BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, December 31, 2008

- jom turun padang -





FAQ berikut berkaitan Task Force: New Year '09 yang akan berlangsung di KLCC bermula petang ini.

[1*] Siapakah yang menganjurkan Task Force?

Task Force dianjurkan secara bersama oleh Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (Karisma) dengan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM). Karisma merupakan sayap belia yang bernaung di bawah JIM, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar secara sah.

Karisma dan JIM bertindak sebagai penganjur, manakala tugas sebagai sukarelawan Task Force terbuka kepada seluruh individu, walaupun bukan ahli Karisma dan JIM.

[2*] Apakah itu Task Force?

Task Force merupakan program yang dianjurkan selama dua kali setahun, iaitu pada dua tanggal yang diraikan oleh rakyat Malaysia; 31 Ogos (Sambutan Hari Kemerdekaan) dan 1 Januari (Sambutan Tahun Baru). Program ini akan bermula pada petang sebelum hari kejadian, dan bakal tamat pada waktu malam atau pagi keesokan harinya (durasinya adalah opsyenal dan fleksibel).

Program ini memberi peluang kepada para sukarelawan untuk menyantuni ummah. Di kala masyarakat sedang asyik meraikan dua sambutan yang cukup meriah ini, para sukarelawan bakal mengambil tempat di kalangan orang ramai untuk mendekati mereka dengan menyampaikan mesej-mesej moral yang bermanfaat.

[3*] Apakah kepentingan mengadakan Task Force?

Dakwah merupakan kewajipan semua umat Islam, dan Task Force merupakan salah satu medium untuk menyampaikan risalah Islam. Sebagai umat Islam yang prihatin dengan perkembangan umat semasa, perlu wujud sekelompok masyarakat yang berperanan dalam menyampaikan nasihat dengan penuh kesabaran dan kasih sayang.

Task Force mungkin sukar untuk memberi impak yang drastik dalam memperbaiki keadaan masyarakat, tetapi usaha-usaha sebegini amat penting demi menerajui perubahan. Sekurang-kurangnya, masih ada umat Islam yang komited untuk menyebarkan dakwah. Biarpun prosesnya bergerak perlahan, ini lebih baik dari tidak melakukan apa-apa.

Kita sekadar lakukan kerja kita, selebihnya kita serahkan kepada Allah Ta'ala. Mana tahu, hasil dari kerja yang tampak remeh ini, dapat melembutkan hati mana-mana individu yang disantuni? Alhamdulillah!

[4*] Apakah modus operandi yang bakal dilakukan sepanjang Task Force?

Tugasan para sukarelawan ialah untuk mendekati masyarakat dengan menyebarkan bahan edaran yang disediakan. Selain itu, para sukarelawan sangat digalakkan untuk berbual ringkas dengan individu yang diladeni (sekiranya keadaannya sesuai), untuk memastikan dakwah berlangsung dengan lebih baik.

Secara umumnya, modus operandi menerusi Task Force mementingkan konsep dakwah secara berhikmah (bijaksana) sejajar dengan ajaran Islam. Para sukarelawan akan dibahagikan ke dalam beberapa kelompok kecil sepanjang proses mengedarkan risalah.

[5*] Apakah aturcara Task Force?

Task Force akan bermula seawal jam 5.00 petang. Setelah selesai sesi taklimat dan ta'aruf, para sukarelawan akan dibahagikan ke dalam beberapa kumpulan kecil. Menerusi kumpulan tersebut, edaran risalah akan berjalan.

Task Force akan dilaksanakan secara berterusan (kerehatan diizinkan) hingga jam 11.00 malam. Sesi perkongsian akan diteruskan sehingga jam 12.00 tengah malam. Aktiviti berikutnya, yakni qiyamullail ialah bersifat opsyenal.

[6*] Bagaimana kalau tidak dapat hadir seawal 5.00 petang?

Jangan risau. Sesi ta'aruf dan taklimat akan berlangsung selama beberapa kali, seperti yang tertera di bawah ini:

Kali Pertama: 5.00 petang
Kali Kedua: 6.30 petang
Kali Ketiga: 7.45 petang
Kali Keempat: 8.45 malam
Kali Kelima: 10.00 malam (kurang digalakkan)

Walaubagaimanapun, para sukarelawan digalakkan untuk hadir seawal mungkin.

[7*] Apa yang perlu saya buat untuk menyertai Task Force?

Sila berkumpul di Masjid Asy-Syakirin, KLCC. Cari Checkpoint Task Force di dalam kawasan masjid dan daftarkan diri anda. Sila laporkan diri kepada Koordinator, Dini Syarif (+6012.930.7522). Semua umat yang prihatin dijemput hadir.

[8*] Apa yang perlu saya pakai, atau bawa?

Sila pakai pakaian berwarna terang, seperti warna putih, kuning, jingga atau merah. Ini adalah untuk memudahkan proses pengesanan sukarelawan, di samping warna yang agak menarik dalam proses untuk mendekati masyarakat. Elakkan pakaian yang terlalu menonjolkan imej Islam (baju melayu, kopiah dan sebagainya).

Jika anda mempunyai bahan edaran, amat digalakkan untuk dibawa bersama. Sila tunjukkan bahan tersebut terlebih kepada Koordinator.

Maklumat lanjut boleh diperolehi dari manual yang akan dikongsikan. Terima kasih di atas perhatian anda.

Tuesday, December 30, 2008

Apabila Si Biadab Berlagak Hebat!Kami Benci Zionis!



