akan mengelak apabila hon dibunyikan oleh kereta tu, tapi awak buat tak tahu je. Saya pula entah dari mana datangnya keberanian menarik tangan awak agar awak tak dilanggar kereta. Kemudian , saya tampar awak. Awak tahu kenapa??? First, sebab awak nak bunuh diri awak. Takkan awak tak tahu yang membunuh diri adalah dosa yang paling dimurkai Allah. Second, gara-gara saya nak selamatkan awak saya tersentuh tangan yang bukan muhrim saya iaitu awak. Awak tahu tak sepanjang hidup saya, saya tak pernah pegang tangan lelaki lain kecuali tangan ayah saya??

Esoknya, saya terjumpa awak lagi kat masjid tempat saya mengajar kanak-kanak membaca Al-Quran tu. Anehnya, awak kelihatan kemas dan tak serabai macam semalam. Awak cakap, awak ada perkara penting nak beritahu. Awak luahkan semuanya pada saya kecuali apa yang mendorong awak untuk membunuh diri semalam. Awak cakap, awak jahil tentang Islam walaupun awak seorang muslim. Arak dah menjadi teman hidup awak. Saya tanya awak mengenai solat, puasa, zakat dan haji. Saya hampir pengsan bila awak beritahu awak tak pernah solat dan puasa sepanjang awak hidup selama 25 tahun ni kerana awak dah terlalu lama menetap di bumi Landon. Awak minta tolong saya ajar awak agama. Pada mulanya, saya tak mahu namun atas dasar persaudaraan sesama Islam, saya setuju.

Mulai hari itu, awak rajin ke kelas mengaji yang saya adakan. Mula-mula saya rasa nak gelak sebab awaklah anak murid saya yang paling tua. Lepas tu pulak awak baru baca Iqra' dengan saya. Tapi awak sabar dan tak sampai 4 bulan awak dah boleh baca Al-Quran. Saya ajar awak pasal solat, haji, zakat dan puasa. Hati awak memang cerah, sekejap sahaja saya ajar hal solat, then awak awak dah boleh solat sendiri. Pada suatu petang, awak datang pada saya...bukan sebab nak belajar agama, tetapi dengan tujuan lain.

"Humaira, sudi tak jadi permaisuri di hati Iman...Sudi tak kahwin dengan Iman??"

"Ha, kahwin..Mana boleh...ehhh saya tak nak Iman, Jangan buat gila.."

"Please, Humaira I beg you. Kalau awak jadi isteri saya, lagi banyak masa awak boleh ajar saya pasal Islam. Tolong Humaira, masa saya semakin suntuk."

24:26

Resah melihat awak yang begitu mengharap, saya akhirnya bersetuju. Tapi saya tak faham dengan ayat 'masa saya semakin suntuk' yang awak katakan.

Akhirnya kita berjaya mendirikan mahligai impian. Kita tinggal di kondominium milik awak di Kuala Lumpur. Seminggu saya menangis rindukan ayah saya yang tinggal seorang di Terengganu. Sejak ibu saya meninggal sewaktu melahirkan saya, tak pernah sekali pun saya berpisah dengan ayah saya. Tapi awak pandai...setiap hari awak akan bagi saya teddy bear yang berlainan pada saya. Saya memang suka bear..Bila saya peluk bear-bear yang awak kasi tu, barulah terubat sikit rasa rindu pada ayah, sebab badan ayah macam bear-bear ni semua. Dua minggu usia perkahwinan kita, dah 14 teddy bear saya terima, Saya happy sangat, awak!

Suatu hari tu, ketika kita sedang menjemur pakaian bersama-sama, hidung awak tiba-tiba berdarah, kemudian awak pitam. Saya dah mula cemas. Lalu, dengan bantuan jiran, awak dihantar ke hospital. Disana barulah saya mengerti kata-kata awak tidak lama dahulu. 'Masa semakin suntuk'. Kenapa awak tak pernah beritahu saya awak sakit Leukemia.

Dua hari awak tidak sedarkan diri. Sewaktu awak sedar malam tu, awak beritahu saya sebab kenapa awak nak bunuh diri hari tu dan mengapa awak hendak berkahwin dengan saya. Hari tu, awak nekad hendak bunuh diri sebab awak tak boleh terima diri awak sakit. Awak mengahwini saya kerana awak ingin memiliki seseorang yang boleh membimbing awak ke jalan yang benar. Awak juga jujur dengan saya. Awak cakap saya bukan cinta sejati awak kerana cinta sejati awak hanya pada Islam dan Allah. Saya akui agak terkilan kerana saya bukan cinta sejati awak, tapi biarlah kerana pada saya, dicintai awak sudah cukup bermakna, malah cinta awak sudah terpatri pada yang selayaknya.

Awak berkeras tak nak buat sebarang rawatan walaupun semakin teruk. Rambut awak dah sikit..wajah awak cekung..badan awak kurus sangat. Awak hanya mampu duduk di kerusi malas, di kerusi malas tu lah awak solat dan baca Al-Quran. Tapi saya kagum dengan awak, sebab awak tetap puasa walaupun kadang-kadang awak menggigil sebab terlampu sakit.

Sepuluh malam terakhir Ramadhan, awak berdegil tak mahu tidur sebab nak tunggu malam Lailatul Qadar. Saya sering menyuruh awak tidur, kerana takut kesihatan awak terganggu. Tapi awak cakap, awak tetap nak tunggu kerana awak takut awak tidak sempat untuk bertemu Ramadhan yang berikutnya. Namun, saya akui takut untuk membiarkan awak tidur kerana saya takut awak akanterus tidur dan tak bangun-bangun lagi.

