BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, March 26, 2009

.: Kun Fayakuun :.

Gambar 1: Poster Filem "Kun Fayakun"
("Kun Fayakun" merupakan kata dalam bahasa arab yang kalau diterjemahkan kurang lebih berarti "Jadilah, Maka Jadilah Ia". Kalimat ini diambil dari kitab suci Al-Quran yang menggambarkan kekuasaan Allah dalam menciptakan semua makhluknya.).

Bismillahirrohmaanirroheem
Assalaamu’alaikum wrm wbt Segala puji-pujian bagi Allah tuhan sekalian ‘Alam, selawat dan salam keatas Rasulullah Sollollohu’alaihiwasallam, keluarga, para sahabat dan sesiapa sahaja yang mengikut jalannya hingga hari akhir. Ampuni dosaku ya Allah. Ampuni dosaku ya Allah. Ampuni dosaku ya Allah.
Salam ukhuwah fillah buat pejuang2 Allah, dan salam penuh sejahtera kepada pembaca sekalian, moga kita sama-sama dirahmati Allah yang maha pengasih maha penyayang.
Semoga penulisan ini diredhoi Allah yang berkuasa keatas segala sesuatu.


Pada kali ini suka sekali untuk aku menukilkan berkenaan filem religus "baru" (bagi aku) daripada Indonesia yang Alhamdulillah diberi tajuk “Kun faya kun” yang bermaksud “jadilah, maka jadilah”.Mengapa aku begitu tertarik sekali untuk menulis bekenaannya, nah, ia adalah kerana ia adalah antara beberapa sebahagian kecil filem-filem religus yang membangun jiwa buat ummat ini. Ia amat sukar didapati (di Malaysia, tak kan nak harap pada kak eirma fatima tuh yang baru bermula, sirah junjungan pun tak pula dapat sambutan, moga bukan titik akhir buat beliau). File mini mula dikeluarkan pada bulan April tahun 2008 . Aku pula cuma mendapat tahu berkenaan adanya filem ini pada minggu ini dan baru semalam habis menontonnya :P huhu (cerita yang memang best :)

Gambar 2 : Ustaz Yusuf Mansyur (Kiri) bersalaman dengan Presiden Republik Indonesia,pada April 2008, ketika majlis pelancaran filem tersebut.

Ustaz Yusuf Mansyur da’ie (penda’wah) muda, pengasas filem ini, beliau menjadi tunggak kepada terlaksananya filem ini, mengatakan, dia telah mendapatkan padangan dari para pak kiai dan para ustazdh bekenaan masuk ke bidang pembikinan filem untuk memberi sinar baru kepada ummat buat manfaat iman ummat islam, ia dikatakan suatu kancah yang syubhat, namun akan tetapi telah disokong dn direstui oleh sekalian pak kiai dan para ustazdh, dan ustaz itu yakin inilah akan menjadi sinar baru buat ummat islam kini. (sepanjang aku tonton filem ni,tak perasan suami isteri ada bersentuh tangan tak, macam tidak ada jerh, tak tahu pula kalu aku yang terlepas pandang :P )
Dengan izin Allah, masya-Allah, file mini hanya dishoot selama dua minggu sahaja. Namun hasilnya Allahu-Akbar wa Subhanallah, sunnguh menyentuh hati. Ini menunjukkan besar kemungkinan filem ini disertai doa dan usaha yang tidak putus2 dan hasilnya ia mendapat keberkatan dan redho Allah pemilik sekalian hati manusia, Allahu-robbi!

Gambar 3: Watak utama lelaki (sebagai : si bapak bekerja sebagai "tukang kaca").

Sedikit berkenaan filem ini, ia menceritakan kisah hidup sebuah keluarga muslim yang cukup sederhana (cukup2 saja), tetapi di setahun akhir ini, perniagaan sebagai tukang cermin si bapak kurang memberansangkan. Makan dan minum mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Aduh, sungguh sebak pabila ditonton, bisa berkaca mata dan mengalir deras airmata bagai hujan bercucuran jatuh kebumi (hyperbola sikit :p ). Allah-sahajalah yang tahu kesusahan mereka sehari-hari.

Walau susah begitu si bapak terus –menerus berusaha dan kuat doanya kepada Allah, termasuk isterinya yang solehah, dan dua orang anak lelakinya yang cuba untuk memahami situasi. Mereka sekeluarga meningkatkan ikhtiar dan kebergantungan kepada Allah, mereka sekeluarga banyak sekali ‘ibadat bagun malamnya, dari adik kecil hingga si isteri. Mereka menangis penuh harap kepada Allah Maha memberi rezeki yang turun ke langit pada satu per tiga malam untuk mengkabulkan doa hamba-hambanya yang meminta kepadaNya.. Allah memang Maha Pemurah dan Maha Pengasih Penyayang..Seterusnya, pelbagai peristiwa yang begitu menyentuh hati sampai bias buat kita menitis air mata.. Allah… (nk tau lebih ke'best'an cerita nih, kene tengok sendiri lah, huhuu :P )

