BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, December 30, 2008

Apabila Si Biadab Berlagak Hebat!Kami Benci Zionis!



Bismillah,

Salam ‘alaik,

Kelmarin umat Islam telah dikejutkan lagi dengan serangan tentera zionis Yahudi di Gaza,Palestin.Inilah dia golongan yang biadab dan berlagak hebat.Padahal dan sebenarnya mereka hanya memeliki hati yang kecut dan penakut.

“Sesungguhnya mereka (yang menentangmu, wahai Muhammad) bermati-mati menjalankan rancangan jahat, Dan Aku pula tetap bertindak membalas rancangan jahat (mereka, dan menggagalkannya). Oleh itu janganlah engkau hendakkan segera kebinasaan orang-orang kafir itu, berilah tempoh kepada mereka sedikit masa. ” At-Toriq:15-17.


Ya Allah Rahman Rahim,perkenankan doa kami umat Islam.Hancurkanlah tentera-tentera kafir yang menentang agama-Mu yang bersih dan suci ini.Bagi mereka agama mereka dan bagi kami agama kami.

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! .”Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”. Al-Kaafiruun:1-6.”

Ya Allah Rahman Rahim,segala yang ada di alam ini milik-Mu Ya Allah.Kau berhak menghancurkan matahari jika Engkau inginkan meskipun ia besar dan panas tak terhingga.Bagi-Mu tiada apa yang mustahil,bila dikatakan “Kun” maka terjadilah apa yang Engkau kehendaki yakni “Fayakun”.Hancurkanlah zionis Yahudi dan sekutunya,sebagaimana Engkau pernah menghancurkan kaum ‘Ad,Firaun dan tentera-tenteranya.Kepada-Mu kami golongan yang sedikit ini memohon perlindungan dan keselamatan.

“(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan kamu, lalu Ia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): “Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut.

Dan Allah tidak menjadikan (bantuan malaikat) itu melainkan sebagai berita gembira dan supaya hati kamu tenang tenteram dengannya. Dan kemenangan itu pula hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana” Al-Anfal:9-10.

Selawat dan salam kepada Rasulullah S.A.W.Amin…

http://www.usrahkini.com/?p=82

0 comments: