1) Do not get into trouble
Thursday, July 9, 2009
Wednesday, July 1, 2009
.: SembANg- sEMBanG dAIE : jaga amarahmu :.
Abang : Assalammualaikum...^_^
Adik : Waalaikumsalam, eh abang bawa balik tembikai. Terima Qaseh.
Abang : Sama-sama, adik tolong potong dan sediakan untuk ummi dan kita makan time tengah hari sat lagi...
Adik : Ayay captain!!! bisa di urus.....
Adik : Abang...!!!! kenapa tembikai nie tak manis, banyak biji dan sememangnya tak sedap...
Abang : saje jerh abg beli yg mcm tuh.....
Adik : start melawak la tuh....
Abang : abang sebenar nk tanye, tadi adik bising-bising adik marah sape..?? marah abg yerh???
Adik : tak der lah....
Abang : abis tuh, abg sebenar sudah berusaha mencari yang manis dan terbaik, tapi mana la pulak abg tahu tak sedap, ehehe. ker adik marahkan penjual, tapi penjual tu pn tak tahu buah tu tak manis. jadi, adik marahkan pekebun yg tanam tu kan, tapi adik, mana ader pekebun nk tanam buah yg tak sedap die pn tak expect buah tu masam. klu nk marahkan tembikai lagi lah tak logik. Adakah adik marahkan kepada Maha Pencipta (Allah), sebab Allah je tahu buah tu manis atau sebaliknya.
( 64 : سورة النور )
Adik : Astagfirullahhalazim, betul cakap abang tuh...
Abang : sebab tu la kita kena berhati-hati bila bercakap, n apabila marah nak tak nak kena kawal gak, takut hilang rasional berfikir, takut kita tak sedar yg indirectly yg kita marah pada Allah(Astagfirullah) . Kadang-kadang kita terlupa yg segala sesuatu terjadi dengan kehendak Allah. contohnya, walaupun kita tahu elektrik terhasil dari gerakan elektron, tapi kita kene sedar yang Allah izinkan benda nih terjadi......bla...bla....
Adik : ok, dh jom makan tembikai ni sikit, sbb mesti dh dahaga kan...:P
Abang : ^_^
Dari Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa baginda RasulullSAW bersabda; Seseorang yang kuat itu bukanlah orang yang dapat membalas pukulan lawannya, tetapi seseorang yang kuat itu ialah yang dapat mengawal diri dan perasaannya dengan baik ketika marah [Hadis riwayat Bukhari]
