BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, July 25, 2008

iTsAR (ii)


kisah kedua mengenai ITSAR :)

.......................................................................................................................................


"Demi ALLAH, Aku Tidak Akan Minum Sebelum Saudaraku Meminumnya!"


Adakah kamu tahu siapa anak Abu Jahal?Anaknya bernama Ikrimah bin Abu Jahal. Dia mememusuhi dan memerangi Rasulullah s.a.w selama 22 tahun. Kemudian ia masuk Islam dan menjadi orang yang taat, hingga ia menemui syahid kerana sifat ITSARnya yang mulia telah terpahat dengan cantik dan kukuh dihatinya. Sesungguh memang syahid diidam oleh para sahabat.


Pada perang Yarmuk, kaum muslimin meletakkan prajurit terluka pada tempat yang dekat dengan mereka. Namun, kerana perang berlaku sangat sengit ,mereka melupakan prajurit yang terluka buat sementara waktu untuk mempertahankan maruah Islam. Diantara prajurit yang terluka itu adalah Ikrimah bin Abu Jahal.

Ketika itu, sepupunya berada dekat dengan tempat minuman. Ia berkata, "Saya mencari-cari sepupu saya, Ikrimah, hingga saya menemuinya di barisan orang-orang yang terluka. Ia mengerang kesakitan dan hampir saja meninggal dunia kerana kehausan. Di sampingnya terdapat puluhan tentera kaum muslimin yang terluka. Saya berkata, 'Saya akan memberinya minum,' maka saya mengambil air dan berlari semula ke tempat Ikrimah. Saya berkata, 'Minumlah...' Ia berkata kepada saya 'Ya,', dan ia pun mengambil air itu.

Ketika dia hendak minum. Ia mendengar suara mengerang kesakitan dari saudara yang berhampirannya. Ia berkata, 'Oh...(ia mengerang kesakitan),' dan ia juga memerlukan air minuman. Ia berkata, 'Demi ALLAH, aku tidak akan meminumnya selagi saudaraku itu tidak meminumnya.' Maka berlarilah sepupunya kepada saudaranya seislamnya yang sedang mengerang kesakitan. Maka tatkala hendak meminumnya, saudara lain pula mengerang dan meminta air. Hal itu terjadi kepada sepuluh orang semuanya, sehingga sampai ke orang yang kesepuluh . Orang itu berkata, 'Demi ALLAH, aku tidak akan meminumnya selagi Ikrimah tidak meminumnya.' Maka kembalilah sepupunya kepangkuan Ikrimah. Ternyata Ikrimah telah memperolehi SYAHID.

Semoga ALLAH meredhainya...:)



Demikianlah salah satu cerita mengenai sifat ITSAR yang telah tertanam di hati para sahabat. Sesungguhnya diri saudaranya lebih penting dari dirinya sendiri. Seperti Hadith Rasulullah s.a.w:


"tidak beriman salah seorang diantara kamu, hingga dia menyintai sesuatu untuk saudaranya seperti dia mencintai untuk dirinya sendiri." (HR.Al-Bukhari 13,Muslim 168,At-Tarmidzi 2515,An-Nasa'i 3-13 dan Ibnu Majah 66)


Dalam kitab Ihya'u 'Ulumuddin pula, Imam Ghazali mengatakan, Sifat ITSAR terdiri dari 3 tingkatnya:

Pertama:
Anda meletakan orang lain seperti halnya seorang pelayan. Anda memberi sisa-sisa anda kepadanya. 'inilah tingkat yang terendah'

Kedua:
Anda menempatkan orang lain seperti diri anda sendiri. Apa yang anda ambil, seperti itulah anda memberi kapadanya.

