Hutan Lipur Lentang (Pahang)
23-24 ogos 2008
Anjuran (Guidance Counseling Club)
40 org peserta
huhuhuhu....dlm kesebokan dan melepaskan lelah setelah selesai program utk perkim "the deception of FITNA" aku diberi peluang lgi oleh ilahi dlm aku mengisi masa terluang dari dpersia begitu sahaja, jua peluang untuk melihat keindahan alam seraya merehatkan minda......oleh itu per lagi,usah dipersiapeluang diberi, aku amik lah kesempatan untuk menambah kenalan n merapatkan ukhuwah la dgn warga student uia(counsling club:P) nih...hurm mcm gelagat keluar selama 2 hari 1 malam dan alhamdulillah semua berjalan lancar n epy2......tp gmbr hok panggang2 ayam tak dok pulak:(...jd gmbr ni jerla yng boleh di kongsi kan hah....
Saturday, August 23, 2008
family day GCC
Posted by keretasorong at 11:33 AM 0 comments
Thursday, August 21, 2008
"THe dEcEpTiOn OF FITNA"
masa: 9:30pm- 1145pm
anjuran: dnp perkim club
penceramah : Ustaz Hj Nicholas Sylvester Muhamad Abdullah
kehadiran: > 200(lhA boleh memuatkn 200org jeedlm 1 masa:P)
baju committee: warna hitam (sempena mempengigati Palestine)
sebelum tayanggan di buat(kire dlm minggu jualan tiket) ada juga suara kata tak patut Perkim but tayangan nih, mcm2 alasan diberikan,tetapi bagi urusetia mereka yang menentang mesti ada sebab tertentu, tapi seeloknya bukan dengan bersuara belakang sebaliknya harus sendiri bersua dengan pihak penganjur.ader juga yang bersua dan selepas berbincang baru tahu matlamat sebenar tayanggan ini diadakan.....
tayangan ini di adakan bukan untuk memesongkan akidah umat Islam yang makin lemah(kerana sesungguhnya kita seagama) , sebaliknya inginmembiri pendedahan telus mengenai kedudukan umat Islam masakini lantas dalam jalan untuk menguat dan menyemarakan semula semangat dalam diri syabab seusia........apatah lagi pencaramah yang di jemput bukan calang2 orang pula iaitu Ustaz Hj Nicholas Sylvester Muhamad Abdullah.
Malam tersebut siapa yang terdengar ceramah beliau pasti pulang bukan dengan tangan kosong,bukan kerana refreshment yg diberi oleh pihak penganjur sebaliknya ilmu yang diberi oleh penceramah memang sesuai dengan jiwa pemuda dan remaja yang hadir. pendedahan dan kupasan beliau sungguh mantap dan menyeluruh apatah lagi ditambah dengan fakta2 serta bahan yang memberangsangkan....Ustaz kata pendedahan begini dan seusia beginilah kita kena bimbing n beri pendedahan yang meluas dan menyeluruh, bukan hanya dibiarkan menjadi pelajar yang pasif n berkaca mata tebal sahaja atau lebih tepat spt katak bawah tempurung, apa yang berlaku untuk ummah dibiarkan sahaja:(....
Alhamdulillah, berjaya juga tanyangan ini diadakan dengan agak jayanya:)
nk letak slide2 ustaz, kupasan2 dan gambar2 tak sempat kerana keletihan dan ada kerja lain perlu dibuat.so, boleh ltk name tag n bookmark yg diberi oleh pihak perkim...jagn marah ekkkk:P
Posted by keretasorong at 12:26 PM 0 comments
Wednesday, August 20, 2008
Kerana Kau Saudara :)
ADA APA DENGAN 21 OGOS????
