BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, July 9, 2010

.: seumpama tiga : iii :.


Bertemu kembali, kali ini sabungan siri terakhir melengkapkan sedikit kautan sepanjang perjalanan ke utara pada semesta pendek yang lepas...

Ketiganya umpama mutiara, mutiara yang sungguh indah dan sangat tinggi nilaiya, malah boleh mencecah jutaan harganya. Tetapi proses untuk menghasilkan sebutir mutiara yang asli bukanlah sesuatu yang mudah malah untuk mendapatinya juga bukanlah semudah yang disangka.

Begitulah hidup kita, untuk mendapatkan dan menjadi sesuatu yang indah dan berharga kita perlu melalui proses yang pangjang dan mencabar, ulat juga melalui pelbagai proses untuk menjadi rama-rama yang indah, malah sewaktu proses kepompong tiada siapa yang dapat membantunya, hanya dirinya sendiri perlu berusaha untuk keluar, jika ia keluar dengan bantuan dari luar maka proses menjadi rama-rama akan tercantas. Kadang-kadang kita perlu bergerak dan berusaha sendiri, bukan semuanya boleh dilakukan bersama. Tidak kiralah walau ada kawan serapat mana, teman sehidup semati sekalipun, walau segunung motivasi dan kekuatan dikongsikan, namun percayalah, ada tikanya kita kena atasi tembok halangan kita dengan sendirinya.

Ketahulah bahawa untuk menjadi seumpama mutiara, permata mahupun rama-rama, kita memerlukan kesabaran, ketabahan dan tidak ketingalan ialah sifat sentiasa bersyukur. Bukanlah ingin mengatakan bahawa ini adalah ramuan yang lengkap, tetapi ketahuilah bahawa itulah antara mutiara yang ditinggalkan untuk kita, sejarah berharga sebagai contoh ikutan utuk kita.

Sabar, tabah dan syukur, bukanlah boleh diadakan dengan begitu sahaja, dengan hanya pejam celik semua sifat itu telah lengkap dipakai kepada badan tetapi ia memerlukan sesuatu yang dipanggil proses, ya praktikkanlah dalam proses hidup kita~


Maha Suci Allah yang menjadikan di langit gugusan-gugusan bintang dan Dia menjadikan juga padanya matahari dan bulan yang bercahaya. Dan Dialah yang menjadikan malam dan siang silih berganti untuk sesiapa yang mahu beringat (memikirkan kebesaranNya) atau mahu bersyukur (akan nikmat-nikmatNya itu). Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik.(al furqan 25 :61-63)

.:. ya Allah tabahkanlah hambamu ini ^_^

0 comments: