BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, August 29, 2008

Hidayah meyinggah dibulan Ramadhan...

waaa.....sudah siang ka.....alamak mesti lambat pergi kerja ma.....ish....ishhh....banyak lugi aku tak bangun sekali dengan olang Islam time pagi2 bute tadi...aiya....sudah la kota metropolitan ini tak pernah terlupa untuk "jamm" sentiasa penuh dengan kenderaan....

DI PEJABAT:
"selamat pagi bos,sowy bos lambat sikit saja,bukan selalukan..haha....."tintaku manis membuka bicara:)

"sudah la ahcong kamu pergi buat kerja kamu tuh. "

"aik, ari nih bos banyak baik, tak mau tegur atau marah saya ker...hahaha" tambah ku melawak kerana tahu akan sikap dan sifat bos aku yang sentiasa tenang dan baik hati ni....

"ok, bos saya pergi buat kerja saya"tambah ku lalu pergi ke meja kerja ku yang agak sederhana besar, sudah cukup selesa bagi aku.

Ni la tahun pertama aku berkerja dengan syarikat milik orang melayu, atau lebih tepat milik orang Islam yang sangat taat pada agamanya. Sebelum ni aku hanya bekerja dengan syarikat orang melayu yang tak amalkan hidup Islam. Ternyata ketara dan terasa bezanya. Hurm, dengan erti kata lain lebih selesa dan tenang. Bukanlah nak kata sebab bos tak marah bila aku lewat tadi, tetapi memang caranya membuat aku senang dan tenang. Apatah lagi orang disekeliling ku juga seperti Bos. Nampak saja macam tegas, rupa-rupanya kalakar diaorang mengalahkan aku.hahaha.....

MAKAN TENGAHARI:
"Ane, nampak tak kawan-kawan sepejabat saya??"tanya ku kepada mamak tempat selalu aku makan tengah hari.

"aiyooo, awak nih tak da tau ka. tengok kedai saya ada orang Islam tak??"

"ha'ah la talak, mana pergi semua olang. Ane halau olang Islam dari kedai ni ke??

"tak da la begitu ahchong,lagi ramai mereka datang kedai saya lagi senang saya tau.hahhahah...huh, cuba kamu lihat kat surau hujung sana, ramaikan???tengok wajah-wajah mereka gembira, tenang dan bercahayakan??"

"yelah, kenepa mereka tak mau makan hari nih???dan kenapa mereka boleh berubah dengan sekelip mata sahaja???"

"aiyoo, tuh la kamu, dulu duduk dekat perkampungan cina sahaja, sekarang sudah berumur 20tahun dan berkerja sebagai ofis boy pun talak tau,sekarang mereka sedang berpesta la ahchong"

"berpesta???jangan mau tipu la Ane...tak nampakpun artist-artist??"seraya aku mengaru kepala ku walau tida terasa gatal.

"mereka sedang berpesta ibadah. kan sekarang umat Islam sudah meyambut ramadhan dan berpuasa, apalah kam nih, dan bukan malam nih pejabat kamu ada buat majlis berbuka puasa ker"

"yerla Ane, saya lupa mereka kene tahan laparkan dan betul la malam nih ader majlis berbuka puasa, nasib baik kamu ingatkan" sungguh aku malu kepada Ane si mamak nih, dia lebih mengetahui perihal pejabat daripada aku:P

BILIK BOS:
tuk...tuk......

"masuk"

"selamat petang Bos"

"selamat petang, ada apa chong???,tetiba datang bilik saya ni"

"aik,macamlah saya ni malas nak rujuk Bos selalu.huhuhu."

"so, kire ada perkara kamu nak tanyalah ni???macamtu???"

"lebih kurang bos, tapi lain sikit"

"lain macam mana pulak tu???"

"hurm, boleh saya tanya beberapa soalan luar dari perihal pejabat.??"

"boleh, perihal apa tu???kewangan ke, nak pinjam duit ke??hahaha.."

"bukan Bos, perihal duit setakat ni ok lagi.hahha,tapi perihal ramadhan, pesta ibadah???apa semua tu Bos???"sekali lagi aku menggaru kepala yang tidak terasa gatal, tetapi kali ni dihadapan Bos aku sendiri.:P

"awak puasa ker"

"tak."jawabku ringkas.

"awak, tahu apa itu puasa??"

"tak makan???"

"hurm, sepuluh peratus betul??"

"90%lagi???"

"sabar chong,jangan tergopoh-gopoh, nanti apa yang awak dapat dan paham akan cepat hilang"

"baik bos, tapi sya betul nk tahu ni"

"Baiklah, puasa ada menahan diri dari lapar dan dahaga dari terbit fajar hingga terbenam matahari, itu dari segi bahasa. Tetapi lebih tepat kita berpuasa untuk menahan nafsu, segala macam nafsu yang telah meracuni kita sepanjang 11bulan, so, kira umat Islam sekarang ni sudah kembali ke madrasah ramadhan atau sekolah ramadhan untuk membentuk kembali nilai kemanusiaan dan penghambaan dalam diri. Selain sebagai satu kewajipan sebagai mana dalil 'Hai orang-orang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.(albakarah:183) "

"lagi???"

