BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, June 20, 2008

Bicara Seorang Artis???

Bantah konsert 'ego orang agama' Jimadie Shah Othman Jun 17, 08 4:59pm


Komposer terkenal Roslan Aziz menyifatkan tindakan Pemuda PAS Selangor membantah konsert penyanyi terkenal Ella dan Mas Idayu sebagai tindakan "ego" golongan agama dan bermotifkan politik."Orang yang tahu fasal agama, ego dia lebih tinggi. Cuba kita pergi kepada seorang ustaz dan kata kepada dia, hadis ustaz salah, sanad tak betul. (Awak) ingat dia boleh terima? Mereka ini hendak tunjuk suci," katanya kepada Malaysiakini.


Beliau diminta mengulas rancangan Pemuda PAS negeri mengadakan perhimpunan membantah konsert tersebut yang dijadual 6 Julai di Shah Alam. Konsert itu, yang dilaporkan bersempena sambutan 100 hari Pakatan Rakyat mentadbir Selangor, diadakan sebelum perlawanan bola sepak Piala Sultan Selangor antara Singapura dengan pasukan negeri.Menurut Roslan (foto), bantahan itu terjadi disebabkan PAS sendiri yang ingin menggunakan agama untuk tujuan politik."Secara peribadi saya tidak setuju guna Islam untuk tujuan politik. Saya fikir (tindakan) ini salah.


Biar orang kata Umno itu jahat tapi ia tidak guna Islam untuk tujuan politik. "Masalahnya pada keseluruhan PAS itu sendiri. Sebab itu di Datuk Keramat, saya tidak pernah mengundi. Masalahnya nak mencari orang yang betul dalam parti yang betul. "Dalam Umno yang baik ada orang-orang senget. Orang-orang alim, lebai-lebai yang baik pula dalam parti senget," tambahnya.Bekas pengetua Akademi Fantasia musim lalu ini juga berkata campur tangan ahli politik seumpama Pemuda PAS Selangor itu sebagai sejenis "buli" akibat kegagalan seniman sendiri."Ia berpunca artis kita juga. Ada yang bongok, oleh kerana tak pandai belajar, jadi artis. Jadi, mereka tidak proaktif, tidak ada pengetahuan. Sebab itu orang suruh potong rambut pun tak apa. Kena buli pun tak apa."Dulu masa (menteri penerangan) Mohamad Rahmat nak potong rambut pun, saya tak bagi. Jangan potong, saya kata. Saya bukan beruk. RTM tak bagi tak apa," katanya. http://www.malaysiakini.com/news/84615


KENYATAAN MEMOHON MAAF OLEH OSLAN AZIZ PULA….(bebeapa hari selepas)


Assalamualaikum...Terlebih dahulu inzinkan saya meminta maaf atas kertelanjuran kata2 saya didalam malaysia kini tempoh hari.Saya mengaku tidak berfikir panjang sebelum menjawab soalan2 saudara Jimadie tetapi sebaliknya menggunakan emosi dan frustration saya yang lama terpendam.Sebagai seorang Islam dan bapa kepada anak2 saya..saya tidak sepatutnya menjawab begitu yang menyebabkan ada pihak yang berasa terhina.


Saya TIDAK sama sekali berniat untuk menghina jauh sekali untuk bermusuh sesama saudara.Walaubagaimanapun ia tidak sepatutnya berlaku dan sebagai seorang manusia yang beragama ISLAM.. bapa.. suami dan anak yang masih menagihkan ilmu pengetahuan dan KeredhaanNYA...saya dengan merendah hati memohon maaf kepada semua muslimin dan muslimat khusus nya ahli2 PAS atas perlakuan saya itu. Saya berharap dan berdoa agar saya dimaafkan...Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...Saya berdoa agar kita semua sentiasa dilindungi oleh ALLAH S.W.T. dan dipelihara olehNYA.Selawat kepada nabi kesayangan kita Rasul ALLAH Nabi Muhammad S.A.W. dan Keluarga baginda A.S.


IKHLASRoslan Aziz(frm blog Roslan aziz)



p/s:maaf mungkin terlalu panjang untuk entri kli ini...(-_-!)..bukan isu politik yang ingin aku kertengahkan.....tetapi ader kaitan dgn enti sebelum ini...inilah hasil kejayaan anasir2 barat mempengaruhi jiwa,hati,minda dan segala....SUBHANALLAH,INI JUA HASILapabila kegagalan dlm meyorong diri, jiwa dan hati kpd Islam.atau jauh dr fitrah kejadian...bukan niat aku untuk mencerca...ttp aku sedih apa bila pendakwah dan kerja dakwah dicerca.....sebagai mana KAKASIHKU dahulu dicerca(malah lebih teruk lagi),sehingga jibril datang untuk menghimpap gunung2 ker penduduk taif,mujurlah nabi seorang yang sangat2 menyayangi umatnya:adakah kita menyayangi nabi kita????sanggupkah kita berkata sedemikian rupa di hadapanya....senyangi ALLAH,sanyangi RASULULLAH,sayangi AGAMA....ALLAHHHUAKHBAR!!!!!!

1 comments:

kiwi (mams) said...

manusia biasa mmg xdpt lari drpd kesilapan...dan beliau sendiri dah mminta maaf kpd yg berkenaan...walaubgmnpon semestinye kata2nya tu sdkit sbyk meninggalkan kesan...iyerla,siapa yg tidk terusik jiwanya kalo ade yg mencerca misi dakwah sprt ini?Bertepatan sekalilah dgn kata pujangga Arab,"Lidah itu lebih tajam drpd pedang"...
kepada akh rahman,teruskan penulisan sebegini,moga2 sedikit sebanyak dpt menyedarkan umat skrg terutamanya diri ana sendiri ttg realiti umat Islam sendiri...doa moga anta terus memberi dan memberi...