Malam terakhir puasa, awak kelihatan bersinar-sinar. KIta sama-sama solat tarawih..peliknya, awak sujud lama sangat...Awak, awak solat terawih ke solat sunat taubat??? Saya seperti dah mengerti sesuatu. Saya teruskan solat tarawih sehinggalah 12 rakaat..Tapi awak masih lagi begitu. Masih lagi sujud...

Bila bahagia mulai menyentuh,
Seakanku bisa hidup lebih lama,

Namun, harusku tinggalkan cinta.

Ketikaku bersujud....

Awak dah pergi...namun kehilangan awak tak harus diratapi kerana awak bukanlah juga cinta sejati saya. Cinta sejati dan hakiki saya hanya pada-Nya dan agama-Nya...Assalamualaikum Iman suamiku, semoga kita sama-sama meraih cinta sejati kita.....


Tuesday, December 23, 2008

- jom lepak-

KARNIVAL KEBUDAYAAN BELIA DAN KOMUNITI




"Simbiosis Belia Dan Budaya"

Tarikh
27 dan 28 Disember 2008 (Sabtu dan Ahad)

Tempat
Dataran Merdeka Shah Alam, berhadapan Muzium Negeri Shah Alam

Anjuran
Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (Karisma)

Dengan Kerjasama
Kerajaan Negeri Selangor

Untuk senarai sub-program yang dihidangkan serta lanjutan n utk lmpiran tentatif, sila klik

www.jomkarnival.blogspot.com




Saturday, December 13, 2008

-kenapa aku-

pengingatan untuk diriku dan sahabat yang sering alpa dan sering jua diuji. moga semangat juangmu pulih kembali. dan rasa futur menghilang dari dalam diri.


kita bertanya : kenapa aku sering diuji?

Firman Allah, maksudnya : "apakah manusia itu mngira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan 'kami telah beriman' sedangkan mereka x diuji? dan sesngguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesugguhnya Allah mengetahui orang-orang yg benar, dan sesuggunhnya Dia mengetahui orang2 yang berdusta" (surah Al-Ankabut, 2-3)


kita bertanya : kenapa ujian seberat ini?

Firman Allah, maksudnya : "Allah tidak membebani sesorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (al-Baqarah, 286)



kita bertanya : kenapa aku x dapat apa yang aku idam-idamkan?

Firman Allah, maksudnya : "boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu pula menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah mngetahui sedang kamu tidak mengetahui" (al-Baqarah, 216)



kita bertanya : kenapa kita rasa lemah n hilang semangat?

Firman Allah, maksudnya : "janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yg plg tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman" (ali-Imran, 139)


kita bertanya : aku tak tahan !!!
Firman Allah, maksudnya : "...dan janganlah kamu berputus asa drpd rahmat Allah. sesungguhnya tiada putus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yg kafir" (Yusuf, 12)


kita bertanya : bagaimana kan ku hadapi ujian ini?

Firman Allah, maksudnya : "Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segla kesukaran dalam mengerjakan kebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh (di medan perjuangan), dan bersedialah serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."(surah Ali Imran, 200)

"dan mintalah pertolongan ( kpd Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, sesgguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk" (al-Baqarah, 45)


kita bertanya : kepada siapa perlu aku berharap?
Firman Allah, maksudnya : "cukuplah Allah bagiku, tak ada tuhan selain daripada-Nya dan hanya kepada-Nya aku bertawakkal" (at-Taubah, 129)


kita bertanya : sampai bila aku akan merana begini?
Firman Allah, maksudnya : "maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.sesugguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan" (al-Insyirah, 5-6)


kita bertanya : apa yang boleh aku dapat dari semua ini?

Firman Allah, maksudnya : "sesugguhnya Allah telah membeli orrang-orang mukmin,diri dan harta mereka dengan memberikan mereka syurga" (at-Taubah, 111)


semoga kita terus tabah walau apa ujian yg mendatang. kerana dengan ujian-Nya pasti kita akan ketemu jalan pulang walau berapa kali langkah tersasar dan tersalah jalan untuk pulang.

Lukisan Alam

Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
(Begitu aturan Tuhan)

Jadilah rumput nan lemah lembut
Tak luruh dipukul ribut
Bagai karang di dasar lautan
Tak terusik dilanda badai

Dalam suka hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang awasi kealfaanmu
Setitis derita melanda
Segunung kurniaanNya

Usah mengharapkan ke segalanya
Dalam perjuangan penuh pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan
(Begitu ajaran Tuhan)

Hasbiallah, Hasbunallah
HasbiRabbi jalallahu Ya Allah

Dalam diam taburkanlah baktimu
Dalam tenang buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
(Di) dalam jiwamu itu
jua tabahlah kerana percaturan-Nya pasti ada hikmahnya yang tersembunyii.