SUBHANALLAH.
Banyak pengajaran yang boleh kita ambil dari filem ni,

[2.286]. Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."
Aku berasa taramat kerdil pabila menonton film ini, baru dihadirkan sedikit ujian sudah mengeluh, sepatutnya tabah dan benar-benar yakin akan akan sesuatu ketetapan Allah. Kerna setiap sesuatu yang berlaku pasti dan semestinya ada sebab musabab yang perlu aku ketahui dan pelajari, atau apapun yang akan aku dapat dari sesuatu ujian itu.
Keduanya, indahnya bertawakkal kepada Allah sesudah berusaha dan berikhtiar(termasuk berdoa sekali) kepada Allah, walau ujian itu sebesar mana pun, selagi kita benar-benar Yakin bahawa itu ujian Allah terhadap hambanya pasti kita akan tabah, kerana kita percaya bahawa Allah sentiasa bersama hambanya yang soleh. Subhanallah.
Ketiganya, indahnya kebergantungan kepada Allah sesudah kita mencuba segala IKHTIAR. Inilah sebanar sepatutnya keyakinan dan kebergantunggan kita kepada Allah. Sebagai contoh, kita dihimpit sangat-sangat degan kemiskinan sehingga mencari sesuap nasi itu pun payah, jadi kita perlu sedikit ehsan dari jiran-jiran atau saudara kita bukan. Tetapi seharusnya, Kita perlu meminta dahulu kepada Allah sambil berusaha, karana rezki jiran2 kita mahupun saudara2 kita juga datangnya dari Allah. for example, Seorang isteri solehah, pabila ditanya, "macam mana dengan makan minummu dan anak2 sesudah sepeninggalan suamimu itu." lantas si isteri itu menjawab, "sesungguhnya suami ku itu meninggal dunia, tetepi Allah pemberi rezki itu tetap ada bersama hamba2nya." (ini bermakna si isteri paham akan siapa sebenar HAMBA dan siapa PENCIPTANYA, Allahuakhbar)
dan banyak lagi pengajaran yang boleh diambil dari filem ni.
Terima kasih kepada Allah, kerana telah menggerakkan hamba2 pilihannya untuk menerbitkan filem nan indah dan penuh bermanfa’at buat membangun iman sekalian ummat Islam. Teringat kata2 Kak Eirma Fatima time talk karnival kebudayaan di shah alam dulu, "kita tahu bahawa barat meyerang kita dengan pemikiran, dimana dengan kehadiran lagu2,filem2 dan hiburan2 yang tidak bermanfaat, jadi kita harus ada counterattack terhadap benda2 ini, sekarang memang kita pada tahap ketandusan hiburan berbentuk agama, jadi kita sendiri harus bangun melawan benda ini"(sendiri fikirla mcm mana nk lawan yerh,mcm2 boleh :)
Akhir kalam semoga Allah meredhoi pembikin2 filem religus pembangun jiwa seperti ini. Semoga filem-filem seperti ini yang ditonton oleh sekalian ummat Islam dan semoga ummat meninggalkan menonton filem-filem lain yang tidak mengikut nas-nas Al-Quran dan As-Sunnah. Jazakumullahu-khoiron-jaza’. Syukran jazilan katheero.Semoga ku ikhlash,Hamba Allah.Lampiran Link Web Page yang berbicara tentang filem “Kun Fayakun”:
kata:-
presiden
Tidakkah Industri Filem Malaysia tercabar?
Setelah AAC Kini Kun Fayakun
wikipedia
lain2 cari sendiri yerh. :)

10 comments:

Unknown said...

tengok cite ni kat mane??

Unknown said...

wuah..baru selesai tgk cite nih...
ringan~..n penuh makna...
huhu

Pemuda IKRAM PJ CFS IIUM said...

nk nenok..ktne bule dpt?kedai cetak rompak ade ke?hee

cikEff said...

hah ape lagi,
pegi la approach saudara murali..
beliau nak buat mende gini.
tpi peluang tak banyak..
cuba tgk hasil ihsan..
jgn bangga produk luar je,
cuba sokong produk sndiri..

keretasorong said...

tak tau mcm mne nk bagi cerita nih pada kamu k-uiapj aka k sempoi..
tangok lah nnt...

kat tim..ape maksud hasil ihsan yerh??? :P, sowy taktau...

ira said...

nak tgoook gak man..mne ko tgok cte niyh..nape aku xpnh dgr???knape2??eceh..hehe

keretasorong said...

cerita nih simple n mmberi kesan sesangat...:)

tak tau cmner nk kasi kamu tangok...
download kot:P

Abu Handzalah said...

wah~
macam best je,.
huhu~
nampaknya filem ini bersifat indipendent ,sebab produksinya tak segempak filem ayat2 cinta kan??
hehe~
nampaknya sangat terhad,.n susah nak cari dvd citer ni kan,macam dvd sang murobbi tuh,.

akhi,kalau ada 2,hulur2 la kasi pinjam sama ana,huhu~

keretasorong said...

amatXkesah...
ayat kamu mmg power...
cerita tuh pada abg la..
lupe copy...
coe..
tp kamu leh download/muatturun sendiri ..

klu nk ana boleh usahakan tp makan masa sikit lah :P

Abu Handzalah said...

waduh,.
kalau bisa dimuat turun,dimana ya??
boleh bagi link web tersebut x??
huhu~