BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, October 30, 2008

- bersamamu -


ingin aku menekankn disini, cerita ini bukan mengenai "sentiasa bersamamu" (digi) a.k.a hantu kuning.



tapi mengenai program Bersamamu di Tv3. mana tak nya aku tersentuh. sedanag kusyuk aku makan malam(ingt nk sahur awal lah) tetiba adik aku turun n bukak tibi.tup tap tup tap siaran bersamamu sedang keudara. yang lebih aku terkesan. time tuh pulak keluarga yang terpacul untuk episod kali ini tuh sedang makan, aku pun sedang makan.

pe lagi terbehenti aku makan lalu terfikir. dia makan nasi lauk kangkung kutip tepi rumah jerh, aku pulak makan lauk ayam masak sup(kt umah mmg satu lauk jerh selalu,budak-bukan rajin makan pun, masak sendiri tuh, mak ajar, senag jer).

ternyata memang kesian beb.mana tidaknya. bak kater "kais pagi makan pagi kais petang makan petang".suami dia kaki patah,13 tanggung kesakitan, nk pergi hospital takut tak mampu nk bayar(memang tak mampu nk bayar,kata hos tuh).terlalu daif, kesian.

suami dia dalam kepayahan,kutip kangkung jual kat pasar.sehari klu betul dier kuat buleh dapat 2kg jerh(sebab sakit)..

si isteri, kerje kutip kelapa n jual dengan harga 70sen sebiji(tak boleh dapat banyak ma)

tanggungan empat klu tak silap....

anak 4 orang lagi sudah berumah tangga n hidup susah gak...

kesian seh.... walau bukan seagama tapi dia manusia jugakan, yang memerlukan tetap kene bantukan(ingat Islam itu syumul, menyeluruh) "tegiang-iyang lagu segenggam tabah nyanyian inteam di teliga aku".(dh habis cerita baru aku ingat lagu bersamamutv3 nih lagu wajah nyanyian jaclyn victor tuh)

so,fikir2kn sementara masih diberi kesempatan untuk memberi,maka janganlah di simpan2kn,hulurkan seadanya kepada sesipa yang memerlukan.tak rugi pun malah menguntungkan.

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
Al-Baqara [2:261]

apabila meninggal anak adam maka terputuslah semua amalan, kecuali 3 perkara. anak soleh yang mendoakan. ilmu yang bermanfaat dan sedekah jariah.






nih antara siaran bersamamu(tapi bkn yang nih lah yang aku tengok malam td)
tp bersamamu memang memberi banyak pengajaran, agar manusia serba cukup tidak lupa untuk bersyukur dan yang diuji tabah menjalani ujian.(semua manusia diuji sesuai dengan kemampuannya dan ujian itu juga berbeza- beza)

4 comments:

munadhia said...

sungguh.. kita sangat brtuah.. dgn sgala mcm kesempurnaan.. tapi, kdg2kt sgt lupa utk brsyukur..sbb tu, kt kna byk fkrkan org2 yg lbh amat krg brtuah drpd kt..

nadia rusli said...

huhu..btol3..erm..dah lebih..kurg plak ek?

SyarIfaH nuR aThIraH said...

bersedekah itu memang tidak merugikan.... =D

paCat said...

Setuju ~