Di sini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu Membawaku ke daerah yang baru
Dan hidupku kini ceria
Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ingatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan bersimpul padu
Kenangan bersamamu
Takkanku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa
"aku terpaksa pergi tinggalkan kau sayang" ucap KAU ringkas.
"kenapa kau perlu pergi??"bilangku.
"bukan itu persoalannya, tetapi ini sudah ketetapannya sayang"balas KAU.
"apa silap aku, adakah kau masih merasa aku tidak menghargai kau" balas AKU kerana ingin tahu.
"bukan begitu kekasihku yang kucintai, sikap kau dan perubahan kau sungguh membuat aku begitu dihargai malah bertambah sayang apatah lagi kau telah membuat aku ingin lagi bersua dengan kau biar ketentuan belum diketahui lagi." KAU membalas cuba menenagkan keadaan.
Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Mungkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan
" habis tuh kenapa???"tanyaku lagi.
"inilah dipanggil sunnahtullah namanya sayang, setiap yang bertemu pasti berpisah, apatah lagi saat kau masih memerlukan dan berharap kepadaku."
"betul kau pun sudah maklum dan tahu. Kehadiran kau sungguh membuat aku tersentuh dan malu, menyesal akan perbutan-perbuatan lalu, menyesal akan kehadiran kau yang lalu yang pernah aku persiakan kau dahulu. tapi kini aku betul-betul telah berubah,mengharap dan memerlukan kau untuk memberi kekuatan dan pengharapan untuk aku terus dan terus melangkah didunia yang penuh dengan tipu helah syaitan laknatullah, ini sayang."
"aku tahu kau masih memerlukan aku dan begitu juga aku, malah ingin sekali terasa kehangatan kau, apatah lagi saat kau peluk ciumku, belai manja diriku, menagis dan merintih di sisiku, meluah segala yang kau bebani kepadaku untukku sampaikan pada yang Maha Satu. segala perubahan kau juga telah aku sedia maklum, malah ia telah terpahat kaku saat manis kau dan aku, aku akuinya kekasih yang ku cinta"
"sungguh apa yang kau kata sunnatullah ini menghiris hati ku "
"jangan kau persalahkan tuhan sayang"
"habis pada siapa perlu aku persalahkan??pada kau kekasih yang penuh bermakna???manusia mana bisa menyalahkan kekasihnya???"
"tiada siapa perlu dipersalahkan dalam soal ini, cuba kau perlu lebih matang dan mengerti"

Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janji-Nya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasih-Nya
Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah gelita hadirlah cahaya ...
Tuhan ada janji-Nya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasih-Nya
Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah gelita hadirlah cahaya ...
"subhanallah,Mahasuci Engkau Ya Allah...baruku sedar Ya Allah atas keterlanjuran kata ku Ya Allah. Aku reda akan ketetapan-MU untuk memisahkan ku, walau saat aku masih memerlukan dalam mengubah diri untuk mengenali-MU lebih dekat Ya Allah....berilah aku kekuatan dan ketabahan Ya Allah. Ya Allah sesungguhnya engkau Maha pemberi ampunan yang mulia, suka memberi pengampunan, maka ampunilah diriku ini Ya Allah...."tanpaku sedar air mata, yang sekian lama ku tahan akhirnya berjujuran jatuh ketanah jua..
"sudahlah sayang, moga-moga kita ketemu lagi, berdoalah sebolehnya kerana tiada siapa tahu timbul dan tengelamnya usia dan penghujungnya. Ada rezeki dan panjang umur ketemulah kita lagi,...Sudahlah masa sungguh mencemburui kita, sebelum aku pergi meninggalkan kau, ingat lah pesan ku ini"
"apa dia sayang"
"segala kekuatan yang kau dapat sepanjang bersamaku adalah anugerah tuhan dan kekutan itu bukan kerana adanya aku, tetapi kerana adanya KAU dan sudah menjadi tanggungjawab kau untuk terus istiqamah bersama kekuatan dan amalan yang telah kau capai saat kau kesamaran dahulu, semoga gelaran insan BERTAQWA disisi tuhan, dianugerahkan kepada kau,semoga kau menjadi insan terpilih"
"bagaimana ingin aku mengenggam kekuatan itu??"
"terletak pada kebijaksanaan kau, titahhlaku kau, segala perbuatan dan amalan kau, dan yang paling penting NIAT kau sepanjang kau bersamaku...."
"InsyaAllah..."
"moga kita ketemu lagi, matahari pun sudah betul-betul kepenghujung laut menandakan senja sudah kepenghujung dan malam akan mengantikannya, Itulah juga salah satu sunatullah sayang"titah akhir KAU sambil melangkah meninggalkanku tanpa berpaling sekali pun.
"sebelum kau hilang dari penglihatanku, boleh aku tahu siapa nama kau..."jeritku sekuat hati
"namaku Ramadhan........"sambil tersenyum dan melangkah pergi.....