BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, March 14, 2010

.: EMI 2007 :.


salam buka bicara, kisah benar yang di tintakan =)



Kata ummi kepada anak-anak muridnya "siapa pernah cinta". Maka pelbagai lagak dan reaksi spontan keluar ada tersipu-sipu tak tentu hala ada yang memandang bawah merenung lantai simen dan ada juga renung ke atas bumbung mungkin ada cintanya di sana, siapa tahu.

Ummi mengulangi soalannya sekali lagi, "siapa pernah jatuh cinta angkat tangan." Maka riuh rendahlah jawabnya dewan yang memuatkan 80 remaja Islam tersebut, mereka menjadi serius, tertanya-tanya kepada diri, "pernahkah aku jatuh cinta?", "kalau pernah sekali dengan siapa yerh?" , dan macam-macam persoalan timbul dalam diri.

Ummi laju membaca setiap reaksi remaja yg di hadapannya. Maka ummi bersuara "ok, tak pe lah, semua tutup mata, sebab semua malu nk mengaku kan." semua menuruti sahaja segala arahan yg di keluarkan oleh ummi, tambah Ummi "ok, semua dh tutup mata, siapa pernah jatuh cinta sila angkat tangan. Ok, turun tangan. siapa pula yg tidak pernah jatuh cinta langsung angkat tangan. Ok turun. semua boleh buka mata".

"Anak-anak Ummi, Ummi juga pernah jatuh cinta" kata ummi dengan tenang sambil tersenyum. "bahkan anak-anak, Ummi juga sedang bercinta" tambah ummi membuatkan remaja di hadapannya berfikir, ummi yg pertengahan usia pn tengah bercinta???

Maka ummi mengungkai kusut yang timbul, "Anak-anak, Ummi pernah jatuh cinta pada Allah dan sedang bercinta dengan Allah, lantas Ummi datang kesini bersama anak-anak sekalian. Anak-anak, cinta itu luas maksudnya bukan hanya pada pasangan teman hidup semata, tetapi Cinta kpd Allah. Cinta kpd Rasul Allah, cinta kpd Ibubapa, dan sebagainya. Baiklah anak-anak mari dengar Ummi bercerita, cerita tentang kasih dan cintanya Allah pada kita, dan tentang kemana kasih dan cinta kita sepatut dan selayaknya diletakkan....................................(Ummi melanjutkan bicaranya sehingga habis sesi yg di tetapkan)



Antara Dua Kasih
Album : Satu Tekad
Munsyid : Unic

Deru ombak pecah berderai
Mengulang pantai datang dan pergi
Begitu kasih insan diibaratkan
Bagai ombak merubah pantai

Tika kasih melestarikan sayang
Semuanya indah dipandang mata
Pabila rasa benci terbit di hati
Rasa kasih dan sayang pun menyisih

Tanda kasih yang abadi
Dalam senang jua dalam kesempitan
Kasih Ilahi tiada bersempadan
Tak memilih siapa tidak berakhir
Kekal selamanya

Di antara dua kasih
Di maqamnya yang berbeza
Mudah dijumpa namun sukar untuk diperlihara
Lahir dari ketulusan jiwa bersuluhkan iman
Namun nafsu menodainya

Terkadang kasih kita sesama insan
Bisa mengundang keredhan Tuhan
jika insan menghargainya
Dan memuliakannya

Kasih sayang Allah kekal selamanya
Kasih manusia hanya sementara

Deru ombak pecah berderai
Mengulang pantai datang dan pergi
Begitu kasih insan diibaratkan
Bagai ombak merubah pantai



“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, sehingga Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta”. (Al-Ankabut: 2-3).

“Surga itu dipenuhi dengan sesuatu yang dibenci, sedangkan neraka itu diliputi dengan sesuatu yang menyenangkan”. (H. R. Muslim dan Tirmidzi)

Monday, March 8, 2010

.: SembANg- sEMBanG dAIE : Di MAnA BaHAgiA :.


Di Mana Bahagia?
Seorang suami yang marah kepada isterinya dan dengan segera mengancam isterinya:

Suami : "Aku akan lenyapkan kebahagiaanmu."

Isteri : "Anda tidak mampu melenyapkan kebahagiaanku sebagaimana anda tidak mampu memberikan kebahagiaan kepadaku." jawab si isteri dengan tenang.



Suami : "Mengapa aku tidak akan mampu melenyapkan kebahagiaanmu?" tanya si suami dengan penuh kebengongan.

Isteri : "Kalau seandainya kebahagiaanku terletak dalam perbelanjaan, tentu anda akan mampu menghilangkannya. Dan kalau terletak dalam pakaian dan perhiasan, tentu anda juga sanggup menahannya. Tetapi kebahagiaanku adalah sesuatu yang bukan milikmu dan tidak dapat kamu kuasai, baik kamu sendiri ataupun orang lain." jawab si isteri dengan penuh keyakinan.

Suami : "Di manakah kebahagiaanmu?"tanya si suami dengan penuh kehairanan.

Isteri : "Sesungguhnya aku memperoleh kebahagiaan dalam keimananku. Dan imanku itu dalam hatiku. Tiada seorang pun yang dapat menguasai hatiku selain Allah." jawab si isteri dengan penuh keyakinan

Subhanallah, Ya Allah tetapkan hati ku agar sentiasa terpaut padaMu...^_^



Imam al-Ghazali, seperti dikutip Hamka dalam Tasaud Modern, mengungkapkan:
”Bahagia dan kelezatan yang sejati, ialah bilamana dapat mengingat Allah.”

Hutai’ah, seorang ahli syair, menggubah sebuah syair:
"Menurut pendapatku, bukanlah kebahagiaan itu pada pengumpul harta benda; Tetapi, taqwa akan Allah itulah bahagia."

selami dasar hati, percayalah bahawa sesungguhnya bahagia itu terikat pada HATI yang punyai sifat REDA dan TAWAKAL yang tinggi kepada Allah s.w.t.

subhanallah walhamdulillah wala illah hai'llah wallahuakhbar.




Kredit:Solusi (Petikan dari Iman dan Kehidupan: Dr.Yusuf al-Qaradawi)

Monday, March 1, 2010

- membina ^_^ akhlak -


ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ

"Diwajibkan kamu berperang, sedangkan ia yang kamu benci. Boleh jadi sesuatu yang kamu benci itu amat baik untuk kamu dan boleh jadi sesuatu yang kamu sukai pula amat buruk untuk kamu. Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." [Al-Baqarah: 216]

“Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar.” (Surah at-Taubah: 119)

Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW diutuskan kepada kita untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.


عن أبي هريرة رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : إنما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق.
Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Nabi SAW bersabda : Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak.Bukhari dalam Sahihnya Kitab Adabul Mufrad [No. 273]



Cara Memperolehi Akhlak yang mulia.

1. Beristiqamah dalam beramal dan mempraktikkan apa yang terkandung di dalam Al-Quran dan Sunnah Rasul Allah SAW.

Sesungguhnya mengubati jiwa dan memperolehi akhlak bukan dicapai dengan cara sendiri, tetapi dengan merujuk dan kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Sessungguhnya Allah menciptakan manusia dengan akal untuk membezakan di antara kebaikan dan keburukan, tetapi dengan petunjuk dari Allah dengan perantaraan Rasulnya. Seolah-olah ubat itu dari Allah dan para RasulNya yang memberi panduan tentang penggunaan ubat tersebut.

Rasul adalah doktor bagi hati, tidak ada jalan untuk membersihkan hati dan memperbaikinya kecuali dengan petunjuknya, serta sifat tunduk dan patuh dan meminta pertolongan kepada Allah.


2. Bersahabat dengan sahabat yang berakhlak mulia.

Untuk mendapatkan akhlak yang mulia, sudah semestinya melalui sahabat yang berakhlak mulia. Sahabat yang berakhlak mulia ibarat sebuah sekolah yang mana kita menimba akhlak yang mulia darinya.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الرَّجُلُ عَلَى دِينِ خَلِيلِهِ فَلْيَنْظُرْ أَحَدُكُمْ مَنْ يُخَالِلُ.
Dari Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda : Seseorang itu dengan agama sahabatnya, maka hendaklah kalian melihat orang yang akan kalian bersahabat.
[Abu Daud [No. 4833]]


3. Memerhatikan akibat yang buruk dari akhlak yang tercela.

Manusia diciptakan dengan akal untuk membezakan perkara baik dan buruk. Dan mereka yang berakhlak buruk akan ditinggalkan dan dikenali dengan perbuatannya dan percakapannya. Maka apabila kita menjumpai akhlak yang buruk, maka segeralah meninggalkannya.

4. Mengambil contoh dari akhlak Nabi SAW.

Sesungguhnya Rasul Allah itu contoh ikutan yang paling baik bagi seorang Muslim. Maka, sewajarnya kita mencontohi setiap akhlak dan adab Rasul SAW.

Allah SWT berfirman:

وَإِنَّكَ لَعَلى خُلُقٍ عَظِيمٍ

“Dan engkau (Muhammad) memiliki budi pekerti yang agung!”(Al-Qalam 4)


Akhir kalam, aku menyeru diri aku yang hina dan para pembaca untuk bersama-sama membaiki akhlak dan beristiqamah dalam melawan hawa nafsu. Semoga Allah membantu kita dalam menasihati sesama kita dan meng'islah' diri kita ke arah kebaikan.


عَنْ أَبِي مُوسَى عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّمَا مَثَلُ الْجَلِيسِ الصَّالِحِ وَالْجَلِيسِ السَّوْءِ كَحَامِلِ الْمِسْكِ وَنَافِخِ الْكِيرِ فَحَامِلُ الْمِسْكِ إِمَّا أَنْ يُحْذِيَكَ وَإِمَّا أَنْ تَبْتَاعَ مِنْهُ وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ مِنْهُ رِيحًا طَيِّبَةً وَنَافِخُ الْكِيرِ إِمَّا أَنْ يُحْرِقَ ثِيَابَكَ وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ رِيحًا خَبِيثَةً.

Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud: "Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk." [Bukhari [ No. 2101], Muslim [ No. 146]]

Sunday, February 21, 2010

tawaran best..!!!

tawaran best d uia..!!!



jom pakat-pakat mai, insyaAllah berbaloi-baloi...

terbuka utk semua ^_^

boleh booking tempat penyertaan dulu, student uia leh bayar di booth, outsiderleh bayar time program...

jemput Hadir.

Friday, December 18, 2009

>>HAri InI dAN sEtErusNyA<<

kaki terus melangkah berlari
jatuh bersembah bangun kembali
biar bertatih asal tidak berhenti


link

"Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang ingkar" (Yusuf: 87)
semalam hanyalah sebuah penyesalan yang sia-sia
esok hanyalah angan-angan yang belum pasti
dan hari ini adalah sebuah realiti yang perlu dihadapi dan pasti
SalAM mAAl hIJRaH
mOgA ProLeh iBrAh DaRiNyA


.:.biar apa yg berlaku pada semalam
hari ini perlu dihadapi
setiap hari "perjuangan baru bermula"
sehingga mati menemui kita

Friday, December 11, 2009

.:: jAngAn MeNcArI PeNyaKiT ::.



Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saudara saudariku yang kucintai. Ikhwah fillah rahimakumullah

Alhamdulillah semesta baru pembelajaran sudah bermula, baru seminggu tp sudah terasa bahang kehangatan dan nikmatNYA.


Petang semalam mandi sungai di Uluyam, pagi pulak mandi-manda di pantai Bagan Lalang petang pulak mandi sungai di Uluyam sekali lagi. Dalam kesejukan bermandi-manda terasa kehangatan ukhuwah yang terbina, moga ia benar di landasan yang benar dan dipacu juga dengan yang benar.

Tatkala badan di santuni lembut air sungai yang mengalir sekali lagi sahabat meminta padangan dan sebenarnya, sewaktu perjalanan pulang dari pandai baganlalang semua bersuara memberi nasihat dan pandangan yang bernas, tetapi petang tu, sekali lagi meminta benda yang sama tetapi kali ini berbincang hal yg lebih luas dan tertumpu, rasa meluat? sesungguhnya Tidak sama sekali, kerna hak bersahabat apabila minta dinasihati kita perlu memberinya dengan BERKHEMAH.

Saidina Umar Al-Khattab r.a ada mengatakan : “Engkau mestilah mencari saudara-saudara yang jujur dan hiduplah di kalangan mereka , kerana mereka itu adalah perhiasan di waktu senang dan bekalan di waktu kesusahan”.


