BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, June 22, 2008

Indahnya Ciptaan Tuhan(:SUBHANALLAH


Peluang melihat sendiri pengIslamkan tiga bersaudara dihadapan mata memang suatu kesempatan yang sangat berharga. Bukan hanya bernilai untuk Amar Thapa(33), Shob Bahadur (27)dan Joy Dass(25) yang baru saja pulang ke pangkuan fitrah; menyerah diri ke hadrat Allah Ta’ala, tapi juga untuk aku dimana sentiasa berada dalan proses muhasabah diri,moga tidak leka dengan dunia yang fana dan juga pengukuran siapa aku di sisi Ilahai. Sambil menyelam minum air; selain melihat Abang Dhany memimpin saudara baru menuju cahaya iman, pengabdian aku di hadapan Tuhan juga makin tunduk kerana jua pengertian sebenar syahadahkembali semula menyelubungi diri. Moga-moga resmi padi yang kian menunduk ini, terus berisi hingga hujung hayat menemui-MU ya Ilahi.

Ya Allah! Tetapkanlah aku dalam iman, matikan aku dalam husnul khatimah. Matikan aku dalam keadaan aku berkerja untuk agama-Mu!dan jadikan SYAHID dalam agamamu sebagai cita-citaku.

Makin jauh berjalan, tidak wajar sekadar luas pandangan. Selayaknya melihat kembali kedalam diri,moga tidak mudah lupa pada Ilahi,tidak jua meninggi diri,serta kembali kepada fitrah penciptaan oleh ilahi.

SORONG lah diri untuk sedar kembali bahawa ilham juga ilmu yang dikurnia Tuhan kepada insan hanyalah dinilai sebagai setitis, berbanding lautan ilmu Allah Ta’ala, sebanding tinta sebanyak tujuh lautan untuk mencatit ilmu-ilmu itu. Malah, walau ditambah satu lagi lautan; pasti tidak mampu untuk menghabiskannya.

Pendakian ke Ringlet yang terletak asing di kejauhan sana, memakan hampir empat jam lamanya menemukan aku dengan pelbagai keajaiban alam. Seakan perjalanan merentasi evolusi; dari hutan batu metropolitan yang kaya dengan bangunan tinggi-tinggi, hinggalah tiba di destinasi yang sarat kehijauan. Pohonan dari perlbagai rona hijau, juga gunung-ganang yang berdiri teguh tanpa pasak. Air yang tenang mengalir, dingin dan mendinginkan.

Ini baru ciptaan yang benar-benar impresif! Rekaan yang membuat mulut ternganga tak terlawan dek manusia. Lihat saja gunung-gunung ini. Teguh berdiri. Bukan sahaja ciptaan yang wajar dikagumi, sebaliknya Penciptanya supaya kita sentiasa berfikir bukan hanya tau menikmati sahaja.

Melihat gunung dan segala macam ciptaan mengkagumkan, teringat pada firman Allah Ta’ala yang diabadikan dalam surah (Al-Hasyr59:21). Perumpamaan yang perlu kita sama-sama renungkan; “sekiranya Kami turunkan Al-quran ini kepada sebuah gunung,pasti kamu alan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah.Dan perumpamaan-perumpaan itu Kami buat untuk manusia agar mereka berfikir.” (Al-Hasyr59:21)

Sedangkan gunung yang begitu besar, musnah kerana sedar kekerdilannya kepada Tuhan yang menciptakan, apatah lagi kita manusia. Manusia yang telah berikrar, berjanji ta’at setia untuk mengimani Allah Azzawajalla. Manusia yang secara sukarela memohon unruk mendukung amanah memakmurkan bumi Tuhan dengan risalah yang Maha Agung. Apa tah lagi sebagai seorang muslim yang sentiasa membaharui janji dan harapan dalam solatnya,serta membaharui sayahadah pada tahiyyatnya.

Namun, berapa ramai yang benar-benar beriman?dan adakah betul dan benar hari-hari kita dipenuhi untuk mengejar syurga Ilahi. Seandainya manusia benar-benar memahami dan menghadami ayat-ayat suci Al-Furqan pasti akan luluh hancur hatinya. Kerana orang-orang yang beriman, apabila dibacakan kalam Allah Ta’ala yang kudus, maka akan gementar hatinya.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya, dan apabila dibaca ayat-ayat-Nya kepada mereka, bertambah(kuat) imannya dan hanya kepada tuhan mereka bertawakkal”(al-anfal8:2)Moga-moga kita semua tergolong sama. Ameen. Ameen. Ameen.(-_-)

P/S:kereta sorong tak kan tergerak jika ditolak,dan takkan jatuh jika dipandu dengan seeloknya. Kita pula adalah pemandu kepada jiwa,hati,diri dan segala anugerah tuhan kepada diri kita.oleh itu,pandulah dengan seeloknya,moga jannah yang diingini boleh dikecapi:)