Friday, December 12, 2008

- seminggu bercuti..wow -

tengahhari tadi aku baru sampai rumah, g solat jumaat lps tu terus tido.hahaha letih gegiler(letih terperap dlm kereta)...

so time mlm nih la kau nk menulis sedikit sebanyak ape aku buat sepanjang cuti seminggu nih..

nk tau jom kiter usha:)

-6 disember '08-cameroon highland-



my family

ramai kn..


my sibling...cpt kire ader baper ramai...


wth mom n 2 lit siss...(cis saper yg x pndi tangkap gmbr nih, mata ku tengah pejam)


wth mawar2 berduri dlm keluarga ku.....:)

-6/10 disember'08-kelantan-

7hb g melawat makcik kt hospital usm n g membeli belah kat rantau panjang..(aq beli sikit2 je)

8hb korban (lotih hah, cumer daging tuh xsmpat bakar sbb cuaca tak mengizinkan sangat)

9hb g zirah umah pokcik mokcik n g beli belah lagi(adeh baper kali g berbelanja nih, yg nih aku tak beli paper, just jd tukang angkat barang2 yg mak n makcik aku beli^_^)

10hb bertolak g tasik kenyir lak..


nih jeh gmbr family yg ok, tuh pn candid...yg lain cameraman tak pandai beraksi,gmbar tak elok, goyang2:(


purple team..hehehe..(adik aku, sedara aku n aku)


keluarga ayah mei, (aku tumpang rumah nih)


lembu yang nk di korban kn, kesian dier...(gmbr2 ganas, time kejadian aku tak leh tunjuk, sadis)


nih melapah lak n sekian2.....(termasuk mengagih ke bahagian2 yg sepatutnya)

n dh letih2 mlm tuh la best leh makan sup tulang(gambr tak leh tunjuk kang ader yg mengalir air liur kang:P)hehhehe

-10/11 disember'08-tasik kenyir-
10hb g mancing n kayak

11hb g air terjun saok


tasik kenyir....


tak dpt pandu, dpt tngkp gmbr pn ok....


"rumah penaga" tmpt lepak kitowg....


aksi memancing...hehhe


ikan2 yg dipancing n akan d panggang.(hv scret n funny story wth dis fishs)hahha


gan adik llki last dlm keluarga...


gan adik pmpn 1st dlm keluarga...


best nyer diowng..ader pemandu pelancong kat blakang(hahhah, diowng nk naik kayak gak tp takot so abah la yg kene bawak diorng hehhehe)



nasi goreng yg dimsk oleh aku n abah...heheh..tak aper rase...


ari tuh keluarga aku jerh mandi kat ctu...mcm privacy lak rase hehhehe..best....bnyk gmbr tp tak leh kongsi semua:P


air dier mmg deras....sbb musim hujan...ktowg pergi mandi pn sbb air dier baru turun skit..sbb time tuh hujan tak hujan 2 ari....


si kecil yg kesejukan...hehe



setakat nih je la ekkkk.....kang tmbh2 jd panjang lebar lak...

sujudku syukur kehadrat ilahi kerna dgn limpah kurnianya. dpt kurasai nikmat2 yg diberi walau ku akui trlalu kerdil n sedikit syukurku padamu atas segala nikmatmu yg tiada terbilang dan tak mampu untuk ku membilang....

kadang2 terfikir jua aku andai hilang smua nikmat2 ini, masih mampu kah untuk aku berdiri???masih teguh kah aku seperti hari ini???

selayak2nya kusandar padamu ya ilahi, agar aku terus pada jalan mu.

Friday, December 5, 2008

- hujung minggu -

hujung minngu lps mmg memenatkan sbb uia pj nih wat raudhah festival....letih sesngt nasib baik tak demam jerh.....n nasib baik assignment semua dh siap kan awal2 n dh ready for quizz awal2....Alhamdulillah...
sbb dh ader dlm mood cuti, jd entri kali ni ringkas jer la ekkk....
hujung minggu, minggu lps kene bukak n jaga stall utk comp club n ikhwan corner. n kene jd committe untuk yaumul usrah(ari keluarga). so nih sedikit jeh la gmbr2 ntuk dikongsi..jgn marah...selamt ari rayer aidil adha n selamat bercutiz...:)

ikhwan corner

dgn peserta yaumul usrah..:)

wth ikhwan corner crew..
salam:)

Friday, November 21, 2008

-Sang Biawak-



diriwayatkan oleh Ibn Kathir dalam al-Bidayah wan-Nihayah bahawa al-Baihaqiy menceritakan dari Abu Mansur Ahmad bin Ali al-Damghaniy dari daerah Namin di Baihaq, dalam sebuah kisah yang disampaikan dari Umar R.A.:

Rasulullah s.a.w sedang berjalan dengan sekumpulan para sahabat, tiba-tiba datang seorang arab badwi dari bani sulain kehadapan Rasulullah s.a.w.
beliau membawa bersamanya seekor biawak padang pasir(dhab) yang ditangkapnya, dan bercadang untuk membakar haiwan itu untuk dimakan.

Melihat ramai yag berjalan itu, beliau tertarik untuk mendekati dan bertanya siapakah gerangan yang sedang mereka iringi.apabila diberitahu mereka sedang mengiringi nabi, maka dia terus mendekati nabi lantas berkata: "demi tuhan latta dan uzza,tiadalah sesuatu yang terdapa di alam ini yag lebih kubenci wahai Muhammad! kalaulah tidak kaum ku memanggilku dengan panggilan tergesa-gesa, tentulah aku sudah memenggal kepalamu lalu aku dapat menegembirakan hatiku dan hati semua manusia yang berkulit hitam, putih dan merah serta selainnya!"

Umar al-Khattab menjadi marah, lalu bangkit lalu berkata: “wahai nabi! Biarlah saya mengakhirkan hidupnya!”

Nabi s.a.w tenang menjawab pemintaan Umar: “Wahai umar! Tidakkah engkau tahu bahawa orang yang lemah lembut itu hamper diangkat menjadi nabi?”

