BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, September 27, 2009

.: muhasabah lagi + dan lagi = sentiasa :.



Assalammuallaikum w.b.t & salam lebaran kepada semue ^_^
harap segala2 masih maintain n steady, perut ok, kesihatan ok, hati ok, iman ok n segala2 ok,
mcm mne pulak collection raye tahun ni??? lumayan ngak?? huhu

Jom kite review balik semua yg dilalui sepanjang hidup + bulan Ramadhan lalu + 1st week raye, ape yg kureng elok dibuang jauh2 n ditinggalkan, apa elok molek chantik kita terus n tambah2kn, kene riview selalu moga matlamat hidup kita sentiasa jelas, bukan beribadat hanya pada bulan Ramadhan, apepn moga kita ketemu mardhiah ilahi =]


adakah aku telah terdidik utk kembali kepada fitrah sebenar kejadianku, atau aku kembali kepada diriku yg asal tanpa perubahan atau lebih teruk dari itu???


Ya Allah, jauhilah hambamu ini dari syaitan yg direjam!!!!


adakah aku menjaga seluruh aggota badanku dr melakukan perkara2 mungkar...


ya Allah berikan lah kekuatan utk kaki ini terus melangkah dan berada di jalan mu.


moge kite semua dipelihara, dan di jauhkan dari tipu daya syaitan n manusia.


umur kian meningkat, usia menuju penamat n ajal semakin dekat. hidup hanya berbaki sisa. moga aku tahu dan sedar hakikat dan tujuan hidup yang sebenar n mati dalam khusnul khatimah^_^

" Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. "
( 185 : سورة آل عمران )

moga terdidik n mampu untuk mengawal segala jenis nafsu kite :D


moga kita kuat untuk melawan anasir2 jahat dr luar dan dalam.


harap kite semua saling ingat memperingat, n salaing membantu-membantu utk menjadi manusia n hambaNya yg bertakwa ^_^

" Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. "
(1-3 : سورة العصر )

Sunday, September 20, 2009

~ shelamat harry rayye ~


Selamat Hari Raye Aidilfitry hamba mengucapkan kepada tuan/puan hamba sekalian =]




time pose susah nk brsahur,
time raye bermain mercon,
senyum manis salam di hulur,
tanda maaf ikhlas di pohon.

baju baru seluar baru,
semuanya baru terang benderang
mohon maaf atas dosa lalu,
ampunkan jua dosa yg mendatang =p



"Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa; - Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik; "
(133 - 134 : سورة آل عمران)



moga kite di petemukan lagi dengan next ramadhan =)
SeLaMAT BErJuaNg!!!
\(^_^)/

Wednesday, September 16, 2009

~kasut~

Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antaramu, dan belum nyata orang-orang yang sabar.
( سورة آل عمران , AliImran, Chapter #3, Verse #142)




BAGHDAD: Wartawan Iraq yang melempar kasut ke arah bekas Presiden George W Bush, tahun lalu, dibebaskan dari penjara semalam.

"Muntazer al-Zaidi yang menjadi hero di rantau Arab berikutan serangannya ke atas bekas pemimpin Amerika Syarikat itu ditemui di luar penjara oleh Ahli Parlimen yang menyokong tindakannya itu," kata abangnya, Uday al-Zaidi.

"Muntazer meninggalkan penjara beberapa minit lalu dan kini dalam perjalanan ke Baghdadiya TV," kata Uday merujuk kepada stesen televisyen yang menjadi majikan adiknya.

Zaidi dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun kerana menyerang Bush ketika bekas pemimpin Amerika Syarikat (AS) itu mengadakan sidang media di Baghdad Disember tahun lalu. Bagaimanapun, hukuman itu dikurangkan kepada setahun.

Mahkamah Iraq, Isnin lalu mengarahkan Muntazer dibebaskan berikutan di bawah undang-undang negara itu seseorang yang sudah menjalani 75 peratus daripada tempoh hukuman dan berkelakuan baik perlu dibebaskan.

Berjuta-juta penonton di seluruh dunia menyaksikan menerusi televisyen atau secara online, Bush yang ketika itu Presiden AS dua kali terpaksa mengelak kasut yang dilemparkan Muntazer ketika sidang media di ibu negara Iraq itu.

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan.
( سورة المائدة , Al-Maeda, Chapter #5, Verse #35)

Tindakan Muntazer itu memalukan Bush dan Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki, yang berdiri di sebelah bekas pemimpin AS itu.

Bagaimanapun, kebanyakan penonton, termasuk di Amerika Syarikat, memuji keberanian wartawan Iraq itu.



Tidaklah sama antara mu'min yang duduk (yang tidak turut berperang) yang tidak mempunyai uzur dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk satu derajat. Kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik (surga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar,
( سورة النساء , An-Nisa, Chapter #4, Verse #95)


.:.berjuanglah dgn apa yg ada walau dgn sebelah kasut....

Saturday, August 22, 2009

~ terasa kehilangan ~

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِۚ

سورة البقرة :185

tadabur bersama
menangis bersama
terkedu
kagum
dan segala-gala pernah kita bersama
dikala senja
tatkala gembira
dikala fajar
tatkala sedih
sepanjang masa
peneman untuk aku luahkan semua padaNYA
kini kehilanganmu sungguh benar aku terasa
kosong
hampir saja kehilangan arah
jatuh
menangis kesal tiada sudah

mungkin kerana
pernah aku perlekeh kehadiranmu seketika
terlupa kau teman sepanjang masa
alpa akan kemuliaanmu dan kedudukanmu
wasiat nabi yang mulia
kini ramadhan pertama
tiada tanpamu
setelah dua tahun bersama
walau banyak pengganti
tetapi kau permula
untuk aku sedar arah di tuju
untuk aku tahu mana pengakhiran aku.