-gambar hiasan-

Sehubungan dengan perkara ini Rasulullah saw. bersabda :
“Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada enam perkara : (1) Apabila engkau bertemu dengannya hendaklah engkau memberi salam , (2) Apabila ia menjemputmu maka penuhilah jemputannya , (3) Apabila ia meminta nasihat hendaklah engkau memberi nasihat kepadanya , (4) Apabila ia bersin dan bertahmid maka hendaklah engkau lengkapkan dengan bertasymit ( mengucapkan yarhamukaLlah ) , (5) Apabila ia sakit hendaklah engkau menziarahi , dan (6) Apabila ia meninggal dunia hendaklah engkau mengiringi jenazahnya” . (Hadith riwayat Muslim)

Mungkin sekarang virus ini semkin hebat melanda di kalangan orang sekeliling (risau juga jika terkena pada aku, mcm mna ragam yg akn keluar agaknya, harap di jauhkan). Nasihat aku pd diri dan semua, jgn mencari penyakit kerna penyakit tuh meyakitkan. Pabila masalah timbul cari jalan penyelesaian bukan mencari masalah lain. Belajar dari PEMBETULAN dan jangan mengulangi kesalahn tersebut. BELAJARLAH!!!!

"Orang yang beriman tidak akan kena sengat dua kali dalam satu lubang"

(Sahih Muslim)

Mukaddimah bermula,

Apabila timbul ‘rasa’ cinta silang jantina maka itu fitrah, tetapi timbul cinta pd sama jantina itu masalah (moga kita, masyarakat dan Fadil serndiri dilimpahi hidayah). Belajarlah dan bermujahadahlah dalam menangani rasa cinta sesama manusia. Nafsu itu satu anugerah, gagal mengawalnya boleh menjadi musibah. Terasa sukar??? Tetapi hadiahnya ternyata besar.

“Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya surgalah tempat tinggal (nya).”

( 40-41: 79 النازعات سورة)

" Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan. "

(20 : 9 التوبة سورة )

Jgn lah kita berjinak-jinak, bermain-main apatah lagi mencabar iman bukan pada tempatnya. Bersama-sama kita bermujahadah memacunya diri kejalan yg benar. Bersama mencari kemanisan iman moga kita terasa kenikmatannya.

Hadis Anas r.a:
daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain keduanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka.
(Sahih Muslim : 60)

Bersama juga kita dalam ingat mempengigati dan bermuhasabah bersama dalam berjalan, berlari, bernafas dan segala-galanya dalam mencari dari secangkir hingga sebesarnya rahmat dan kasih dariNYA. Moga kita bukan tergolong pada dlm golongan org yg menyesal di kemudian hari.

“Dan ikutilah sebaik-baik apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu sebelum datang azab kepadamu dengan tiba-tiba, sedang kamu tidak menyadarinya. supaya jangan ada orang yang mengatakan: "Amat besar penyesalanku atas kelalaianku dalam (menunaikan kewajiban) terhadap Allah, sedang aku sesungguhnya termasuk orang-orang yang memperolok-olokkan (agama Allah). ”

( 55-56:39 الزمر سورة )


nukilan buat diri yang terlalu lemah dan hina, juga buat sahabat-sahabat yang sangat dicintai, buat semua pembaca dan panziarah yang dekat dihati.



.:.apabila sampai waktunya ia pasti tiba,
percayalah pd janjiNya,
jika bukan disini disana pasti,
bersabarlahlah dan berserahlah,
serta bersama memperelokkan diri kerana Allah.

Subhanakallahumma wabihamdika asyhaduallaailaahailla anta astaghfiruka wa atubuilaik.
Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Thursday, November 26, 2009

- Muslim Combat Quest 2009 -

.: espirit de corp :.



platun ali (eh ader org tersalah tngn)....



pendatang asing kah????



sedang bersatu..



mencari rentak yg sama...



mandi bersama...huhu



ade yg gumbire sbb dh lame tak kene denda..hehe



terpantas > 24 second (klu tak silap)...



tekan bumi....



menuju puncak...:P



masak smbil berlinangan air mata... :'(



cheese...



[link video]


Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan).
(60 : سورة الأنفال)


Salam 'Idul Adha! Selamat Berkorban dan Terkorban!!
^_^

Tempat : SRI al-Amin & Kem Lembah Genting
Tarikh : 20-23 november 2009