Sedih lps bace tajuk di muka akhbar semalam "IMAM DAN 10 DI BUNUH KETIKA SOLAT ISYAK DI SELATAN THAI" bukan ingin marah, menangis, emo atau sewaktu dengannya melulu atau memb**i buta, ttp melihat situasi dan keadaan yang berlaku bi Masjid Al-Furqan di thailand, memang kepala terus ligat meningati peristiwa HEBRON, cuma bezanya pada waktu, tempat, bilangan yang syahid dan di ketahui dengan jelas siapa dalang sebenar di balik peristiwa :(
berbalik kepada Masjid Al-Furqan buat mereka yang belum update berita lagi:
(Selatan Thai) 9 Jun – Kejam dan tidak berperikemanusiaan!Mungkin itu yang dapat digambarkan tentang pembunuhan 11 jemaah ketika solat isyak di Masjid Al-Furqan di Kampung Air Tempayan, 50 kilometer dari bandar ini kira-kira pukul 8.50 malam tadi (waktu Malaysia).
Setelah melepaskan tembakan dari dua pintu masuk masjid, enam penyerang itu dikatakan masih tidak berpuas hati dan masuk ke dalam masjid sebelum melepaskan beberapa das lagi tembakan bagi memastikan jemaah terbabit benar-benar mati.(kesemua mereka bersenjatakan rifel M-16 dan pump gun serta memakai seragam hitam serta bertopeng.)Kejadian itu menambahkan jumlah korban yang kini mencecah lebih 3,700 orang dan masyarakat Islam di wilayah itu bimbang kejadian lebih buruk akan menyusul semula.
Berkalung2 DOA buat mereka yang SYAHID
********************************
Persaudaraan Islam adalah umpama 'simen' yang mengikat bata-bata Islam di sebuah binaan kukuh yang tidak boleh diruntuh atau digoyang. Ini bersesuaian dengan sebuah hadith yang disepakati antara al-Bukhari dan Muslim yang bermaksud:"Sesungguhnya seorang yang beriman bagi seorang beriman yang lain adalah umpama sebuah binaan yang menguatkan antara satu sama lain."Persaudaraan Islam bukanlah sesuatu yang terletak di pinggiran Islam. Sebaliknya ia adalah salah satu prinsip asas di dalam Islam yang dikaitkan dengan persaksian kepada ALLAH S.W.T dengan ketauhidan dan Muhammad s.a.w dengan risalah kerana ia adalah kesan dan maksud dari keimanan itu sendiri:"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara." (al-Hujurat: 10)
menyediakan barisan "HEROES" : persiapkan dirimu dari segala sudut ayuh maju dan terus maju dalam barisan yang teratur, bertindak dengan penuh keupayaan, thabat dan bersabarlah dalam Acuan dan ujian, Syukur dengan segala yang ada, bersandar satu sama lain.
pautan cerpen disini.
6 comments:
meletopp gitu..
adik aku nama furqan..
ada org pernah kata kat aku,
furqan ni nama yg "berat"
tp wallahualam..
adess...kejam betul la...
Tp hikmah nye...mereka yg terbunuh..meninggal dalam iman :)
memang seram kes camni
tengok darah sana sini
nak2 darah muslim
syahid milik mereka..
wah,
ramainya yg gugur syahidd.
moga mereka ditempatkan di kalangan org2 yg soleh..
Ameen~
tapi kenapa mesti sekejam itu?
=(
best nasyid nih..
slalu nyanyi time program.
mmg jadi bersemangat!
moga kita sama2 istiqomah dlm perjuangan ini.
=)
ya syahid milik mereka InsyaAllah..
kerana itu janji-Nya...
persoalan kenapa mesti sekejam itu???
kerana itulah dunia dan isinya manusia dan dalam manusia adanya nafsu....Astagfirullah^_^
Post a Comment