BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, July 18, 2008

iTSaR =)

hurm, nk sebut pn payah kn, dan sebutan tah betul ker tah tak....
takpe lah yang penting paham apa maksud ITSAR...

"ITSAR" dengan bahasa mudah dan sempoi beerti mementingkan diri orang lain daripada diri sendiri. Macam pelikkan bunyi,tapi itulah ISLAM:) sungguh mulia dan indah ajaranNYA. Sifat ini lah yang diajar dan ditanam dengan baiknya oleh Rasulullah s.a.w kepada umatnya. Sehingga ISLAM terkenal dan merangkumi seluruh kehidupan kita.

lawan sifat itsar ialah "ATSARAH" yang membawa maksud mementingkan diri sendiri dari orang lain.(harap dijauhkn)


mari kita mengikuti 1 atau 2 sejarah taladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah dan para sahabatnya mengenai sifat itsar ini...

.......................................................................................................

"BERIKAN KEPADAKU,WAHAI RASULULLAH..."

Pada malam hari, saat kota Madinah terasa sangat dingin dan mencekam, seorang wanita Ansar menenun sebuah mentel besar(jenis jeket) dari beludru seperti kain kapas. Setelah jadi, ia menghadiahkan kepada Rasulullah s.a.w, dan beliau pun mengambilnya. Beliau memakainya kerana beliau sangat memerlukan pada kondisi udara yang sangat dingin dikota Madinah pada saat itu. Maka, untuk pertama kali Rasulullah s.a.w keluar dengan memakai mantel tersebut untuk menjumpai para sahabatnya.

Tiba-tiba, seorang lelaki dari kalangan Ansar melihat beliau. Ia berkata, "Betapa indahnya matel ini!berikan pada saya wahai Rasulullah!"

Rasulullah s.a.w pun menjawab, "Ya," dengan saat itu juga Rasulullah s.a.w langsung melepaskannya.

Para sahabat melihat lelaki Ansar itu dengan penuh kehairanan.Seakan-akan mereka berkata kepadanya, "Apa yang kamu lakukan? bukankah Rasulullah s.a.w sangat memerlukannya?"

Namun lelaki itu berkata, "Akan tetapi aku lagi memerlukannya daripada Rasulullah s.a.w. Aku hendak menjadikannya sebagai kain kafan jika aku meninggal dunia kelak...."

(HR.Ahmad : v/333.)

Cukup ringkas cerita ni kan, mari bayangkan bersama. Anda pergi membeli baju baru, lalu anda memakainya untuk pertama kali. Kemudian anda pergi keluar; berjumpa dengan teman-teman anda. Tiba-tiba seorang dari teman anda berkata, "Berikan bajumu kepadaku!" Agak-agaknya apa yang akan anda lakukan.??? adakah ada sifat ITSAR pada diri kita, fikir-fikirkan..:)

p/s: begitulah sifat ITSAR ajaran/sunnah junjungan mulia kita, jgn lah kita terlalu memandang barat dan mengangap mereka sempurna dari segi budaya dan segala, sedangkan Islam itu sendiri sudah indah,mudah,lengkap dan sempurna...:)

tambahan pula Barat dengan senang melabelkan negara mereka maju, dan kita pula terus tunduk dan terima, sedarkah kita apa ukuran ketamadunan dan kemajuan itu???

jadi,marilah kita membudayakan diri kita dengan nilai-nilai Islam yang indah yang telah diajar oleh junjungan mulia kita, walhal Islamlah pencetus budaya/nilai2 yang indah kepada sekalian manusia, cuma kadang2 kita yang kurang megetahui dan kurang mengamalkan...

jadi sama2 keeta sorong diri kearah kemajuan ummah dari pelbagai segi untuk dunia dan akhirat...:)(dipetik dr bahan bacaan penulisan Amru Khalid-Muslim Bukan Indiviualis keluaran AQWAM)