Pada 21 ogos 1969, seorang penganut fahaman Zionis beragama Kristian dari Australia, Dennis Michael telah membakarsebahagian daripada runag utama Masjid Al-Aqsa. Antara yang mengalami kemusnahan daripada tindakan keganasan tersebut ialah mimbar, masjid yang telah dibina semenjak zaman Nuruddin al-Zinki dan pernah digunakan oleh Salahuddin Al-Ayyubi dizaman pemerintahannya. Seharian suntuk , umat Islam telah bertungkus lumus bersama-sama memadamkan api dan juga menyelamatkan kesan-kesan sejarah di masjid tersebut.
Bagi penjenayah yang telah bertanggungjawab membakar Masjid Al-Aqsa pula, beliau telah dibebaskan oleh rejim Zionis kerana didapati "tidak siuman" walaupun dari segi profesionnya beliau merupakan seorang doktor perubatan!!!
Sebagai reaksi terhadap peristiwa pembakaran tersebut, Negara-negara Islam telah bersetuju menubuhkan OIC sebagai langkah menjadi isu Palestin dan Masjid Al-Aqsa sebagai "isu umat Islam Sedunia" Semenjak hari itu jugalah , 21 ogos dianggap sebagai hari memperingati Masjid Al-Aqsa SEDUNIA. Sayangnya, sehingga kini, bukan hanya sekadar isu Palestin tidak dapat diselesaikan oleh OIC , malah isu Masjid Al-Aqsa yang sepatutnya diambil peduli oleh umat Islam terpinggir dari agenda OIC.
Bagaikan tiada peliknya jika mendapati bahawa majoriti anak-anak muda kita dan juga generasi tua sekali pun tidak tahu menahu bahawa Masjid Al-Aqsa pernah dibakar pada tahun 1969. Lebih menggerunkan lagi ramai yang kurang mengambil peduli tentang ancaman para pengganas Yahudi untuk menawan Masjid Al-Aqsa semenjak dahulu lagi. Berbanding dengan kepekaan mereka terhadap siapakah yang bakal memenangi Akademi Fantasia atau Geng Stars atau mana-mana pronram realiti tv yang di polaporkan oleh Yahudi dan Barat.
Atas kesedaran inilah, jika anda terbaca artikel ini, dan merasakan taggungjawab anda untuk mempertahankan Masjid Al-Aqsa dari dibakar buat kali ke-2 atau pun dirobohkan terus dan digantikan dengan "Kuil Yahudi" , maka tindakan segera wajib dilakukan. Mulai dengan anda sendiri, ketahuilah sejarah dan maklumat berkaitan sejarah Palestin dan sejarah Masjid Al-Aqsa. Persiapkanlah diri anda dan keluarga anda untuk menyahut seruan jihad jika ia dilaungkan demi mempertahankan Masjid Al-Aqsa. Didiklah keluarga, anak-anak, saudara-mara, jiran tertangga dan rakan taulan tentang kepentingan Masjid Al-Aqsa di dalam Aqidah umat Islam.
Jika anda mampu, sebarkan maklumat-maklumat atau artikel-artikel yang berkaitan dengan Masjid Al-Aqsa kepada mereka yang lain, baikot barang-barang keluaran Yahudi, dan doakan saudara-saudara kita disana, hulurkan tangan ringankan beban, agar kesedaran yang timbul nanti membawa kepada natijah yang positif dimasa akan datang. Lakukan segera tindakan proaktif sebelum sampainya masa umat Islam hanya mengenali Masjid Al-Aqsa selepas ia dirobohkan dan digantikan dengan "Kuil Yahudi". Pada waktu itu, segalanya sudah terlambat!!!
Jadi, jangan kita jadikan bulan Ogos ini adalah semata-mata bulan kemerdekaan Negara kita, tetapi ia juga adalah bulan memperingati dimana maruah agama kita dicalar oleh kafir laknatullah. Kalau bukan kita yang sedar mengenai perkara ini untuk menyebarkannya siapa lagi yang layak,berhak dan bertanggungjawab untuk memikul tanggungjawab ini??siapa lagi???!!!