Nabi kemudianna berkata kepadaarab badwi itu: “apa yang menyebabkan engkau berkata demikian?? Sepatutnya egkau menhormatiku dalam perhimpunan bersama sahabatku!”

Arab badwi tersebut tidak mengalah bahkan sebaliknya berkata: “demi tuhan latta dan uzza! Aku takkan beriman kepadamu wahai Muhammad hinggalah biawak ini beriman kepada mu,” katanya sambil mengeluarkan biawak itu lalu melemparkan kepada kehadapan Nabi Muhammad s.a.w.

Nabi s.a.w memanggil biawak itu. Kedengaran biawak itu menjawab dengan bahasa arab yang fasih dan difahami dengan semua orang yang hadir: “ya wahai Muhammad!”

Nabi bertanya: “kepada siapakah kau beriman??”

Jawab biawak itu: “ saya beriman pada tuhan yang dilangit itu ’arasy-Nya, dibumi itulah kekuasaan-Nya, dan dilautan itulah jalan-Nya, dan disyurga itulah rahmat-Nya, dan dalam neraka itu azab-Nya!“

Tanya nabi lagi: “aku ini siapa wahai biawak?“

Jawab si biawak itu: “ Tuan adalah utusan Allah, yang dimiliki sekalian alam! Amat lah beruntung orang yang mendokong perjuangan tuan, dan binasalah orang yang mendustakan tuan!“

Mendengar kata-kata biawak itu, arab badwi itu lantas berkata: “ Wahai Muhammad! Sebelum ini engkau orang yang paling aku benci, tetapi hari ini engkau adalah orang yang paling aku kasihi berbanding dengan bapaku, diriku sendiri, engkau amatku kasihi zahirku dan batinku.“kemudian beliau mengucapkan kalimah syahadah dihadapan semua yang hadir: “ Aku naik saksi tiada tuhan yang sebenarnya layak disembah melainkan Allah dan nabi Muhammad adalah pesuruh-Nya.“

Lalu Rasulullah s.a.w berkata: “syukur kepada Allah yang telah menganugerahkan hidayah-Nya kepadamu, sesungguhnya Islam ini adalah yang paling tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya, dan ia tidak diterima tanpa solat, dan solat pula tidak diterima melainkan Al-Quran.“

Jawabnya: “kalau begitu ajarlah saya Al-Quran itu, wahai nabi!“ Nabi pun mengajarnya membaca surah al-ikhlas.”

Beliau berkata: “saya tak pernah mendengar kata-kata yang lebih Hebat daripada ini!”

Nabi menanbah: “ini adalah perkataan Allah, bukannya sajak, jika engkau membaca surah al-ikhlas ini sekali, ganjarannya disisi Allah seumpama engkau membaca sepertiga al-quran. Jika engkau membaca dua kali seumpama engkau membaca dua pertiga al-quran dan jika engkaiu membaca tiga kali seumpama engkau telah membaca keseluruhan al-quran.“

Jawab arab itu: “ tuhan itu adalah tuahn kami, Dia menerima dari itasedikit tetepi Dia membalasnya dengan banyak!“

Nabi bertanya kepadanya : “Adakah kamu memiliki harta?“

Jawab beliau: “tiada seorang pun dari bani sulain lebih miskin daripada saya.“

Nabi bersabda kepada para sahabat: “berikan kepadanya apa-apa yang kamu ada!”

Para sahabat memberikannya bantuan hinggakan dia mendapat harta yang Amat banyak terkumpul. Kemudian Abd Rahman bin Auf r.a berkata kepada nabi: “wahai Rasulullah! Saya memiliki seerkor unta yang hamil sepuluh bulan, yang sederhana besarnya, yang saya perolehi dariu perang tabuk, sekarang saya hendak mendekatkan diri kepada Allah. Saya ingin menghadiahkannya kepada saudara baru saya ini!”

Nabi s.a.w bersabda: “ engkau menceritakan tentang untamu yang telah engkau hadiahkan kepadanya, sekarang aku akan menceritakan bahagianmusebagai balasan yang diberikan Allah di akhirat. Allah s.w.t akan menganugerahimu di akhirat unta yang diperbuat dari permata hijau, tengkuknya dari permata kuning memiliki pelana yang hebat dan ia akan melintasi titian sirat dengan pantas seperti kilat, semua orang akan merasa iri kepadamu pada hari kiamat.”

Kata Abd Rahman: “ saya redha dengannya wahai nabi. “

Arab itu pun keluar dari kawasan itu. Sekonyong-konyong datang kaumnya dari bani sulain saramai seribu orang menaiki seribu ekor unta membawa bersama mereka seribu pedang dan lembing.

Dia bertanya “kemanakah haluan kamu? Mereka menjawab: “ kami ingin memerangi orang yang menghina tuhan kita! Kata arab badwi itu kepada kaum
nya: “ Jangan! Aku sendiri telah beriman kepadanya!“ Lalu kesemua kaumnya beriman kepada Rasulullah.

*Biawak padang pasir atau dalam bahasa arab dikenali sebagai “dhab“ adalah binatang yang mempunyai corak seperti buaya bersaiz kecil seperti biawak, tetapi lidahnya berbeza daripada biawak kerana ia tidek bercabang.





p/s: terima kasih kepada kamal mursyid (acu @ adik aku) kerana tolong aku membaca untuk aku taip dalam entri kali ini:)

Thursday, November 20, 2008

laporan hujung minggu...hehehheh

biasalah.... aku tak suka ader masa free yang tak tau nk wat aper2....(pelikkan)
tp aku tak suke klu terlampau busy, dgn kata mudahnya aku suka klu masa terluang aku disi dgn perkara berfaedah:)
so setiap hujung minggu aku, aku dh m'busykan diri. study sudah semestinya, tetepi mesti disusuli dengan aktiviti2 lain dan tambahan, tak kisah la aper2 pn asal berfaedah. sbb masa jd student nih lah aku kene penuhi diri dengan pelbagai ilmu untuk menghadapi dunia sebenar.(bak kata makcik aminah:)


tarikh: 15 nov 08 (sabtu)
masa:8 :30am-1.00pm
tempat: dwn cempaka PKNS bangi
tajuk: krisis ekonomi global : islam sebagai penyelesaian tunggal

nih aku g mmg best, coz skang dunia mmg tngh hadapi krisis nie. so aku mesti amik tahu mengenainya.
1st 2 tu mmga agak pening, tp berbekalkan research yg aku buat sebelum prg seminar tuh semua yg dier ckp jd mudah lah. so banyak lah istilah baru yg terbit dalam kamus minda aku nih, mcm bailout,sekuriti,subprime mortgage dan macam2 lagi lah...klu aku tulis bebanyak korung bkn tau pn, lain lah klu korng mengikuti atau amik course economy k, tuh lain cerita lah..hahahha

tp konklusi yang aku leh buat, nih la padahnya apabila riba' diniagakan, bayangkan riba' terang tang2 haram di niagakan, amik kau kesan dan padahnya...hahahhahaha(tp kesan nya semua akn merasai bg siapa yg bersangkut paut dgnnya), apabila seseorang tuh pinjam n dia akn dikene kan riba'. riba' tuh lah diniagakan. dr subprime sangkut ker bank pstu sangkut kat investment bank(bank yg lg esar) pstu g sangkut kat kt bank2 lain serata dunia..nah amik kau padah bahananya. sebab orang tak boleh bayar hutang n riba'(yang kononnya BUNGA tahi ayam) semua yang terlibat gan urus niaga nih hancus lah jawabnya. bayangkansehingga bank yg berkurun lama bertapak pn leh muflis mcm fanme mac& freddie mac.teruk giler2....sapa kata klu ikut cara islam tak leh maju???ikut cara islam lah lg leh maju, sbb 1)islam tak kasi penompokan harta(simpan harta, melainkan kumpul utk beli sesuatu), so kita kene lah melabur,nah melabur makin lama makin kaya, makin berkembang ekonomi. 2)makin cepat pertukaran wang dari tangan tandanya ekonomi makin pesat, kes nih ader islam tak galak kita simpan melain kan klu ader keperluan, klu tak der kita kene guna duit tuh, klu kita simpan pn bkn dpt aper sbb dia takder 'faedah dari bank' malah dikenekan zakat simpanan ader lah. nk tau bnyk lagi mengenai ekkonomi korung search2 lah maner patut ekkk...


tarikh: 16 nov 08 (ahad)
masa: 8:30am-4:30pm
tempat: hutan lipur sgkhancing(mcm salah aje jerh??)
tajuk: rehlah oi! jom lepak (rojak/rehlah pengerak)
anjuran: k-ipt daerah petaling
kehadiran: ramai n banyak kereta (aku tak bilang lak hehehe)

sebenarnya aktivity dibuat sbb nk rapat kan ukhuwah inter-university, antara U yg ader ialah UIA gombak, UM, PPUM, CFSIIUM,(ader aku tertinggal tak, klu ader sory ekk:P) dan geng2 pakcik2 n makcik2 yang menjayakan.

best program nih sbb dh lamer tak berkumpul reramai n berjumpa mereka semua nih. lg best jumpa geng @ org baru.

starting biasa lah, mesti sarapan, lps tuh main pecah2 air batu(ice breaking),pengisian dr makcik aminah(best sbb dier suruh kawin awal..hahahaha), mandi-manda(ader yg tak mandi sbb nk naik bukit tuh), pastuh sembahyang zohor n makan lagi, n than nyayi lagu semangt (bingkai kehidupan-shotul harakah -best lagu nih), pstuh meeting (nih lemah nih, sbb aku tak suke meeting, tak tau sbb aper, mungkin aku stail suke main2 n tak suke serius2). pernh sekali tuh time meeting aper tah n utk aper tah, aku main2 tak amik serius golak2 wat lawak, alih semua tak puas hati gan aku(padan muke aku kn). tuh aku tak suke meeting, sbb aku bkn suke menyumbang idea walau bnyk idea sebenarnya:P n klu nk meeting pn jgn serius nk mati(mcm lah ader masalah dunia) cuak beb aku , masalah kecik pn leh jadi besar, biar cara senag n relax asal masalah leh sttle. lainlah klu isu agama, nih mmg kene serius kan:)

aper yg aku ingt pasal tazkirah makcik Aminah-(tajuk: mencari spirit yang hilang)
1) dekati Al-Quran selalu sbg pendinding dan ubat pada diri
2) banyakkan membaca buku agama n buku2 berfaedah, sbb nnt dh kerje atau dh tue takder masa dah, dan jua sebagai prepare diri dengan ilmu untuk hadapi dunia luar.
3) jd kan labrary teman n tempat lepak, jgn wt perkara berfaedah, jd macam FAHMI cuti2 sem tolong mak..hehehhehe...bagus2 fahmi anak soleh:)
4) pandai2 pilih kawan, lg bagus yg sefikrah atau yg yg tau n nk ubah kita jd baik. klu kwn tuh kureng kite pulak bertanggung jwb mengubahnya.
5) kne sentiasa belajar n bnyk membaca sbb cmner nk ajar orng atau tolong orang klu diri kosong. senang kata (soleh wa musleh)
6) nih paling best sekali, jgn sibuk2 nk berteman ala mesra(yg dipandang hina oleh Ilahi),fikir masa depan n redha Allah, senang2 klu nk mengatal gak KHAWIN lah senag halalantayyiban...hehheheh
(sory klu ader aku tertinggal)