Posted by keretasorong at 9:48 PM 13 comments
Tuesday, June 30, 2009
K0mpLekS VS TeliTi
1. Waktu lunch, jalan ke tempat makan
2. Sampai kedai makan, masuk
3. Ambik Pinggan
4. Letak nasi
5. Letak Lauk
6. Ke kaunter, Bayar nasi dan Air Sekali
7. Makan
8. Habis
9. Balik Opis or
10. G surau
Perempuan
1. Waktu lunch, jalan ke kedai makan
2. Perhatikan orang waktu jalan
3. Sempat mengumpat dulu
4. Sambil jalan betulkan tudung, tgk baju sendiri, tgk kaki
5. Tengok baju orang lain, especially yang cantik dr baju sendiri.
6. Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dulu
7. Ramai orang,cari kedai lain.
8. Jalan lagi..
9. Dah puas ati..masuk..
10. Survey lauk dulu 2, 3 minit.
11. Carik2 pinggan, ambik pinggan
12. Belek-belek pinggan, bersih ke?? tak bersih?..eeeeiiii. .
13. Dah puas ati, ambik nasi
14. Ambik nasi ceduk sikit-sikit
15. Tak sah kalau tak ceduk 2/3 kali
16. Buang balik nasi.banyak. .
17. Tak puas ati, banyak lagi..buang lagi..(tinggal sejemput)
18. Godek2 sikit nasi dalam pinggan 2minit
19. Carik lauk. Survey dulu keliling meja. Tenguk sana, tenguk sini
20. Jengok dlm bekas lauk, ambik kuah sikit
21. Jengok bekas lauk lain, ceduk kuah sikit lagi
22. Jengok lagi? sambil tu tengok2 orang, jeling-jeling
23. Ambil lauk
24. Pusing lagi
25. Carik sayur pulak!
26. Ambik sayur selepas survey dan keliling 2 minit
27. Ke kaunter bayaran
28. Tgk2 nasi dlm pinggan
29. Berbisik ngan kawan [alaamak byk la aku ambik]
30. Sampai depan kaunter (berapa?)
31. Bukak dompet..belek2 celah kad2 bank, celah kad2 nama, celah gambar2..
32. Keluarkan duit
33. Buat isyarat mata ngan member (sbb nasi mahal)
34. Tutup dompet. Ambik nasi
35. Tinjau-tinjau tempat duduk.
36. Jumpa tempat duduk..alamak kotorlah!!!
37. Cari tempat duduk lain
38. Jumpa. Duduk..
39. Alamak. Air tak order lagi
40. Tinjau2, carik org order air..sambil tangan betulkan tudung
41. Order air
42. Bangun
43. Ambik sudu
44. Duduk
45. Bangun
46. Ambik Tisu
47. Duduk
48. Air sampai
49. Belek dompet (Step tadi)
50. Bayar
51. Tutup
52. Minum air
53. Start makan
54. Tengok-tengok orang sambil makan
55. Makan separuh..kenyang
56. Sebab dah minum air
57. Letak sudu, letak garpu
58. Pinggan tolak tepi
59. Borak2 kater makanan tak sedap
60. Ngumpat2..tg korang
61. Pukul 2, naik opis..
62. Ambik beg makeup, g surau!!!!!
So, adakah perempuan memang kompleks atau list ni yang sengaja ditokok tambah? Jadi, fikir-fikirkan dan selamat beramal~ hhehe...
Posted by keretasorong at 11:55 AM 21 comments
Saturday, June 20, 2009
aSaM gArAm MAsAm mAsIn
klik utk gmbr utk lg lawa:-

hidup sebagai student, dh semangnya exam sbg indicator kefahaman kita. antara FAHAM, AGAK2FAHAM, atau TAK FAHAM2.
huhuhuhu
22/6 statics
25/6 electric circuit
(merah tanda bahaya atau berhenti yerh????@_@confius)
ringan2kan lah mulut untuk doakan diri aku nih yerh.
doa org soleh/ah kan senang terakbul ^_^
Posted by keretasorong at 12:42 AM 2 comments
Thursday, June 11, 2009
[ umpama HEBRON ]
Sedih lps bace tajuk di muka akhbar semalam "IMAM DAN 10 DI BUNUH KETIKA SOLAT ISYAK DI SELATAN THAI" bukan ingin marah, menangis, emo atau sewaktu dengannya melulu atau memb**i buta, ttp melihat situasi dan keadaan yang berlaku bi Masjid Al-Furqan di thailand, memang kepala terus ligat meningati peristiwa HEBRON, cuma bezanya pada waktu, tempat, bilangan yang syahid dan di ketahui dengan jelas siapa dalang sebenar di balik peristiwa :(
berbalik kepada Masjid Al-Furqan buat mereka yang belum update berita lagi:
(Selatan Thai) 9 Jun – Kejam dan tidak berperikemanusiaan!Mungkin itu yang dapat digambarkan tentang pembunuhan 11 jemaah ketika solat isyak di Masjid Al-Furqan di Kampung Air Tempayan, 50 kilometer dari bandar ini kira-kira pukul 8.50 malam tadi (waktu Malaysia).
Setelah melepaskan tembakan dari dua pintu masuk masjid, enam penyerang itu dikatakan masih tidak berpuas hati dan masuk ke dalam masjid sebelum melepaskan beberapa das lagi tembakan bagi memastikan jemaah terbabit benar-benar mati.(kesemua mereka bersenjatakan rifel M-16 dan pump gun serta memakai seragam hitam serta bertopeng.)Kejadian itu menambahkan jumlah korban yang kini mencecah lebih 3,700 orang dan masyarakat Islam di wilayah itu bimbang kejadian lebih buruk akan menyusul semula.
Berkalung2 DOA buat mereka yang SYAHID
********************************
Persaudaraan Islam adalah umpama 'simen' yang mengikat bata-bata Islam di sebuah binaan kukuh yang tidak boleh diruntuh atau digoyang. Ini bersesuaian dengan sebuah hadith yang disepakati antara al-Bukhari dan Muslim yang bermaksud:"Sesungguhnya seorang yang beriman bagi seorang beriman yang lain adalah umpama sebuah binaan yang menguatkan antara satu sama lain."Persaudaraan Islam bukanlah sesuatu yang terletak di pinggiran Islam. Sebaliknya ia adalah salah satu prinsip asas di dalam Islam yang dikaitkan dengan persaksian kepada ALLAH S.W.T dengan ketauhidan dan Muhammad s.a.w dengan risalah kerana ia adalah kesan dan maksud dari keimanan itu sendiri:"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara." (al-Hujurat: 10)
menyediakan barisan "HEROES" : persiapkan dirimu dari segala sudut ayuh maju dan terus maju dalam barisan yang teratur, bertindak dengan penuh keupayaan, thabat dan bersabarlah dalam Acuan dan ujian, Syukur dengan segala yang ada, bersandar satu sama lain.
pautan cerpen disini.