Ketiga:
Anda menempatkan orang lain diatas diri anda. Anda lebih mengutamakan kepentingan dirinya daripada kepentingan diri anda sendiri.


p/s:Dimanakah kedudukan kita????Sama-sama kita memohon kepada ALLAH mudah-mudahan diri kita tersorong untuk meemasuki golongan yang ke tiga..amin..:)(dipetik dr bahan bacaan penulisan Amru Khalid-Muslim Bukan Indiviualis keluaran AQWAM)

Saturday, July 19, 2008

"Kasih Sayang Tanpa Ucapan"

Suatu hari saya dibelanja oleh teman saya makan mee di kedai mee yang agak terkenal. Harganya tak mahal tetapi sedap. Kami duduk di meja bulat yang dapat menampung sepuluh orang bila mengelilingi meja. Di meja itu ada enam orang, saya, teman saya dan empat orang kawan yang lain.

Ketika asyik makan, satu keluarga baru duduk di sebelah kami. Mereka telah memesan mee dan sedang menunggu pesanan.. Keluarga tersebut terdiri daripada sepasang suami isteri yang masih muda dan seorang anak yang berusia dalam enam tahun. Mereka keluarga yang jauh dari sederhana. Pakaian mereka lusuh dan kusam. Anaknya kelihatan seperti baru sembuh dari penyakit dan sedang menarik hingusnya keluar masuk. Hingusnya seperti nombor sebelas dan kadang2 seperti angka satu dengan warna kuning kehijau-hijauan. Si ibu dengan penuh kasih sayang mengelap hingus yang tidak berhenti keluar masuk hidung anaknya. Pasangan itu sangat bahagia melihat anaknya bermain sambil tertawa. Seperti makan mee itu merupakan perayaan menyambut kesembuhannya. Ketika mee sudah sampai keluarga tersebut makan dengan lahapnya.

Keadaan tersebut tidak berlaku bagi kami semua terkecuali teman saya. Bagi kami berlima (termasuk saya) keadaan tersebut merupakan bencana dan penyiksaan. Bayangkan, bagaimana rasanya makan mee dengan mencium satu keluarga yang bau badannya tidak enak. Belum lagi melihat dan mendengar hingus yang ditarik keluar masuk dan sesekali dibersihkan oleh ibunya. Setiap kali menyuap mee ke mulut sambil menghirup kuahnya, rasanya seperti hingus telah tercampur dengan makanan dan membuat selera makan hilang.

Tidak beberapa lama kemudian, keempat kawan yang duduk semeja dengan kami meninggalkan meja satu persatu- tanpa menghabiskan makanan. Melihat ini ada rasa kepahitan yang terpancar di wajah keluarga muda itu, seperti rasa rendah diri dan terasing melihat sikap saya dan empat lainnya.

Tetapi itu tidak lama, terutama ketika mereka melihat teman saya, keceriaan mereka pulih kembali. Teman saya tetap menikmati mee tanpa mengendahkan orang lain. Seolah-olah tidak ada bau di sekitarnya dan tidak ada bunyi hingus. Saya juga terpaksa berpura2 tidak endah dan terus menghabiskan mee kerana mahu menghormati teman saya yang belanja saya makan.

Selesai makan, kami masih duduk dua puluh minit sebelum meninggalkan kedai makan. Saya pelik dengan teman saya yang luar biasa. Biasanya setelah makan, dia hanya duduk paling lama sepuluh minit. Sekali lagi saya terpaksa menemani teman saya dengan perasaan yang sangat jengkel. 

Akhirnya kami keluar meninggalkan kedai dan keluarga muda, saya merasa lega. Dalam perjalanan pulang, teman saya mengatakan dia sangat terganggu duduk berhampiran keluarga tersebut. Ia merasa ada bau dan terganggu dengan bunyi hingus anaknya itu. Dia juga merasa seperti apa yang saya rasakan. 

Teman saya juga mengatakan, jika dia meninggalkan keluarga tersebut ketika mereka bergembira, keluarga itu akan merasa terpukul, tidak berharga, terasing dan putus asa. Si suami sedang memberi yang terbaik bagi keluarganya. Mereka bersukacita merayakan kesembuhan anaknya. Si suami telah mengeluarkan wang yang bagi mereka cukup mahal dari hasil kerja keras hanya untuk memberikan yang terbaik bagi keluarganya. Wang itu tidak begitu banyak untuk ukuran kami tetapi tidak bagi keluarga itu. 