thanks kpd mereka2 semua yg menjayakan prongram rehlah nih...weeeee...........ukhuwahfillahabadanabada insyaAllah:)

sowy gambar takder coz camera tak bawa n org yg bawa camera tak kasi gmbr lagi:P
dh penant menulis nih...so aku nk g buat air n nk g study jap .k salaam:)

p/s:ahad 23 nov 08 ader khusus pengurusan jenazah. arap aku leh hadir tanpa tinggalkan pelajaran aku.
asbtu&ahad 28-29 nov o8 rafest stall n yaumul usrah.
doa2 kan aku biar pandai susun jadual blaja ekkk:)

Saturday, November 15, 2008

- DeDiKaSi bUAt mErEkA -



dedikasi buat muaz awwal AKA bab_n


muaz awwal lagi....semoga terus succes d gmbk.......!!
(ader mcm ko lah:P)


buat marwan amz yg kuat makan, hadiah utk cerpen terbaik mu.
(ader mcm kamu tak:P)

buat Bro muja yg baru kawin, moga berbahgia ke anak cucu...caiyok2...n tahniah




dedikasi khas buat rakan2 seusrahku, dengan ucapan-jgn ponteng usrah mcm itik nie sbb die itik, yg paling penting jgn gne digi ^_^-


yg nih khas utuk pengunjung2 blog yg tak seberpez nih...dengan ucapan-bnayak2 la bacer al-quran jgn bacer blog jerh, kene seimbang beb...hehehhe



yg nih sepecial...
bkn untuk sesiapa...
to utk aku yg penat balaja menulis...
(tp aku xsuke halia, saper nk kongsi gan akup plzz???)

p/s: sebenar banyak yang gmbr makannan2 yg aku nk dedikasikn tp takut penuh gan gmbr lak kt blog nih...sowy sesiapa yg name dier tak sempat aku nk tulis:(
all da best 4 ummah n_n

Tuesday, November 11, 2008

- sem baru -

kembara ilmu bermula. segala janji diri yg telah terpatri perlu aku penuhi.
doa2 kan lah aku biar kaki terus gagah melangkah dalam mengembara.

tegur aku klu tersalah langkah dalam mengembara.

tunjuk ajar aku klu tersilap jalan dalam mengembara.

sentiasalah mengirigi pengembaraan ilmu aku ini walau hanya dengan iringan DOA yang dituju khas kepada aku 'si pegembara'.
"REsULt SeMaNiS MaDu MeMeRlLUkAn pEnGoRbAnAn SePahIt HeMpEdU"
p/s: minta maaf jika blog nih akan bersawang , kerana kembaraa ilmu sem nih lagi mencabar...nk kene naikkan pointer(cgpa) sbb dah sem akhir dh....harap succecs, doa kan jer lah ekkk:)

Thursday, October 30, 2008

- bersamamu -


ingin aku menekankn disini, cerita ini bukan mengenai "sentiasa bersamamu" (digi) a.k.a hantu kuning.



tapi mengenai program Bersamamu di Tv3. mana tak nya aku tersentuh. sedanag kusyuk aku makan malam(ingt nk sahur awal lah) tetiba adik aku turun n bukak tibi.tup tap tup tap siaran bersamamu sedang keudara. yang lebih aku terkesan. time tuh pulak keluarga yang terpacul untuk episod kali ini tuh sedang makan, aku pun sedang makan.

pe lagi terbehenti aku makan lalu terfikir. dia makan nasi lauk kangkung kutip tepi rumah jerh, aku pulak makan lauk ayam masak sup(kt umah mmg satu lauk jerh selalu,budak-bukan rajin makan pun, masak sendiri tuh, mak ajar, senag jer).

ternyata memang kesian beb.mana tidaknya. bak kater "kais pagi makan pagi kais petang makan petang".suami dia kaki patah,13 tanggung kesakitan, nk pergi hospital takut tak mampu nk bayar(memang tak mampu nk bayar,kata hos tuh).terlalu daif, kesian.

suami dia dalam kepayahan,kutip kangkung jual kat pasar.sehari klu betul dier kuat buleh dapat 2kg jerh(sebab sakit)..

si isteri, kerje kutip kelapa n jual dengan harga 70sen sebiji(tak boleh dapat banyak ma)

tanggungan empat klu tak silap....

anak 4 orang lagi sudah berumah tangga n hidup susah gak...

kesian seh.... walau bukan seagama tapi dia manusia jugakan, yang memerlukan tetap kene bantukan(ingat Islam itu syumul, menyeluruh) "tegiang-iyang lagu segenggam tabah nyanyian inteam di teliga aku".(dh habis cerita baru aku ingat lagu bersamamutv3 nih lagu wajah nyanyian jaclyn victor tuh)

so,fikir2kn sementara masih diberi kesempatan untuk memberi,maka janganlah di simpan2kn,hulurkan seadanya kepada sesipa yang memerlukan.tak rugi pun malah menguntungkan.

