BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, July 2, 2010

.: seumpama tiga : ii :.


Alhamdulillah, kerana masih di beri pelbagai kesempatan dariapadaNya,seumpama yang kedua yang dapat dikongsi bersama ialah umpama buah kelapa, bukan sebijik seperti buah kelapa, tetapi lebih kepada pepatah lama yang mengatakan “"campak kelaut menjadi pulau, campak kedarat menjadi pokok" (kalau pepatah ni salah tolong betulkan).

Itulah seharusnya seorang hamba Allah memainkan wataknya dimuka bumi ini. Walau dimana kia berada seharusnya kita melakukan yang terbaik untuk terbaik, walau dimana sekalipun dicampakkan, kita perlu sentiasa tumbuh, bergerak dan bercambah sentiasa memberi manfaat bukan merosakan.

soleh wa musleh, berusahalah untuk merealisasikanya dengan bijaksana, mungkin ada segelintir mengatakannya terlalu payah dan sukar lantas mengeluarkan berbagai alasan, tetapi teringat akan mesej ringkas dari seorang sahabat "“sesungguhnya hidup ini hanyalah sebah transaksi perdagangan dengan Allah, barang siapa yang berjaya membayar harga yang ditawarkan maka tiadalah ia akan rugi selamanya, tanyalah diri akan harga yang kau bayar."


"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan dibiarkan (begitu saja), sedang Allah belum mengetahui (dalam kenyataan) orang-orang yang berjihad di antara kamu dan tidak mengambil menjadi teman yang setia selain Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan"(at taubah 9 : 16)


Itulah islam, jika dipelajari, difahami dan diamalkan maka bergaegar dunia ini. Dalam 10 muwasafat juga terdapat ‘manfaat kepada yang lain’


"Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan ataupun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui."(at taubah 9 : 41)


.:.moga aku terus bertambah KUAT! ya Allah kuatkanlah aku untuk mengharunginya..!!

1 comments:

Anonymous said...

Bagus......




^_^