Saya sangat terkejut mendengar kata kata teman saya. Dan tidak menyangka teman saya telah melakukan sesuatu yang luar biasa bagi keluarga itu. Dengan caranya yang berbeza - bertahan makan mee sampai habis dan menunggu dua puluh minit setelah makan, telah memberi semangat baru bagi keluarga itu. Saya teringat bagaimana rasa kepahitan, rendah diri dan terasing di wajah kedua suami isteri itu ketika melihat pelanggan yang lain meninggalkan meja tanpa menghabiskan makanan dan melihat tingkah saya. Saya juga teringat bagaimana pasangan ini kembali ceria begitu melihat sikap teman saya yang tidak kisah.

Pertama kali dalam hidup ini, saya menyedari bagaimana utk mengasihi sesama manusia tanpa mengatakannya benar-benar tidak mustahil. Teman saya dapat menunjukkan kasih sayang kepada sesama saudara tanpa perkataan dalam waktu sesingkat itu. Cukup hanya dengan meneruskan makan mee sampai habis. Menunggu dua puluh minit setelah selesai makan. Yang terakhir menahan rasa bau untuk menyempurnakan segalanya telah menunjukkan suatu keajaiban kasih dan dilakukan oleh seorang teman.

Ajaib bagaimana teman saya menegur saya tanpa mengatakan sesuatu. Dia tidak menuduh tetapi cukup membuat saya rasa sangat terpukul dan malu tetapi tidak marah. Saya kembali mengingatkan diri sendiri bagaimana selalunya kita mengatakan mengasihi sesama manusia tetapi tidak pernah melakukannya


p/s: cerita yg menarikkn, begitulah sensitiviti yang perlu ada pada umat ISLAM pada masa kini :) ~cerita diambil dengan keizinan untuk perkongsian daripada http://nuhzul.blogspot.com/2008/07/kasih-sayang-tanpa-ucapan.html. Sama-sama keetasorong sifat sensitiviti ini kedalam diri kita=) Moga bermanfaat...

Friday, July 18, 2008

iTSaR =)

hurm, nk sebut pn payah kn, dan sebutan tah betul ker tah tak....
takpe lah yang penting paham apa maksud ITSAR...

"ITSAR" dengan bahasa mudah dan sempoi beerti mementingkan diri orang lain daripada diri sendiri. Macam pelikkan bunyi,tapi itulah ISLAM:) sungguh mulia dan indah ajaranNYA. Sifat ini lah yang diajar dan ditanam dengan baiknya oleh Rasulullah s.a.w kepada umatnya. Sehingga ISLAM terkenal dan merangkumi seluruh kehidupan kita.

lawan sifat itsar ialah "ATSARAH" yang membawa maksud mementingkan diri sendiri dari orang lain.(harap dijauhkn)


mari kita mengikuti 1 atau 2 sejarah taladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah dan para sahabatnya mengenai sifat itsar ini...

.......................................................................................................

"BERIKAN KEPADAKU,WAHAI RASULULLAH..."

Pada malam hari, saat kota Madinah terasa sangat dingin dan mencekam, seorang wanita Ansar menenun sebuah mentel besar(jenis jeket) dari beludru seperti kain kapas. Setelah jadi, ia menghadiahkan kepada Rasulullah s.a.w, dan beliau pun mengambilnya. Beliau memakainya kerana beliau sangat memerlukan pada kondisi udara yang sangat dingin dikota Madinah pada saat itu. Maka, untuk pertama kali Rasulullah s.a.w keluar dengan memakai mantel tersebut untuk menjumpai para sahabatnya.

Tiba-tiba, seorang lelaki dari kalangan Ansar melihat beliau. Ia berkata, "Betapa indahnya matel ini!berikan pada saya wahai Rasulullah!"

Rasulullah s.a.w pun menjawab, "Ya," dengan saat itu juga Rasulullah s.a.w langsung melepaskannya.

