BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, September 24, 2008

Kempen baru puak anti-Muslim

Salam penghujung Ramadhan:(
moga semangat sahabat2 sekalian masih kukuh dan kuat untuk beribdah seterusnya istiqamah untuk bulan2 yg mendatang,insyaAllah.
untuk entri kali ini tolong baca sampai habis....
satu isu penting dan besar dan umat islam perlu tahu mengenainya.................................

NGO edar DVD papar agama Islam sebagai radikal di seluruh Amerika Syarikat

KAHERAH: Masyarakat Muslim Amerika Syarikat berang dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab mengedarkan dokumentari anti-Islam ke seluruh negara itu, termasuk oleh akhbar dan stesen berpengaruh bertujuan menakutkan penduduk tempatan terhadap Islam dan penganutnya. Dokumentari 60 minit Obsession: Radical Islam's War Against The West menuduh Islam sebagai agama radikal yang memerangi Kristian, Amerika dan Barat selepas sambutan 11 September dan ketika kempen pemilihan Presiden semakin hebat.

Ia pada asalnya dihasilkan pada 2006 tetapi dibuat salinan baru dan diedarkan semula menerusi kempen yang disifatkan Majlis Perhubungan Islam-Amerika (CAIR) sebagai berniat jahat. "Filem itu memesongkan kritikan mengenai keganasan dan radikal," tegas Pengarah Komunikasi CAIR, Ahmed Rehab, kepada akhbar Tampa Tribune, kelmarin. "Mereka mengeksploitasi rasa takut dan kebimbangan yang wujud di negara itu dengan cuba mencetuskan konflik keagamaan yang lebih bahaya."

Ringkasan cakera padat digital (DVD) filem turut diedar bersama 70 akhbar perdana negara itu ke seluruh Amerika. Berjuta-juta salinan turut dihantar kepada rakyat Amerika menerusi pos. Malah, ia juga ditayangkan di kampus universiti di sekitar negara itu yang dalam kempen memerangi pengganas selepas kejadian 11 September 2001. Ia antara lain memaparkan temu bual dengan individu pro-Kristian dan Yahudi yang sememangnya diketahui mempunyai pandangan anti-Islam termasuk Martin Gilbert, Daniel Pipes dan Steve Emerson. Dokumentari berkenaan turut menyelitkan imej serta sedutan serangan ganas, klip disiarkan stesen televisyen Arab dan filem sejarah.
Ia diterbitkan Clarion Fund, satu badan bukan kerajaan (NGO) diasaskan pada 2006 oleh penerbit filem Kanada, Raphael Shore yang turut menulis skrip dokumentari berkenaan. Shore menetap di Israel. Kenyataan Clarion Fund yang disiarkan pada laman webnya mempertahankan tindakan menghasil dan mengedarkan dokumentari berkenaan atas alasan mahu mendidik rakyat Amerika memahami apa didakwanya sebagai sentimen radikal Muslim yang sebenar. Malah, penerbit Obsession: Radical Islam's War Against The West itu turut mengakui yang dokumentari kontroversi mereka bertujuan menakutkan rakyat Amerika. "Tujuan kami mengeluarkan semula dokumentari berkenaan adalah selaras dengan ulang tahun 9/11," kata Pengarah Komunikasi Clarion Fund, Gregory Ross. Namun, masyarakat Muslim menyifatkan tindakan itu bersempena pemilihan Presiden baru November ini, apalagi dokumentari itu menjadi tajuk perbincangan beberapa rancangan radio. Stesen penyiaran, Fox News mewujudkan segmen khas selama sejam kepada dokumentari itu pada waktu perdana dan ia disiarkan sembilan kali dalam masa dua minggu. – Agensi


pautan untuk melihat realiti, situasi dan keaadaan ISLAM sekarang:
sungguh sedih:(
bagai dunia ini sudah ketiadaan umat ISLAM untuk bangun menentang...
sifat persaudaaraan sesama ISLAM di seluruh pelusuk bumi tuhan ini sudah hilang.......

so, apa peranan kita????
apa yang telah kita laksanakn untuk Islam dan mempertahankan Islam.???
sudah ada dan sudah cukup sumbangan kita????

apakah cerita ahcong blum membuka mata bahawa Islam itu indah???
apakah marhaban ya Ramadhan kali ini belum memdatangkan apa2 hasil???
apakah Ikhtibar Ramadhan belum berjaya mendidik jiwa????

something wrong wit ur self, if Ramadhan notting 2 u....:(
????????????
mereka yang anti Islam meyerang kita dengan pelbagai cara dan jalan, tektik dan teknik...

tp apa usaha kita untuk mempertahan n memperjuangkannya kembali????

sedarlah n jaga lah dari tidur yang panjang.....
jangan bila sudah peluru di hujung kepala baru nk bertindak.....FIKIR2KAN

0 comments: