BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, June 25, 2010

.: seumpama tiga : i :.

Rasanya sudah terlalu lama aku tidak menulis, mungkin kerana kecemburuan masa dan malas yang terbina. Disini sedikit perkongsian sepanjang pegembaraan ke utara pada 27-30 Mei 2010 lepas bersama sahabat seiringan, walau pelbagai ragam dilalui untuk melangkah memulakan perjalanan namun akhirnya dengan takdir penentuNya maka sekumpulan insan kecil terpilih untuk menyertainya.

Seumpama tiga, itu lah sedikit bekalan yang dikaut dari berpuluh-puluh atau berjuta-juta yang ada, bekalan perjalanan untuk penempuh perjalanan, penghujungnya tiada siapa pun yang pasti, maka segedabak usaha diperlu disamping hikmah kebijaksanaan.

Pertama umpama ikan, apa istimewanya ikan? selama ini mungkin ada diantara kita hanya tahu menangkap,masak dan makan. Lebih ringkas dari itu hanya tinggal makan sahaja selesai. Ikan air masin yang hendak di masak masih memerlukan garam sebagai penambah rasa. Bahkan ikan air masin yang ingin di awet menjadi ikan masin juga memerlukan garam yang terlalu banyak untuk dimasinkan. Itu lah ikan, walau berapa lama sekalipun hidup di air masin, namun sedikit pun tidak mengubahnya menjadi masin.

Seharusnya begitulah kita, walau dimana kita berdiri, duduk mahupun baring, jangan sekali mengadaikan prinsip kita, walau hanya pada perkara yang remeh atau nampak remeh, apatah lagi pada perkara yang besar. Tetapi harus kita ingat bahawa prinsip kita haruslah betul dan benar. Benar pada pandanagan siapa? Diri sendiri, masyarakat atau ketua yang berada di atas kita? tanyalah pada diri sendiri kepada siapakah kita akan dikembalikan.

Sebagai seorang muslim kita telah ada sandaran yang ditetapkan serta garis panduan yang digariskan. Sandaran pada tuan empunya dunia, pada batas-batas, prinsip-prinsip, garis-garis dan nilai-nilai yang disampaikan oleh rasulNya.

bersambung....


"(Iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka." (ali imran 3 : 191)


5 comments:

Danial Izzat Zulbahari said...

menarik ya akh

marwan_amz said...

Akhirnya dengarlah juga berita tentang Jaulah Utara kita ni, bro, mintaklah sape2 buat laporan jaulah ni untuk dimasukkan dalam blog KDG, penting tu....(x sabo menanti sambungan)



p/s:rambut Najib memang cun!

keretasorong said...

>> danial : just contengan kosong jerh...

>>marwan : tak rase mcm lmbt sngt kerh??


.:.bermulalah sebuah ujian kekuatan n ketabahan......

suri said...

salam tuan rumah..
wah indahnya pemandagan di pantai tu..hehee

Beejan said...

Erk, gmba tu tk btol sgt taw..baju ana kembang sbb kne tiup angin bkn jisim dalaman taw!!