Para sahabat melihat lelaki Ansar itu dengan penuh kehairanan.Seakan-akan mereka berkata kepadanya, "Apa yang kamu lakukan? bukankah Rasulullah s.a.w sangat memerlukannya?"

Namun lelaki itu berkata, "Akan tetapi aku lagi memerlukannya daripada Rasulullah s.a.w. Aku hendak menjadikannya sebagai kain kafan jika aku meninggal dunia kelak...."

(HR.Ahmad : v/333.)

Cukup ringkas cerita ni kan, mari bayangkan bersama. Anda pergi membeli baju baru, lalu anda memakainya untuk pertama kali. Kemudian anda pergi keluar; berjumpa dengan teman-teman anda. Tiba-tiba seorang dari teman anda berkata, "Berikan bajumu kepadaku!" Agak-agaknya apa yang akan anda lakukan.??? adakah ada sifat ITSAR pada diri kita, fikir-fikirkan..:)

p/s: begitulah sifat ITSAR ajaran/sunnah junjungan mulia kita, jgn lah kita terlalu memandang barat dan mengangap mereka sempurna dari segi budaya dan segala, sedangkan Islam itu sendiri sudah indah,mudah,lengkap dan sempurna...:)

tambahan pula Barat dengan senang melabelkan negara mereka maju, dan kita pula terus tunduk dan terima, sedarkah kita apa ukuran ketamadunan dan kemajuan itu???

jadi,marilah kita membudayakan diri kita dengan nilai-nilai Islam yang indah yang telah diajar oleh junjungan mulia kita, walhal Islamlah pencetus budaya/nilai2 yang indah kepada sekalian manusia, cuma kadang2 kita yang kurang megetahui dan kurang mengamalkan...

jadi sama2 keeta sorong diri kearah kemajuan ummah dari pelbagai segi untuk dunia dan akhirat...:)(dipetik dr bahan bacaan penulisan Amru Khalid-Muslim Bukan Indiviualis keluaran AQWAM)

Sunday, July 13, 2008

EMAS=Ekspidisi Mahasiswa Sempoi :)


Alhamdulillah,dlm kesebokan mentelaah pelajaran,meeting2 dll, diberi kesempatan juga untuk bersama adik2 cfs iium pj yg masih baru di alam kampus untuk berehlah bersama:)

tentative (sabtu 12/7):

8.00am sarapan d cafe aika..

8.30am berkumpul utk briefing.

9.00am bertolak ke KL sentral untuk menyebarkan risalah2,buku2,button2 dll kepada orang awam.

9.30am tiba di KL sentral. berpecah mengikut kmpl utk menyebar risalah.

11.45am bertolak ke 'air terjun sg pisang' d gombak.

2.00pm tiba d air terjun.(solat,mandi2,makan2,balasah2 dll)

4.50pm solat n bertolak balik

6.00pm tiba semula di cfs iium(tammat)
.:.mmg sempoi(memenatkan juga lorh:)


geleri2:


bergambar sebelum bertolak :)



kepoyoan terserlah:P



ekspidisi bermula.....


setibanya di kl sentral


antara kmpln yg sudah selesai menyebarkan bahan2..



perjalann ke air terjun:)huhu



bergambr lagi sebelum bertolak ke air terjun...


bersiap meredah sungai ke air terjun....



yeeeehaaaaaaa...mandi2.......


erkkkkk!!!!makan2....


makan dpn air terjun...best giler.....


nodi tercekik tuh.....ish...ish..ish


air tu terjun kn....:P


ramai nyer.....


dr atas...side yg cantik....


sejuuuuukkkkkkkk.......


sebahagian USRAH aku yg join EMAS ni :))


p/s:moga ukhwah yg terbina kerakhirnya...ader masa kita berprogram lg ekkk......:P
sorong2 diri dtg usrah pulak jgn ponteng...hehhehe



Friday, July 11, 2008

ilmu Imam Ghazali dirompak!!!