"biar saya bacakan beberapa potong hadith pula. Satu dari Abu Hurairah r.a:adalah Rasulullah Saw memberi khabar gembira kepada sahabtnya dengan bersabda, 'telah datang bulan Ramadhan, bulan yang diberkahi. Allah mewajibkan kepadamu berpuasa didalamnya; pada bulan ini pintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan diikat; juga terdapat pada bulan ini malam yang lebih baik dari seribu bulan, barang siapa tidak memperolehi kebaikannya maka dia tidak memperolehi apa-apa'(hr Ahmad dan Nasa'i). Kedua, dari Ubadah bin S-Shamit, bahawa Rasulullah SAW bersabda: 'Telah datang kepadaku bulan Ramadhan, Bulan keberkahan, Allah mengunnjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapus dosa-dosa dan menganbulkan doa. Allah melihat berlumba-lumba kamupada bukan ini dan membanggakanmu kepada para malaikat-Nya, maka tunjukkanlah kepada Allah hal-hal yang baikdari dirimu. Kerana orang-ornag yang sensara ialah yang tidak mendapat rahmat Allah di bulan ini.(hr Ath-Thabrani)"

"aik Bos, tembak saya nampak, tahu-tahu saya sedang sensara..hahahha"

"kamu muda lagi, senang saya nak baca perihal kamu, kamu memang senang dan nampak bahagia tetapi jiwa kamu sensara dan rasa kosong macam tiada hala tuju. Tu saja saya baca hadith tu sambil menerang kepada kamu mengenai ramadhan.:)"

"wah, Bos ni mengaku tua juga akhirnya, sebab Bos kata saya muda.hahaha"

"manusia mana yang tidak akan temui tua, chong??"

"hahahha, saya bukan apa, saya percaya hidup ini akan ketemu mati, so, baik saya enjoy puas-puas, tak gitu"

"hurm,sesungguhnya kamu telah terima penyakit"

"penyakit??peyakit apa???"

"Al-WAHN"

"penyakit apa tu"huh, entah untuk kali berapa aku menggaru kepala dihadapan Bos. riflek dari sebagai tanda tidak tahu dan hendak tahu. Sesungguhnya aku mengakui bahawa agama yang dianuti Bos ini melengkapi hidup manusia.dengan erti kata yang tak terkata WOW.huhuh.

"Al-Wahn ialah penyakit cintakan dunia dan takutkan mati, itulah yang diajar olah nabi dan disuruh untuk menjauhinya, sesungguhnya kamu ahcong,perbezaaan agama kamu dengan saya sungguh berbeza. Kami percaya akan kiamat dan hari akhirat, ada hala tuju dan matlamat."

wow sekali lagi, agama apa ni, lengkap,menarik dan tak terkata hebatnya, ingin aku mengetahui lebih mendalam."hurm, tapi sebelum Bos pergi lebih mendalam dlam bab tu, boleh Bos tambah lagi mengenai Ramahdan"

"adakah kamu sudah nampak kenapa kami 'berpesta ibadah' ahcong???"

"kamu mengejar apa yang kamu percaya"

"lebih dari itu, bahkan kami juga dapat lebih dari itu"

"bleh cerita lagi??"

"aik nak ponteng kerja nampak??hahahah, tak pa, asal dapat hilangkan kekusutan kamu"

"thanks you Bos, i lap u...hahahha"

"biar saya tambah lagi dengan dalil, supaya sejuk hati kamu, 'Puasa itu untuk-KU dan Aku langsung(terus) membalasnya. Orang yang berpuasa mendapat dua kesenangan, yaitu kesenangan ketika berbuka puasa dan kesedangan ketoka berjumpa dengan Tuhannya. sungguh, bau mulut orang berpuasa lebih harum dari aroma kesturi.(hr Muttafaq'Alaih). Lagi.' Barangsiapa mendirikan solat di malam ramadhan keana iaman dan mengharap pahala (dari Allah) nascaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.(hr Muttafaq'Alaih)"

" Bos secara jujur saya senang dengan agama yang dianuti Bos ni. suatu hari nanti apa bila saya sudah sedia, saya pasti akan ikut jejak langkah Bos untuk turut sama anuti agama ini, tapi bos kene sabar la untuk teangkan kat saya satu persatu...hahahha"

"Alhamdulillah, syukur. ok lah tuh ahchong, apa-apa kemusykilan awak boleh tanya saya, InsyaAllah saya akan cuba membantu, doa saya kepada kamu Semoga hidayah-Nya meyinggah di hati kamu didalam bulan yang penuh keberkatan ini, nasihat saya pula semoga kamu tidak putus asa mencari kebenaran dan hidayah. ok lah Jom kita bersiap-siap dan tolong-tolong apa yang patut di dewan bawah tu waktu berbuka pun dah nak dekat"

"tak puasa pun boleh join ke bos, malu lah"

"makan pn nk malu, mati kebuluran la jawabnya kamu ni.haha.dan sejak bila kamu tahu malu ni."

"sejak tadi saya belajar dengan Bos la:), ok Bos jom pergi bersiap untuk makan, nanti mati kebuluran Bos kesayangan saya nih.hehe"

P/S:huhuhu untuk entri kali ini dalam bentuk cerpen ringkas .ape mcm ok tak???harap2 paham:)












1 comments:

Huda Idris said...

salam, ok jugak cerita ni, tp yg ramadhan td better. banyak mane org islam yg boleh menghuraikan islam sebegitu dgn dalil2 kpd org bukan islam leni...

cerita ramadhan tu better sbb more realistic for now T.T

salam