Hidup di bawah naungan Al Quran adalah suatu kenikmatan yang tidak dapat diketahui melainkan hanya oleh mereka yang mengecapinya sahaja
-Syed Qutb
Hidup di bawah naungan Al Quran, sepanjang usia manusia dapat mencapai kenikmatan meluhur, memberkati dan membersihkan kehidupannya.
Diri manusia mustahil untuk hidup dalam lingkungan suasana atau keadaan yang sama sahaja. Lumrah hidup manusia, peringkat2 dalam kehidupannya pasti menghadapi pengalaman yang berbeza. Mungkin di waktu muda dia kaya, kemudian menjadi miskin. Mungkin pada suatu kala, dia cantik, kemudian berubah menjadi tua mengerekot dan tidak cantik lagi. Tapi, andainya hidup manusia itu pada setiap masanya di bawah naungan Al Quran, dia akan merasakan hidup yang luhur, kerana hanya terdapat SATU garis panduan kehidupannya, justeru merasakan setiap detik hidupnya terasa barakahnya. Dia akan rasa tenang, kerana menghadapi hari-hari hidupnya dalam suasana yang bersih, jiwa dan tubuhnya.
“Hidup di bawah naungan Al Quran, terasanya jiwa hamba terikat dengan Tuhan Allahhuakhbar. Bayangkan, itulah satu penghormatan tidak terhingga bagi seorang manusia yang kerdil.
Seorang pekerja pasti merasa amat gembira apabila bossnya berkomunikasi dengannya, sedangkan dirinya hanya pekerja bawahan. Apatah lagi, sebagai hamba Allah, kalamullah berlegar dalam segenap pelosok kehidupannya, di telinganya, di lidahnya, di hatinya apabila hidup di bawah naungan Al Quran. Itulah sesi chit-chat yang paling bermakna bagi suatu ciptaan dengan penciptanya. Kita meluahkan segala padaNya”
“Hidup di bawah naungan Al Quran, memberikan manusia teropong baru dalam melihat dunia pada perspektif yang berbeza. Jahiliyah berkecamuk merosakkan bumi, tetapi manusia terus memuja-muja dan berbangga dengan jahiliyah. Ilmu, pengetahuan dan kefahaman mereka terjerumus kepada kebodohan.
Manusia yang hidup jauh daripada naungan Al Quran, ibarat kanak2 yang merebutkan permainan, sedangkan manusia yang hidup di bawah naungan Al Quran ibarat orang dewasa yang kelakar dan tersentuh melihat kebodohan kanak2 yang sanggup bercakaran demi permainan yang tidak memberi manfaat barangpun sedikit.
Hidup di bawah naungan Al Quran, menganugerahkan seorang insan dengan kefahaman yang tidak ternilai, serta tanggapan yang sempurna, iaitu nikmat kefahaman tentang alam sebenar, matlamat kejadian itu dan juga matlamat kehidupan manusia sendiri.
Manusia sedang lalai dengan kefahaman yang sesat dan menyesatkan, di mana2 pelosok dunia Timur, Barat, Utara mahupun Selatan manusia memahami kefahaman yang mereka sendiri tidak memahaminya. Lantaran tubuh mereka merasakan nikmat apa yang mereka fahamkan itu, jiwa mereka meronta terseksa inginkan ketenangan.”
“Hidup di bawah naungan Al Quran, roh akan sentiasa berhubung dengan Allah.
Manusia terdiri daripada komponen aqliyyah, ruhiyyah dan jasadiyyah (akal, roh, dan jasad). Manusia tidak pernah puas menyuap makanan kepada jasadnya dengan pelbagai jenis makanan yang enak dan lazat. Manusia juga memberi santapan kepada akalnya melalui ilmu2 yang dipelajari untuk mendapatkan kemahiran2 di dunia ini. Apabila memahami nikmat hidup di bawah naungan Al Quran, manusia tidak dijanjikan akan kenyang perutnya tetapi rohnya akan terisi dan kenyang. Akalnya tidak ketinggalan, mempunyai pemikiran yang jauh lebih luas daripada manusia yang hanya berkisar dalam dunia material sahaja. Tubuhnya sujud menyungkur dan spiritualnya akan sentiasa bertawajjuh (dihadapkan) kepada Allah, dengan penuh khusyu."
"Hanya kepada Allah jua sujudnya sekalian penghuni langit dan bumi sama ada dengan sukarela atau terpaksa dan bayang2 mereka (juga turut sujud) di waktu pagi dan petang"
Surah Ar-Ra'd : 15“Remember what did Allah said in the Al Quran? In Surah An Nur verse 26, Bad women .are for bad men and bad men are for bad women. Good women are for good men and good men are for good women ”“Kenapa kita sibuk nak mempersiapkan dan memperbaikkan orang yang konon2 kita nak jadikan pasangan hidup. Sedangkan Allah suruh kita memperbaikkan diri kita. Diri kita. Dan kemudian, insya-Allah, Allah akan tolong kita dapatkan orang yang sepadan dengan kita.”
” Dalam Kerja dakwah kita pula, adalah dakwah untuk semua. Dan bukannya hanya nak mengislahkan orang yang kita mahu jadi pasangan kita”"Doa pada Allah. Andai ada jodoh kita. Allah akan temukan kita dengan seseorang yang lebih baik daripada keadaan begini”Sekiranya kita cinta kepada manusia
Tidak semestinya manusia cinta kepada kita
Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah
Nescaya cinta Allah tiada penghujungnya
Sekiranya kita cinta kepada manusia
Kita akan cemburu kepada orang yang menyintai mereka yang kita cintai
Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah
Kita akan turut menyintai mereka yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga
Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya kepadaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu
Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku kepadaMu
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling padaMu
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindu syahid dijalanMu..
Amin Ya Rabbal Alamin..
-This is a poem written by Aminah Qutb dedicated to her husband53. Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
54. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu Kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi).
55. Dan ikutilah sebaik-baik apa yang Telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu sebelum datang azab kepadamu dengan tiba-tiba, sedang kamu tidak menyadarinya,
56. Supaya jangan ada orang yang mengatakan: “Amat besar penyesalanku atas kelalaianku dalam (menunaikan kewajiban) terhadap Allah, sedang Aku Sesungguhnya termasuk orang-orang yang memperolok-olokkan (agama Allah )
Surah Az Zumar : 53-56
.:.-Ya Rabb, berikan aku kekuatan dan keteguhan untuk terus berdiridan melangkah dalam jalanmu, janganlah kau pesongkan aku walau seinci atau lebih sedikit dari itu Ya Allah tuhan sekelian makhluk. Ya ar-Rahman ar-Rahim peliharalah hambamu yang sangat lemah dan hina ini dan jauhi diriku dari tipudaya dunia ini, Ya Allah hanya padamu tempat aku memohon.