Imam Ghazali merupakan seorng ulama yang agung di zamannya malahan banyak kitab-kitab beliau masih menjadi rujukan sehingga sekarang. Imam Ghazali seorang yang sangat berilmu dalam pelbagai bidang termasuk bidang akhlak.

Semasa dalam pengajian, Imam Ghazali rajin mencatat apa yang diajar oleh gurunya. Setiap kali gurunya mengajar, Imam Ghazali menyediakan helaian kertas dan sebatang pena. Begitulah keadaannya sehingga tamat mengaji.

Apabila tamat pengajian, Al-Ghazali terpaksa pulang ke kampung halaman untuk menemui ahli keluarganya. Helaian kertas yang tercatat ilmu pengetahuan,diikat dengan tali dan di masukkan ke dalam guni. Maka pulanglah ia dgn membawa seguni ilmu pengetahuaan. Al-Ghazali mengikuti satu khafilah utk sampi kampung halamannya. Dalam perjalanan, khafilah tersebut telah ditahan oleh sekempulan perompak. Habis semua barang-barang yg berharga dirampas oleh perompak.

Apabila tiba giliran Al-Ghazali,perompak-perompak menyangka bahawa guni yang berisi ilmu pengetahuan itu sebagai harta yang berharga.Semua perompak-perompak tersebut berebut untuk merampas guni itu.

"Ambilah barang-barang ku yang kalian suka, tetapi janganlah ambil ginu itu."kata Al-Ghazali.

Para perompak berasa sangsi dgn kata-kata Al-Ghazali, kerana selalunya orang akan berkata demikian untuk mempertahankan haknya. mereka tidak sabar untuk membuka ikatan guni itu.

Alangkah terperanjatnya, guni tersebut hanya berisi helaian kertas yang banyak. Puas mereka meraba-raba isi guni tersebut, tetapi tidak ada apa pun yang berharga di dalamnya.

"Dia seorang gila." Kata salah seorang daripada perompak yang tidak mendapat apa-apa pun barang berharga di dalamnya.

"Hei, kamu orang gila ke?mengapa kamu bawa kertas-kertas buruk ini?," Tanya ketua perompak kepada Al-Ghazali.

"Mungkin bagi kamu semua kertas buruk ini tidak berharga , tetapi ia amat berharga bagi saya." Jawab Al-Ghazali.

"Apa meksud kamu mengumpul kertas-kertas ini?" Tanya kertua perompak.

"Sebenarnya kertas-kertas tersebut adalah hasil catatanku bertahun-tahun dari sebuah pengajian ilmu. Jika kalian merampasnya, bermakna hilanglah hasil usahaku menuntut ilmu."Kata Al-Ghazali.

"Jadi ilmu kamu hanya ada pada kertas-kertas itu?"Tanya ketua perompak.

"Ya, itulah ilmuku."jawab Al-Ghazali.

"Kalau begitu engkau masih BODOH lagi.."Kata ketua perompak.

"Kertas-kertas itu bukanlah Ilmu. Bagaimana kalau aku rompak dan rampas serta kubakar kertas-kertas tersebut? Kalau begitu Ilmu pengetahuanmu dapat kurompak."Kata ketua perompak lagi.

"Betul juga kata ketua perompak itu." Kata Al-Ghazali didalam hatinya.

Sejak hari itu, Al-Ghazali menghabiskan masanya menghafaz semua ilmu-ilmunya yang terdapat pada helaian-helaian kertas. Siang hari Al-Ghazali akan mengurangkan makan dan menghafaz apa yang dicatatnya sehingga larut malam.

Akhirnya Al-Ghazali berjaya menyimpan semua ilmunya di dalam otaknya sehingga menjadi seorng ulama besar yang terkemuka....

p/s: hurm, minggu yang agak memenatkan bagi aku. banyak nk kene paham n hafal:(.namun masih di bagi kesempatan untu menulis.Alhamdulillah.
sedang lepak2 mencari bahan bacaan pada hujung minggu(jumaat-ahad),terpandang pulak lampiran kertas yang diberi oleh seorg sahabat bernama Suhail:)thanks atas kertas yang memberi motivasi ini:).lantas aku semadikan didalam blog ini untuk perkongsiaan dgn sahabat2 yang sudi membaca:)
kesimpulan cerita tu aku tak cakap lg kan.....

