Untuk kali ini, adalah baik untuk aku siar kan sedikit kisah syahidnya seorang pejuang yang sehingga kini namanya tetap menjadi ingatan dan perjuangannya hingga kini ada pewarisnya,insyaAllah...
............................................................................................................
Lewat petang 12 feb 1949, ditepi jalan raya kota Kaherah, Hasan al-banna ditembak dan terus rebah. beliau dibawa ke hospital dan kematiannya di hospital adalah satu misteri ngeri gugurnya seorang syahid..
acara pengurusan jenazah hanya dikendalikan oleh ahli-ahli keluarganya yang terdekat. jenazah Hasan al-banna terpaksa diurus sendiri oleh bapanya yang sudah tua dan uzur serta kaum kerabatnya yang terdekat.
para pemimpin dan anggota ikhwan tidak dapat bersama kerana perintah berkurung telah di isytiharkan oleh pemerintah Mesir.
Jenazah Hasan al-banna dibawa ke tanah perkuburandengan dikawal rapi oleh kereta kebal dan kereta perisai tentera. Orang ramai dihalang daripada mengiringi jenazahnya.
ketika itu Raja Farouk bersembuyi di istananya. Beliau tidak keluar ke masjid untuk menunaikan solat berjamaah dengan orasng ramai seperti yang biasa dilakukannya.
........................................................................................................
Demikianlahh kisah gugurnya permata disaat umat Islam masih memerlukan kepimpinannya.jadi marilah sama-sama kita lihat sedikit nasihat atau peningalan dari Imam Hasan Al-Banna kepada kita untuk dijadikan panduan dan bekalan kepada kita.
Antara wasisat-wasiat juga seruan daripada Hasan al-banna ialah:
1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.
2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah(baik dan benar) kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.
4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7. Janganlah bercakap lebih nyaring(kuat/tinggi) daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.
9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.
p/s:wasiat ini jua bagaikan nasihat seorang ayah kepada anak-anaknya yang sedang berjuang menegakkan syiar Islam. Jua bekalan agar anak-anaknya tidak mudah terpesong dari landasan perjuangan yang sebenar.....insyaAllah... (ipetik dr bahan bacaan buku penulisan Saari Sungip-Hasan Al-Banna dan 5 Mursyiul Am Ikhwanul Muslimin)
0 comments:
Post a Comment