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
Al-Baqara [2:261]

apabila meninggal anak adam maka terputuslah semua amalan, kecuali 3 perkara. anak soleh yang mendoakan. ilmu yang bermanfaat dan sedekah jariah.






nih antara siaran bersamamu(tapi bkn yang nih lah yang aku tengok malam td)
tp bersamamu memang memberi banyak pengajaran, agar manusia serba cukup tidak lupa untuk bersyukur dan yang diuji tabah menjalani ujian.(semua manusia diuji sesuai dengan kemampuannya dan ujian itu juga berbeza- beza)

Wednesday, October 29, 2008

peristiwa 2/10

hurm.....ader aper dengan 2-10, pasal bola ker(2 berbalas 10), bukan...bukan....dikesempatan yang ader nih(tngh cuti sem) aku ingin bercerita mengenai 2/10...sebenarnya aku dh lama nak tulis pasal peristiwa nih.tapi belum berkesempatan…so aku menguatkan azam untuk menyiapkannya pada hari nih juga…cerita apakah????angkr ker???treller eh??atau pun ghost???klu nk tau meh kita bace…

(.:. p/s: sila pastikan minda anda dalam keadaan sedar dan kosong>hanya mengingati Allah)


...................................................

Bermuuulaaaaa lah ceriiitaaaaaa……

Pada suatu malam yang teramat dingin(sejuk), mungkin suhunya telah turun dibawah paras beku, kerana sejuknya bisa mencengkam sum-sum tulang bagi sesiapa sahaja yang berada di tampat tersebut. Salji diluar pula makin lagaknya turun bercucuran sehingga melitupi lapisan bumi yang teratas, di bumi bertuah Johor ini. Dengan lebih tepat posisinya ialah Johar Bharu(tau kat mana???)

Pada pukul 9:40 malam. Di suatu sudut kaunter pertanyaan, kelihatan dua kelibat nurse sedang rancak bercerita(tak tau mengumpat ker aper tetapi yang pasti sedang mengular).

“eh, hari ni hari apa ekk.”Tanya seorang nurse kepada sahabatnya nurse juga.

“laa, ko nih, hari ni kan hari isnin malam selasa, sibok kerje sampai lupa tarikh dan hari ke???ke kau dah mengantuk nih”jawab sahabat nurse tadi lepada nurse tersebut@_@."

“nak perli aku lak, tau la nih first time aku shift malam, aku tak mengantukla, lagi pun aku baru minum kopi kapal api tadi:P”

“habis tuh kenapa ko bertanya soalan behgong tadi kepada aku”

“tak la, hari nih aku rasa tenang n nyamanlah”

“tak selalu macam nih”

“kenapa kau cakap macam tuh??

“sebab, aku kan kakak..hehhehe“

“melawak pulak dia“

“ternyata dan betul aku kan kakak.hurm, sebenarnya bila waktu malam macam nih. Semua nurse sibok, kesana kesini memenuhi permintaan pesakit dengan bahasa sempoi aku, tak menang tangan lah...hahaha“

“tapi hari nih lainkan, tengok kat luar tuh siap salji turun, hari ini dalam sejarah dibuatnya, salji turun di latitude khatulistiwa“ celah nurse tatkala sahabat nurse nya itu sedang khusyuk bercerita.

“tuh lah yang buat aku pelik bin ajaib. "

“nama kau bukan siti norhalizad binti nuruddin kerh, sejak bila tukar pelik bin ajaib pulak???tukar nama bukan nak bagi tahu aku:P“potong nurse ringkis mengenakan senior setahun darinya itu.

dush, satu sekehan hinggap ke kepala nurse tersebut.

“aku buat perumpamaan lah.”

“lawak kasaq nampak,sakit kepala nih tau.”

“padan muke, petanda apa agaknya ekk??"

“ntah la…”

“weh, blah blah pergi wat kerja kau. Gaint datang(super-dupewr senior nurse)“

……………………………………………………

empat minit kemudian.

di hospotai sultanah aminah jb juga (tempat 2 ekor nurse tadi), di sebuah bilik.

kelihatan sepasukan doctor muslimah sedang tekun ,rancak dan teliti merawat pesakitnya, disisi pesakit tersebut seorang suami yang mithali sedang menemani isterinya yang dirawat. Ini hari bertuah bagi mereka, kerana isteri beliau bakal melahirkan putera mereka yang ketiga.

suasananya sungguh hangar bingar didalam bilik tersebut.

ketung-ketang..ketung-ketang(mcm main pedang lah pulak)

tiba-tiba…..(jeng….jeng….jeng…)

suasana menjadi sunyi seketika. jarum pendek yang terdapat pada dinding bilik tersebut menunjukkan dalam lingkungan 9, manakala jarum panjangnya(minit) tepat menunjukkan angka 9, jarum saatnya pula sudah hilang entah kemana…(9:45pm)

tak semena-mena terpancullah suatu suara.

uwek…uuuuweeeek….uwweeekkkkk…..