Kesimpulannya disini,marilah kita semua menyorong diri untuk mengutip sebanyak mungkin "permata-permata ilmu" anugerah daripada Allah di bumi barakah ini. mulakanlah dengan budaya mencatat, kemudian memahami, menghafaz, mengaplikasikan dalam kehidupan seharian kita dan seterusnya menyampaikan kepada sekalian umat demi mengejar 'redatillah'.
InsyaAllah:)

Sunday, July 6, 2008

-TAG:USRAH PEMANIS YANG LAZAT LAGI BERKRIM:)=

huhuh
rase nyer tak terlambat untuk di jadi kan perngkongsiaan:)
bagi sahabat2 yang ingin tahu n mengenali usrah...
sebenar:(tak perasan di Tag oleh abg sendiri...:P)
n thanks kpd bro dhany kerana memulakn tag yg berfaedah ini:P

USRAH telah lama bermula bahkan sejak zaman Rasulullah lagi, Usrah tlh terbina dan dimana tapak secara rasmi di rumah Abu Al-Arkam.
bermula dgn intitusi Usrah maka terbina selaga intitusi lain:)
nk tau lebih lanjut...join usrah....tak tau cmner nk join???bg tau aku:)aku leh tolong cari kn usrah,insyaAllah walau di mana anda berada:)

berbalik kpd soalan yg di Tag kn:

[1*] Berapa lama anda dah sertai usrah?
:soalan mengenai bila menyertai???so, jwpn untuk soaln ini aku jwb, secara "serius" menyertai usrah time melangkah ke alam kampus....:)

[2*] Bagaimana anda boleh sertai usrah??
:untuk soalan ini ak jwb,cmner aku leh meyertai usrah secara "serius" cmner ialah apabila di followup oleh Bro Imad:),lps g kem EMI07(ayah yg suruh g),klu xdi followup pn akan ku cari usrah lain,namun di ketemukn dengan mudah 'alhamdulillah' manjadda wajada:),n then di letak bawah jagaan Bro Urwah,then naqib tukar kpd Bro Imad,then agains tukar kpd Bro Sofwan lak...aik asyik tukar jerh naqib...huhuhuuh....semua tak tahan nk jaga&payah nk ubah aku kot....

[3*] Kenapa anda menyertai usrah?
:soalan yang best.....sbb aku nk tarbiayah diri yang hina ini, mengubah diri, jua ingin membina "benting hidup" demi mencapai reda ilahi:) moga tidak sesat di dunia fana ini, n bnyk seb lg knp aku join usrah:)
:n untuk alasan mengubah diri pula,kita perlu lihat kembali kepada diri kita, bkn pada org lain btul tak:P,so kita perlukan cermin untuk lihat diri kita kan,n cermin yang dimaksudkn ialah sahabat yg betul2 memahami n boleh mengubah kita.n cermin ini terletak dalam kemanisan berusrah:)
ttp dgn join usrah nih aku dpt lebih dr apa yg aku mau:)

[4*] Tiga perasaan anda setelah menyertai usrah
:best gilerzz ramai kenalan baru,coz ader bnyk program.
:keseronokan n kepuasan yang berbeza dan tidak terkata
:segala macam rasa dapat dirasa..."da joy we had,da pain we share"

[5*] Lima perkara yang anda dapat selama menyertai usrah
:knl tuhan
:knl islam
:dpt ilmu,berkongsi ilmu(aku takder bnyak ilmu lah) danleh kongsi segala2
:tabiyah diri,nafsi,n segala
:mkn free:) (klu ader program n klu naqib blanja:P)
:mcm2 dpt:)