Posted by keretasorong at 7:32 AM 6 comments
Wednesday, June 3, 2009
F[a][m]Y
award taging lak sekarang nih, mcm2, hebat n terima qaseh pd fahmy krn memberi.huhuhu
Peraturan nak jawab tag ni ialah:
1. Copy badge "2009 Cute's 3logger Award" untuk diletakkan di blog anda.
[k,done]~
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
er.. inche Famy (tajuk atas tuh name dier lah :P).. member sePerut, amik AED kat uia tuh, duduk d mahallah Ruqayyah (awat kolej pmpn nih??), blok D, aisey no bilik lupe da, tp pernah g melawat sbb nk amek raket squash (betoi tak ejaan "raket" tuh???). no tepon X payah la yerh, berminat dengan dier atau nk tau lebih contact keretasorong yerh. +=panjang nyer owg nie :P
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).
1) Saya suka makan pau, apam, apam balik n goreng pisang. (seeedap, lg2 makan time ptg atau time hujan)
2) X boleh makan makanan bercengkerang spt : siput, lala n seangkatan dgn nyer. (katakan Xnak)
3) Cepat Bosan dengan sesuatu...????
4) Trauma bwa kereta.
5) Kalau berjalan dlm kumpulan/kawan suke jln depan tau tepi. (arhhh!! tepi2 tak nampak)
6) Xsuke bunyi-bunyian hingar-bingar. (sakit telinga n hati :P)
7) Nestlo n orange juice best !!!!
8) Suka berkawan/bersahabat/ber'friends'/ber'members' dll. (^_^)
9) Suka mentadabbur alam. (lega hilang sebentar tekanan)
10) Suka perhati kerenah n ragam manusia. (refleksi kpd diri)
4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
siapakah mereka...
* Uncle 'emU
* Anep (peyokong tegar LFC)
* Fattah (penyokong Hamas)
* Makcik Izni Husna (jgn marah :P)
* Tasneem (mmber Alam Maya, bnyak award dier nih)
* Bell-on (agak senget ^_^ )
* bunny(tp dier tak der blog mcm mne???boleh tak)
n jgn lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan:
"anda telah di tag - sila layari blog saya untuk mendapatkan award anda :)"
~sekian, huhuhh~
Posted by keretasorong at 4:25 PM 5 comments
Tuesday, May 26, 2009
- muhasabah diri mencari kekuatan -
-Syed Qutb
Surah Ar-Ra'd : 15
“Remember what did Allah said in the Al Quran? In Surah An Nur verse 26, Bad women .are for bad men and bad men are for bad women. Good women are for good men and good men are for good women ”
"Doa pada Allah. Andai ada jodoh kita. Allah akan temukan kita dengan seseorang yang lebih baik daripada keadaan begini”
Sekiranya kita cinta kepada manusia
Tidak semestinya manusia cinta kepada kita
Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah
Nescaya cinta Allah tiada penghujungnya
Sekiranya kita cinta kepada manusia
Kita akan cemburu kepada orang yang menyintai mereka yang kita cintai
Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah
Kita akan turut menyintai mereka yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga
Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya kepadaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu
Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku kepadaMu
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling padaMu
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindu syahid dijalanMu..
Amin Ya Rabbal Alamin..
-This is a poem written by Aminah Qutb dedicated to her husband
53. Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
54. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu Kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi).
55. Dan ikutilah sebaik-baik apa yang Telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu
56. Supaya jangan ada orang yang mengatakan: “Amat besar penyesalanku atas kelalaianku dalam (menunaikan kewajiban) terhadap Allah, sedang Aku Sesungguhnya termasuk orang-orang yang memperolok-olokkan (agama Allah )
.:.-Ya Rabb, berikan aku kekuatan dan keteguhan untuk terus berdiridan melangkah dalam jalanmu, janganlah kau pesongkan aku walau seinci atau lebih sedikit dari itu Ya Allah tuhan sekelian makhluk. Ya ar-Rahman ar-Rahim peliharalah hambamu yang sangat lemah dan hina ini dan jauhi diriku dari tipudaya dunia ini, Ya Allah hanya padamu tempat aku memohon.
Posted by keretasorong at 12:21 PM 3 comments








+ATT00030.jpg)