(.:. maksudnya:aku bersaksi tiada tuhan melainkan Allah s.w.t dan nabi Muhanmmad s.a.w itu pesuruh Allah.s.w.t)

uwek…uuuuweeeek….uwweeekkkkk…..

uwek……uuuuweeeek….uwweeekkkkk…..(makin berlagu di buatnya

uwek…uuuuweeeek….uwweeekkkkk …errrrkkkk(asl ader sendawa pula nih@_@)

(.:. maksudnya>shilaunya…shilaunya..assalammualaikum mama n papaku, tak lupa jua seisi dunia)


lantas diambil bayi seberat 3.7kilogram itu oleh bapanya lalu dibawa kesuatu sudut dan menghadap kiblat, seraya dilaungkan azan,iqamah dan lain-lain sewaktu dengannya…

maka tercatatlah sejarah didalam buku rekod hospital sultanah aminah…bahawa tanggal 1 RabbiulAwaa l1410 - 2/10/1989 - isnin - 9:45pm. telah lahir seorang putera yang hensem seberat 3.7kilogram, iaitu aku…….


sekian:)

..............................................................

hehehhehahhahhawhhahwa….terima kasih kerana membaca kisah ini. pelik kenapa aku tulis pasal benda nih.hahaha

sebenar hari tuh baru memperbaharui ic. almaklumlah sudah lanjut usia, sudah menjangkau 19tahun:P.pergi dengan adik n mak. asal dengan mak n adik??.sebab adik aku pn nk buat ic gak, sebab dh berumur 12 tahun,lagi pun tarikh lahir kitorang pn samer.(macam tak percayakan) naper mak ikut, sebab adik kene bawa penjaga lah....


no giliran yang menguji kesabaran.

(60 orang lagi baru no aku dipanggil)


2 jam ku menanti untuk no nih naik:(

sabau jer laaaa kn:)


tarikh lahir aku(2/10/1989)haha

muhammad abdul rahman bin paiman


tarikh lahir adik aku.(2/10/1996)hehe

kamal mursid bin paiman

Monday, October 27, 2008

PERLU RAMAI LAGI....



kita memerlukan ramai lg bangkit untuk bersuara....
menyedarkan yang terlena....
untuk menyatakan yg benar dan mempertahankan yang benar...
ISLAM..
ALLAHHUAKHBAR!!!

Saturday, October 25, 2008

aduhai....

teruk2...aku sebenar tak suka nk menulis mengenai politik semasa..bukan bererti aku ni tak ikut perkembangan politik, tapi malas untuk 'berbincang' mengenainya..korunk mesti tertanya2 asl lak???terus terang aku cakap, 'majoriti' apabila kita bercerita atau memberi pandangan mengenai politik dengan pihak berlawanan parti dengan kita mesti akan timbul "ketidakpuas hati","perselisihan","perbalahan","tarikmuka"dan macam2 lagilah..come on lah..bile berbincang biar profesional....
Islam terang tang-tang tak suke umatnya berpecah belah...apalagi kafir mengkafir(ini kerja Allah,hanya Allah mengetahui)

Tegakkanlah pendirian agama dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya.Ash-Shura [42:13]
sedang hati mereka berpecah belah (disebabkan berlainan kepercayaan mereka). Yang demikian itu, kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami (perkara yang sebenarnya yang memberi kebaikan kepada mereka). Al-Hashr [59:14]
nk berbincang biar kene caranya...takkn smpi jumpa lain hari terus bermasam muka..
Ingatlah umat Islam itu bersaudara...jgn sebab perkara kecil maruah agama Islam tergadai dan sewenag2nya pihak lain(musuh Ilsam) menyerang 'kita'...

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. Al-Hujraat [49:10]
p/s:
renung2kn n fikir2n,dimana kita,untuk apakita dihidupkan,apa halatuju hidup kita,dan "kesudahan" bagaimana yang kita inginkan???
sorry banyak merosakan bahasa:(

Thursday, October 23, 2008

let quit..plz ^_^

love urself n people around u

smoking as a silent killer(smoking=suicide=big sin=........)

Cigarette smoke contains more than 4,000 chemicals, of which forty-three are known to cause cancer. Among the more toxic chemicals in tobacco are ammonia, arsenic, carbon monoxide, and benzene. Cigarette smoking is now known to cause chronic obstructive pulmonary disease (COPD), heart disease, stroke, multiple cancers (including lung cancer), and adverse reproductive outcomes. Smoking causes about 21 percent of all deaths from heart disease, 86 percent of deaths from lung cancer, and 81 percent of all deaths from chronic lung disease.
Nicotine is highly addictive and causes persistent and compulsive smoking behavior. Most users make four to six quit attempts before they are able to remain nicotine-free. Smoking cessation produces major and immediate health benefits by reducing mortality and morbidity from heart disease, stroke, cancer, and various lung diseases.



SECONDHAND SMOKE (smoker as a killer)

Secondhand smoke, or environmental tobacco smoke (ETS), causes lung cancer and cardiovascular disease in nonsmoking adults. About 43 percent children are exposed to cigarette smoke by household members. Childhood exposure to ETS has been shown to cause asthma and to increase the number of episodes and severity of the disease. ETS exposure of very young children is also causally associated with an increased risk of bronchitis, pneumonia, and ear infections. For these reasons, the importance of smoking cessation extends beyond the health benefit of the smokers themselves.


links for help to quit smoking. InsyaAllah:) :-
http://whyquit.com/
http://www.quitsmokingcounter.com/
http://whyquit.com/whyquit/
http://www.healthline.com/galecontent/smoking-cessation?utm_source=z_smoking_cessation&utm_medium=google&utm_campaign=gale&utm_term=smoking
http://health.nytimes.com/health/guides/specialtopic/smoking-tips-on-how-to-quit/overview.html?excamp=GGHLquitsmoking&WT.srch=1&WT.mc_ev=click&WT.mc_id=HL-S-E-GG-NA-CT-quit_smoking
http://www.antismoking.com.sg/index.html

Wednesday, October 22, 2008

creative.hehe.:))



aduh!!!kasaq nyer...

james bond..007

Care4Children

owch...


nice msg....:)


cruel.....

aduihs.....