Peraturan Tag:-Setiap blogger mesti letakkan peraturan ini di hujung entri-Blogger yang ditag perlu menjawab soalan-soalan yang dikemukakan-Blogger yang ditag perlu meletakkan jawapan di dalam entri blog masing-masing-Jangan lupa untuk tag rakan-rakan blogger yang lain-Jangan lupa untuk maklumkan bahawa mereka telah ditag dan perlu membaca blog anda-Blogger yang ditag dikehendaki untuk tag lima orang blogger yang lain.

aku tag sorang jerh la.....iaitu sahabat special aku "anas rosedi" yg dah kurus:)

p/s:kpd sesiapa yg mau join usrah atau mau mengenali usrah...bg tau aku.....aku akan tolong cari kan....coz insitusi usrah cukup besar di malaysia ini,cuma kadang2 kta terlepas pandang...n tak rugi join usrah nie....:)mcm2 ada...huhuhuhu(meh sama2 sorong diri ker aah kebaikan demi mengecap nikmat tuhan yg best di akhira kelak)

Tuesday, July 1, 2008

KHABAR TERBARU DARI RINGLET:)

adeh...
klas ari nih(selasa) sungguh memenat kn,biler la nk abis...
aper la khabar berita dr Ringlet agak nyer???
:abg dhany ader mengajak aku pergi sekali lagi ker Ringlet untuk proses seterus nya kepada 3saudara baru disana(entri sblm nih:), tp jadual kelas aku penuh menyebabkan kempunan aku untuk berjumpa saudara baru yg dirindui....

sdng aku khusyuk mendengar mdm.Dot mengajar dengan penuh semangat,enset ku bergetar,tp nk tak nk terpaksa di abaikn,kerana peraturn kelas yg kami(bdk2 n mdm ttpkn)tk boleh main enset time p&p,lantas lps abis kelas akan kubaca msg tersebut...

sejam kemudian enset ku bergetar lg....Alahai sapa gerangan yg menghantar msg time khusyukmku berada d tahap 100%:P...ish......,

MDM. SAYA NK KER TANDAS SEBENTAR,ADER URUSAN PENTING:))
(bkn dialog sebnr:dh edit skit:P)

urusan penting yg di katakan ialah ingin membaca msg sebenr nya....huhuhuh


msg1:
from:bro dhany
01/07/2008
2:04

khabar dr cameeron:
alhamdulillahjoy,shob dan amar sudah di ajar cara berwhuduk dan solat.
skarang nih proses pendaftaran pengislaman mereka sedang dlm proses.
ayuh doa kn mereka..

msg2:
from:bro dhany
01/07/2008
03:04pm

Shob Bahadur Chhetri kini Mohd Adi Yusof Chhetri,
Jantha Kumar Das kini Muhammad Jhony Bin Tapan Kumar,
Amar Bahadur Thapa kini Muhammad Zidane Thapa bin Dhan..


arhhhhhhhhh......
msg apa kh ini,
ia sungguh bisa membuat mata ku berkaca lg...
entah kenapa??mungkin kerana gembira tak tarkata...
ingin saja aku terus sujud syukur....ttp kawasan mebatas kn segala.....



lantas berfikir lah wahai sahabat2 ku yg membaca entri ini....cermin lah diri ini sedalam nya...pandang lah dari segala sudut....adakah lahir mu itu sebagai Islam sudah menjanjikn kau akan masuk syurga walau tanpa siksa sedikit pn.....???
ambil lah pengajaran dri kisah benar ini...bahawa kita insan terpilih untuk lahir dalam Islam,maka bersyukur lah...BAgaimana untuk bersyukur???tentunya bkn dengan melakukn "maksiat",ttp dgn melakukn ibadat untuk mendapat reda Nya:)
walhal nabi junjungan besar kita,walau di janji syurga padanya,tetap beribadat sehingga terlihat kesan ibadatnya....bagaimana kita???adakah cukup dgn 5waktu yg diwajibkn,yg belumtentu di terima amalan nya....sama2 kita renungkan:)

p/s:sama2 kita menyorong diri untuk menyemak semula kitab amalan kita:)ayuh!!!