(dipetik dan diolah dari buku "Al-Aqsa Dalam Bahaya" karya Maszlee Malik)
Posted by keretasorong at 5:19 PM 0 comments
Monday, August 18, 2008
EDAR RISALAH DAN BERBAJU HITAM...
dr sahabat aku untuk perkongsian dengan semua:)
(http://dhanysarip.blogspot.com/2008/08/jom-edar-risalah-juga-berbaju-hitam.html)
Ada apa dengan 21 Ogos 2008?
Ada! Genap 39 tahun Masjid Al-Aqsa yang mulia telah dibakar oleh Dennis Micheal Rohan, warga Australia yang menganut agama Yahudi.
Aku kongsikan bahan edaran sempena ulangtahun yang akan berlangsung esok. Ayuh, sebarkan mesej kemanusiaan. Buktikan solidariti umat manusia sejagat dalam mempertahankan kiblat pertama umat Islam itu.
Bahagian Luar

Bahagian Dalam

Hakcipta tidak terpelihara. Demi Allah Ta'ala dan Rasul-Nya.
Seperkara lagi. Ayuh berpakaian serba hitam pada esok hari. Bukan sebagai manifestasi perkabungan (entah wujud ke tidak istilah ini?), sebaliknya simbol kegelapan. Kegelapan yang mendamba sinar. Kesedihan yang menyelebungi. Inilah yang dihadapi oleh rakyat Palestin. Saban hari dilayan tidak ubah seperti haiwan oleh puak Israel yang sarat nilai kebinatangan.
Cahaya itu pasti datang. Segalanya terpateri di dalam ayat-ayat Tuhan. Siapa lagi yang paling mengotakan janji, melainkan Allah Ta'ala.
Selain itu, berpakaian hitam beramai-ramai akan mewujudkan suasana yang signifikan. Maka ambillah peluang untuk menyebarluaskan mesej kemanusiaan ini.
Setakat itu sahaja niat berpakaian hitam untuk beramai-ramai. Bukan kerana berkabung lalu menurut kepercayaan agama lain atau mempromosikan black metal, apalagi meraikan hal-hal yang bertentang syarak.
Cepat, selongkar almari anda sekarang. Atau pergi basuh baju.
Berpadu jiwa mempertahankan Masjid Al-Aqsa. Al-Quds, kami senantiasa bersamamu! Mari menyumbang kepada rakyat Palestin. Sumbangan boleh disalurkan ke:
Akaun Maybank 562209608847 atas nama “Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia” (Sila fakskan bank-in slip pembayaran ke 03-4107 1754)
atau
Pembayaran krediti card secara online melalui laman sesawang di bawah
http://www.jim.org.my/e-bazaar/index.php?main_page=product_free_shipping_info&cPath=3&products_id=27&zenid=90f4f7ee436e769fa040c09849ea54e0
http://fast2fund.blogspot.com/
Posted by keretasorong at 7:14 PM 0 comments
Saturday, August 9, 2008
majlis peguam!!!!
bikin hangat n panas...
mana umat ISLAM di MALAYSIA???
bangun...
bangun....
bangun.....
belum cukup lg kah cerita2 barat mencerca ISLAM..
belum cukup lg kah umat ISLAM di label dengan bermacam...
kini dalam negara sendiri.
umat ISLAM diperlekeh....
..............................................................................................
