kisah kedua mengenai ITSAR :)
.......................................................................................................................................
"Demi ALLAH, Aku Tidak Akan Minum Sebelum Saudaraku Meminumnya!"
Adakah kamu tahu siapa anak Abu Jahal?Anaknya bernama Ikrimah bin Abu Jahal. Dia mememusuhi dan memerangi Rasulullah s.a.w selama 22 tahun. Kemudian ia masuk Islam dan menjadi orang yang taat, hingga ia menemui syahid kerana sifat ITSARnya yang mulia telah terpahat dengan cantik dan kukuh dihatinya. Sesungguh memang syahid diidam oleh para sahabat.
Pada perang Yarmuk, kaum muslimin meletakkan prajurit terluka pada tempat yang dekat dengan mereka. Namun, kerana perang berlaku sangat sengit ,mereka melupakan prajurit yang terluka buat sementara waktu untuk mempertahankan maruah Islam. Diantara prajurit yang terluka itu adalah Ikrimah bin Abu Jahal.
Ketika itu, sepupunya berada dekat dengan tempat minuman. Ia berkata, "Saya mencari-cari sepupu saya, Ikrimah, hingga saya menemuinya di barisan orang-orang yang terluka. Ia mengerang kesakitan dan hampir saja meninggal dunia kerana kehausan. Di sampingnya terdapat puluhan tentera kaum muslimin yang terluka. Saya berkata, 'Saya akan memberinya minum,' maka saya mengambil air dan berlari semula ke tempat Ikrimah. Saya berkata, 'Minumlah...' Ia berkata kepada saya 'Ya,', dan ia pun mengambil air itu.
Ketika dia hendak minum. Ia mendengar suara mengerang kesakitan dari saudara yang berhampirannya. Ia berkata, 'Oh...(ia mengerang kesakitan),' dan ia juga memerlukan air minuman. Ia berkata, 'Demi ALLAH, aku tidak akan meminumnya selagi saudaraku itu tidak meminumnya.' Maka berlarilah sepupunya kepada saudaranya seislamnya yang sedang mengerang kesakitan. Maka tatkala hendak meminumnya, saudara lain pula mengerang dan meminta air. Hal itu terjadi kepada sepuluh orang semuanya, sehingga sampai ke orang yang kesepuluh . Orang itu berkata, 'Demi ALLAH, aku tidak akan meminumnya selagi Ikrimah tidak meminumnya.' Maka kembalilah sepupunya kepangkuan Ikrimah. Ternyata Ikrimah telah memperolehi SYAHID.
Semoga ALLAH meredhainya...:)
Demikianlah salah satu cerita mengenai sifat ITSAR yang telah tertanam di hati para sahabat. Sesungguhnya diri saudaranya lebih penting dari dirinya sendiri. Seperti Hadith Rasulullah s.a.w:
"tidak beriman salah seorang diantara kamu, hingga dia menyintai sesuatu untuk saudaranya seperti dia mencintai untuk dirinya sendiri." (HR.Al-Bukhari 13,Muslim 168,At-Tarmidzi 2515,An-Nasa'i 3-13 dan Ibnu Majah 66)
Dalam kitab Ihya'u 'Ulumuddin pula, Imam Ghazali mengatakan, Sifat ITSAR terdiri dari 3 tingkatnya:
Pertama:
Anda meletakan orang lain seperti halnya seorang pelayan. Anda memberi sisa-sisa anda kepadanya. 'inilah tingkat yang terendah'
Kedua:
Anda menempatkan orang lain seperti diri anda sendiri. Apa yang anda ambil, seperti itulah anda memberi kapadanya.
Ketiga:
Anda menempatkan orang lain diatas diri anda. Anda lebih mengutamakan kepentingan dirinya daripada kepentingan diri anda sendiri.
p/s:Dimanakah kedudukan kita????Sama-sama kita memohon kepada ALLAH mudah-mudahan diri kita tersorong untuk meemasuki golongan yang ke tiga..amin..:)(dipetik dr bahan bacaan penulisan Amru Khalid-Muslim Bukan Indiviualis keluaran AQWAM)
0 comments:
Post a Comment