BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, December 18, 2009

>>HAri InI dAN sEtErusNyA<<

kaki terus melangkah berlari
jatuh bersembah bangun kembali
biar bertatih asal tidak berhenti


link

"Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang ingkar" (Yusuf: 87)
semalam hanyalah sebuah penyesalan yang sia-sia
esok hanyalah angan-angan yang belum pasti
dan hari ini adalah sebuah realiti yang perlu dihadapi dan pasti
SalAM mAAl hIJRaH
mOgA ProLeh iBrAh DaRiNyA


.:.biar apa yg berlaku pada semalam
hari ini perlu dihadapi
setiap hari "perjuangan baru bermula"
sehingga mati menemui kita

Friday, December 11, 2009

.:: jAngAn MeNcArI PeNyaKiT ::.



Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saudara saudariku yang kucintai. Ikhwah fillah rahimakumullah

Alhamdulillah semesta baru pembelajaran sudah bermula, baru seminggu tp sudah terasa bahang kehangatan dan nikmatNYA.


Petang semalam mandi sungai di Uluyam, pagi pulak mandi-manda di pantai Bagan Lalang petang pulak mandi sungai di Uluyam sekali lagi. Dalam kesejukan bermandi-manda terasa kehangatan ukhuwah yang terbina, moga ia benar di landasan yang benar dan dipacu juga dengan yang benar.

Tatkala badan di santuni lembut air sungai yang mengalir sekali lagi sahabat meminta padangan dan sebenarnya, sewaktu perjalanan pulang dari pandai baganlalang semua bersuara memberi nasihat dan pandangan yang bernas, tetapi petang tu, sekali lagi meminta benda yang sama tetapi kali ini berbincang hal yg lebih luas dan tertumpu, rasa meluat? sesungguhnya Tidak sama sekali, kerna hak bersahabat apabila minta dinasihati kita perlu memberinya dengan BERKHEMAH.

Saidina Umar Al-Khattab r.a ada mengatakan : “Engkau mestilah mencari saudara-saudara yang jujur dan hiduplah di kalangan mereka , kerana mereka itu adalah perhiasan di waktu senang dan bekalan di waktu kesusahan”.


-gambar hiasan-

Sehubungan dengan perkara ini Rasulullah saw. bersabda :
“Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada enam perkara : (1) Apabila engkau bertemu dengannya hendaklah engkau memberi salam , (2) Apabila ia menjemputmu maka penuhilah jemputannya , (3) Apabila ia meminta nasihat hendaklah engkau memberi nasihat kepadanya , (4) Apabila ia bersin dan bertahmid maka hendaklah engkau lengkapkan dengan bertasymit ( mengucapkan yarhamukaLlah ) , (5) Apabila ia sakit hendaklah engkau menziarahi , dan (6) Apabila ia meninggal dunia hendaklah engkau mengiringi jenazahnya” . (Hadith riwayat Muslim)

Mungkin sekarang virus ini semkin hebat melanda di kalangan orang sekeliling (risau juga jika terkena pada aku, mcm mna ragam yg akn keluar agaknya, harap di jauhkan). Nasihat aku pd diri dan semua, jgn mencari penyakit kerna penyakit tuh meyakitkan. Pabila masalah timbul cari jalan penyelesaian bukan mencari masalah lain. Belajar dari PEMBETULAN dan jangan mengulangi kesalahn tersebut. BELAJARLAH!!!!

"Orang yang beriman tidak akan kena sengat dua kali dalam satu lubang"

(Sahih Muslim)

Mukaddimah bermula,

Apabila timbul ‘rasa’ cinta silang jantina maka itu fitrah, tetapi timbul cinta pd sama jantina itu masalah (moga kita, masyarakat dan Fadil serndiri dilimpahi hidayah). Belajarlah dan bermujahadahlah dalam menangani rasa cinta sesama manusia. Nafsu itu satu anugerah, gagal mengawalnya boleh menjadi musibah. Terasa sukar??? Tetapi hadiahnya ternyata besar.

“Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya surgalah tempat tinggal (nya).”

( 40-41: 79 النازعات سورة)

" Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan. "

(20 : 9 التوبة سورة )

Jgn lah kita berjinak-jinak, bermain-main apatah lagi mencabar iman bukan pada tempatnya. Bersama-sama kita bermujahadah memacunya diri kejalan yg benar. Bersama mencari kemanisan iman moga kita terasa kenikmatannya.

Hadis Anas r.a:
daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain keduanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka.
(Sahih Muslim : 60)

Bersama juga kita dalam ingat mempengigati dan bermuhasabah bersama dalam berjalan, berlari, bernafas dan segala-galanya dalam mencari dari secangkir hingga sebesarnya rahmat dan kasih dariNYA. Moga kita bukan tergolong pada dlm golongan org yg menyesal di kemudian hari.

“Dan ikutilah sebaik-baik apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu sebelum datang azab kepadamu dengan tiba-tiba, sedang kamu tidak menyadarinya. supaya jangan ada orang yang mengatakan: "Amat besar penyesalanku atas kelalaianku dalam (menunaikan kewajiban) terhadap Allah, sedang aku sesungguhnya termasuk orang-orang yang memperolok-olokkan (agama Allah). ”

( 55-56:39 الزمر سورة )


nukilan buat diri yang terlalu lemah dan hina, juga buat sahabat-sahabat yang sangat dicintai, buat semua pembaca dan panziarah yang dekat dihati.



.:.apabila sampai waktunya ia pasti tiba,
percayalah pd janjiNya,
jika bukan disini disana pasti,
bersabarlahlah dan berserahlah,
serta bersama memperelokkan diri kerana Allah.

Subhanakallahumma wabihamdika asyhaduallaailaahailla anta astaghfiruka wa atubuilaik.
Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.