Forum 'Memeluk Islam' tamat awal
KUALA LUMPUR: Forum kontroversi 'Memeluk Islam' anjuran Majlis Peguam, yang diteruskan juga hari ini walaupun menerima bantahan keras daripada pelbagai pihak dan pertubuhan, ditamatkan lebih awal daripada jadual. Kira-kira setengah forum yang bermula pukul 9 pagi itu berlangsung, Presiden Majlis Peguam Datuk S. Ambiga memberitahu forum itu bahawa polis telah menasihatkan agar ia ditamatkan pada 10 pagi. Forum itu sepatutnya berakhir 1.30 tengah hari. Pada pukul 10 pagi, Ambiga mengumumkan secara rasmi bahawa forum itu ditutup. "Kami menghormati pandangan semua pihak. Kami tidak bergaduh dengan sesiapa dan saya mengumumkan forum ini ditutup," katanya. Di luar perkarangan pejabat Majlis Peguam di Lebuh Pasar Besar di sini, di mana forum itu berlangsung, lebih 1,000 orang berkumpul termasuk anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam sebagai bantahan terhadap penganjuran forum itu. Daripada hanya kira-kira 100 orang yang berkumpul pada awal pagi, jumlah yang mengambil bahagian dalam bantahan itu meningkat kepada lebih 1,000 orang pada pukul 9.30 pagi dan jumlah itu terus meningkat dari semasa ke semasa.
Kira-kira 80 anggota polis ditempatkan bagi mengawal keadaan. - Bernama
dipetik dari http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Mutakhir/20080809113844/Article/index_html
......................................................................................................
Walaupun mendapat tentangan hebat dari pelbagai pihak mereka tetap mengadakan dan menganjurkan forum tersebut walau sekejap. Kalau betul tidak mahu timbul kan propaganda jgn buat terus... Klu betul tak mahu bermusuh atau menghormati semua pihak mengapa adakan n laksanakan juga????. Ternyata demi menunjukkan bahawa mereka ada kepetingan dan kuasa. Demi tidak mengalah dengan umat ISLAM di MALAYSIA. forum tersebut ttp di adakan:(
forum tersebut Basically minta kaji semula Perkara 121(1A):Perlembagaan Persekutuan.
Dalam perkera ini,any kes di dawah bidang kuasa Mahkamah Syariah,Mahkamah Sivil tidak boleh masuk campur.
Perkara ini sangat penting,"SAFE GUARD" peranan Mahkamah Syariah. Ramai puak anti Islam tengah usaha nak mansuhkan Perkara nie. If mansuh, orang Islam bebas murtad. N bayangkan , Peranan Mahkamah Syariah yang dh cukup kecil. If Mahkamah Sivil boleh masuk campur, memang teruk nasib orang Islam. Apatah lg negara Malaysia ini bukan mengamalkan sistem perudangan ISLAM:(..Senang kata forum nih nk 'perjuangkan' kebebasan beragama.
tambahan:rujuk http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=16283&Itemid=1
p/s: jgnlah harap pemimpin yang tidur untuk bangun. ttp kita sendiri kne bangun utk: 1st) paling penting kejut pemimpin yang tidur. 2nd)kejut semua umat Islam yang tidur itu. 3rd)alami n hayati ISLAM itu semula. 4nd)bangun,pertahan n perjuangkan ISLAM agamamu itu:)
Allahuakhbar!!!
Posted by keretasorong at 5:45 PM 0 comments
Friday, August 8, 2008
Gemuruh jiwa!!!
hangat....
suam...
cita2, misi n visi yang telah di semat perlu di'succes'kan.