Ya Allah jadikan la hambamu ini
insan yang tahu dan sentiasa
bersyukur dan berterimakasih
atas segala nikmatMU
andai aku alpa ingatkan lah aku dengan
sebaik baik pengingatan
dan kurniakanlah aku
dengan pengakhiran yang mulia
disisimu.


Saturday, August 8, 2009

~ HanyuT ~

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahannam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati(tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah) , dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.
(سورة الأعراف :179 )

cipta dari segumpal darah,
jelma seraut wajah,
rahsia agungnya kudrat Tuhan.

Dan dihembuskan nyawa,
diikatkan janji,
tunduk hanya kepadaNYA.

Namun hakikatnya hidup sarat pesona dusta,
dugaan tuk menguji kehambaan,
tiada tempat berlindung dari fitnah dunia,
selain perlindunganNYA.

Berkurun terukir sejarah alpa,
manusia dihanyut indah yang fana,
terlupa pada fitrah wujudnya,
hanya ditaraf hamba.

Tenggelam pada bisikan dunia,
tak sedar langkah mudik ke sengsara,
tergoda pada hasut sengketa,
rebut fatamorgana.

Telah disuluhkan laluan,
diberi segala pedoman,
seiring akal dan fikiran,
mengapa kehilangan.

Telah tertulis pengakhiran,
pada selembar takdir insan,
jiwa yang penuh penyerahan,
Itu yang dijanji syurga.

.:.Ya Allah beri aku kekuatan, untuk aku mengharungi hari2 dengan penuh rasa kehambaan.....

********************************************

unic-jalan pulang
(aku mau pulang...)

۞ إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَىٰ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ ۚ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ ۖ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنجِيلِ وَالْقُرْآنِ ۚ وَمَنْ أَوْفَىٰ بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّهِ ۚ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُم بِهِ ۚ وَذَ‌ٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
سورة التوبة : 111

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.

Thursday, July 9, 2009

> planing4new semester <


1) Do not get into trouble

today's joke



2) Aim for greater heights

today's joke



3) Stay focussed on "job"

today's joke


4) Exercise to maintain good health

today's joke


5) Practice Team work

today's joke


6) Rely on trusted partner to watch our back, take time to trusting others...

today's joke


7) Save for rainy days

today's joke


8) Rest & Relax

today's joke

9) Always SMILE in every situation.

today's joke


10) Nothing is impossible


today's joke


“ BETTER CAN BE ACHIVED, GOOD IS NOT ENOUGH.”


^_^

Wednesday, July 1, 2009

.: SembANg- sEMBanG dAIE : jaga amarahmu :.

Abang : Assalammualaikum...^_^

Adik : Waalaikumsalam, eh abang bawa balik tembikai. Terima Qaseh.

Abang : Sama-sama, adik tolong potong dan sediakan untuk ummi dan kita makan time tengah hari sat lagi...

Adik : Ayay captain!!! bisa di urus.....


***********************************************************


Adik : Abang...!!!! kenapa tembikai nie tak manis, banyak biji dan sememangnya tak sedap...

Abang : saje jerh abg beli yg mcm tuh.....

Adik : start melawak la tuh....

Abang : abang sebenar nk tanye, tadi adik bising-bising adik marah sape..?? marah abg yerh???

Adik : tak der lah....

Abang : abis tuh, abg sebenar sudah berusaha mencari yang manis dan terbaik, tapi mana la pulak abg tahu tak sedap, ehehe. ker adik marahkan penjual, tapi penjual tu pn tak tahu buah tu tak manis. jadi, adik marahkan pekebun yg tanam tu kan, tapi adik, mana ader pekebun nk tanam buah yg tak sedap die pn tak expect buah tu masam. klu nk marahkan tembikai lagi lah tak logik. Adakah adik marahkan kepada Maha Pencipta (Allah), sebab Allah je tahu buah tu manis atau sebaliknya.


*************************************************

Ketahuilah! Sesungguhnya Allah jualah yang menguasai segala yang ada di langit dan di bumi. Sesungguhnya Dia mengetahui keadaan yang kamu berada padanya (wahai umat manusia) dan pada hari umat manusia itu kembali kepadaNya, maka Dia akan menerangkan kepada mereka segala yang mereka kerjakan, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap tiap sesuatu.
( 64 : سورة النور )


*************************************************


Adik : Astagfirullahhalazim, betul cakap abang tuh...

Abang : sebab tu la kita kena berhati-hati bila bercakap, n apabila marah nak tak nak kena kawal gak, takut hilang rasional berfikir, takut kita tak sedar yg indirectly yg kita marah pada Allah(Astagfirullah) . Kadang-kadang kita terlupa yg segala sesuatu terjadi dengan kehendak Allah. contohnya, walaupun kita tahu elektrik terhasil dari gerakan elektron, tapi kita kene sedar yang Allah izinkan benda nih terjadi......bla...bla....

Adik : ok, dh jom makan tembikai ni sikit, sbb mesti dh dahaga kan...:P

Abang : ^_^


Dari Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa baginda RasulullSAW bersabda; Seseorang yang kuat itu bukanlah orang yang dapat membalas pukulan lawannya, tetapi seseorang yang kuat itu ialah yang dapat mengawal diri dan perasaannya dengan baik ketika marah [Hadis riwayat Bukhari]




.:.tengah belajar untuk senyum time marah ^_^
bukan hypokrasi, ttp SABAR.