Nak curi masa untuk menulis pn payah:[
(.:.serius bukan alasan aku untuk malas menulis)
so kpd sahabat2 yg mambaca jgn marah:P
apa kata entri kali ini, Aku bagi surface cerita n sahabat2 sekalian cari/kaji sendiri secara mendalam baru 'best':)
1)Ikut mau aku saja sentuh isu RTM(bulan april). Sudah 62 penubuhan, baru sekarang diberi kebebasan kpd pekerja untuk bertudung. Apa ingt bertudung negara tak boleh maju ker??, Ingat bertudung itu kolot ker???, Ternyata kesan penjajahan negara telah terbukti. Bukan menjajah negara sahaja tapi menjajah pemikiran juga.sehingga menjadi buta mata dan hati. Apabila stesen TV lain membenarkan pekerja/pengecara/pemberita bertudung barulah terkial2 nk tukar polisi. Takperlah,Alhamdulillah, sekurang2nya 'BELIAU' sudah nmpak, bahawa 'BELIAU' as a leader untuk sesuatu kementerian mahupun syarikat perlu memain kan peranan dalam memmartabatkan ISLAM:)(tuh pun masih ader paraturan dalam bertudung lak@_@, klu sudah namanya tudung/hijab, so kena tutup smpai kedada, dalil pn sudah ada:)
Madrasah Rasul sendiri telah melahirkn ramai pemuda2 yg menjadi pemimpin pada usia yang amat muda. 'So' Remaja/dewasa bukanlah perlu dimanja apatah lagi diajar tatih(berjalan) semula sebaliknya perlu diberi "pendedahan luas dan perhatian baik" dalam setiap langkah meraka ambil. Remaja bukan juga perlu diberi kebebasan 100% ttp perlu diberi bimbingan dan pemerhatian agar (jiwa/hati/diri/pemikiran dll) muda yang mentah terbentuk dgn betul, sifat amarah terkawal, gelak tawa mengikut syarak, barulah idelisme(hendonisme,pluralisme,black metal etc) yg dibawa oleh barat tidak dikuti oleh remaja kita......
Moga pewaris da'i yang lahir lagi ramai dan matang2 belaka mahu dari segi penampilan,pemikiran dan segalanya:]
kpd sahabat2 yang juga sedang menghadapi imtihan moga najjah mennti kalian:)
Posted by keretasorong at 11:08 AM 0 comments
Monday, August 4, 2008
WaSiAt iMaM HaSAN aL-BaNnA :]
Untuk kali ini, adalah baik untuk aku siar kan sedikit kisah syahidnya seorang pejuang yang sehingga kini namanya tetap menjadi ingatan dan perjuangannya hingga kini ada pewarisnya,insyaAllah...
............................................................................................................
Lewat petang 12 feb 1949, ditepi jalan raya kota Kaherah, Hasan al-banna ditembak dan terus rebah. beliau dibawa ke hospital dan kematiannya di hospital adalah satu misteri ngeri gugurnya seorang syahid..
acara pengurusan jenazah hanya dikendalikan oleh ahli-ahli keluarganya yang terdekat. jenazah Hasan al-banna terpaksa diurus sendiri oleh bapanya yang sudah tua dan uzur serta kaum kerabatnya yang terdekat.
para pemimpin dan anggota ikhwan tidak dapat bersama kerana perintah berkurung telah di isytiharkan oleh pemerintah Mesir.
Jenazah Hasan al-banna dibawa ke tanah perkuburandengan dikawal rapi oleh kereta kebal dan kereta perisai tentera. Orang ramai dihalang daripada mengiringi jenazahnya.
ketika itu Raja Farouk bersembuyi di istananya. Beliau tidak keluar ke masjid untuk menunaikan solat berjamaah dengan orasng ramai seperti yang biasa dilakukannya.
........................................................................................................
Demikianlahh kisah gugurnya permata disaat umat Islam masih memerlukan kepimpinannya.jadi marilah sama-sama kita lihat sedikit nasihat atau peningalan dari Imam Hasan Al-Banna kepada kita untuk dijadikan panduan dan bekalan kepada kita.
Antara wasisat-wasiat juga seruan daripada Hasan al-banna ialah:
1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.
2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah(baik dan benar) kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.
4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7. Janganlah bercakap lebih nyaring(kuat/tinggi) daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.
9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.
p/s:wasiat ini jua bagaikan nasihat seorang ayah kepada anak-anaknya yang sedang berjuang menegakkan syiar Islam. Jua bekalan agar anak-anaknya tidak mudah terpesong dari landasan perjuangan yang sebenar.....insyaAllah... (ipetik dr bahan bacaan buku penulisan Saari Sungip-Hasan Al-Banna dan 5 Mursyiul Am Ikhwanul Muslimin)
Posted by keretasorong at 10:17 AM 0 comments