Bismillah,

Salam ‘alaik,

Kelmarin umat Islam telah dikejutkan lagi dengan serangan tentera zionis Yahudi di Gaza,Palestin.Inilah dia golongan yang biadab dan berlagak hebat.Padahal dan sebenarnya mereka hanya memeliki hati yang kecut dan penakut.

“Sesungguhnya mereka (yang menentangmu, wahai Muhammad) bermati-mati menjalankan rancangan jahat, Dan Aku pula tetap bertindak membalas rancangan jahat (mereka, dan menggagalkannya). Oleh itu janganlah engkau hendakkan segera kebinasaan orang-orang kafir itu, berilah tempoh kepada mereka sedikit masa. ” At-Toriq:15-17.


Ya Allah Rahman Rahim,perkenankan doa kami umat Islam.Hancurkanlah tentera-tentera kafir yang menentang agama-Mu yang bersih dan suci ini.Bagi mereka agama mereka dan bagi kami agama kami.

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! .”Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”. Al-Kaafiruun:1-6.”

Ya Allah Rahman Rahim,segala yang ada di alam ini milik-Mu Ya Allah.Kau berhak menghancurkan matahari jika Engkau inginkan meskipun ia besar dan panas tak terhingga.Bagi-Mu tiada apa yang mustahil,bila dikatakan “Kun” maka terjadilah apa yang Engkau kehendaki yakni “Fayakun”.Hancurkanlah zionis Yahudi dan sekutunya,sebagaimana Engkau pernah menghancurkan kaum ‘Ad,Firaun dan tentera-tenteranya.Kepada-Mu kami golongan yang sedikit ini memohon perlindungan dan keselamatan.

“(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan kamu, lalu Ia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): “Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut.

Dan Allah tidak menjadikan (bantuan malaikat) itu melainkan sebagai berita gembira dan supaya hati kamu tenang tenteram dengannya. Dan kemenangan itu pula hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana” Al-Anfal:9-10.

Selawat dan salam kepada Rasulullah S.A.W.Amin…

http://www.usrahkini.com/?p=82

Thursday, December 25, 2008

-cinta-

Awak...

Saya ingat lagi, saya melihat awak yang serabai melintas jalan sewaktu saya pulang dari masjid. Saya ingat awak akan mengelak apabila hon dibunyikan oleh kereta tu, tapi awak buat tak tahu je. Saya pula entah dari mana datangnya keberanian menarik tangan awak agar awak tak dilanggar kereta. Kemudian , saya tampar awak. Awak tahu kenapa??? First, sebab awak nak bunuh diri awak. Takkan awak tak tahu yang membunuh diri adalah dosa yang paling dimurkai Allah. Second, gara-gara saya nak selamatkan awak saya tersentuh tangan yang bukan muhrim saya iaitu awak. Awak tahu tak sepanjang hidup saya, saya tak pernah pegang tangan lelaki lain kecuali tangan ayah saya??

Esoknya, saya terjumpa awak lagi kat masjid tempat saya mengajar kanak-kanak membaca Al-Quran tu. Anehnya, awak kelihatan kemas dan tak serabai macam semalam. Awak cakap, awak ada perkara penting nak beritahu. Awak luahkan semuanya pada saya kecuali apa yang mendorong awak untuk membunuh diri semalam. Awak cakap, awak jahil tentang Islam walaupun awak seorang muslim. Arak dah menjadi teman hidup awak. Saya tanya awak mengenai solat, puasa, zakat dan haji. Saya hampir pengsan bila awak beritahu awak tak pernah solat dan puasa sepanjang awak hidup selama 25 tahun ni kerana awak dah terlalu lama menetap di bumi Landon. Awak minta tolong saya ajar awak agama. Pada mulanya, saya tak mahu namun atas dasar persaudaraan sesama Islam, saya setuju.

Mulai hari itu, awak rajin ke kelas mengaji yang saya adakan. Mula-mula saya rasa nak gelak sebab awaklah anak murid saya yang paling tua. Lepas tu pulak awak baru baca Iqra' dengan saya. Tapi awak sabar dan tak sampai 4 bulan awak dah boleh baca Al-Quran. Saya ajar awak pasal solat, haji, zakat dan puasa. Hati awak memang cerah, sekejap sahaja saya ajar hal solat, then awak awak dah boleh solat sendiri. Pada suatu petang, awak datang pada saya...bukan sebab nak belajar agama, tetapi dengan tujuan lain.

"Humaira, sudi tak jadi permaisuri di hati Iman...Sudi tak kahwin dengan Iman??"

"Ha, kahwin..Mana boleh...ehhh saya tak nak Iman, Jangan buat gila.."

"Please, Humaira I beg you. Kalau awak jadi isteri saya, lagi banyak masa awak boleh ajar saya pasal Islam. Tolong Humaira, masa saya semakin suntuk."

24:26

Resah melihat awak yang begitu mengharap, saya akhirnya bersetuju. Tapi saya tak faham dengan ayat 'masa saya semakin suntuk' yang awak katakan.

Akhirnya kita berjaya mendirikan mahligai impian. Kita tinggal di kondominium milik awak di Kuala Lumpur. Seminggu saya menangis rindukan ayah saya yang tinggal seorang di Terengganu. Sejak ibu saya meninggal sewaktu melahirkan saya, tak pernah sekali pun saya berpisah dengan ayah saya. Tapi awak pandai...setiap hari awak akan bagi saya teddy bear yang berlainan pada saya. Saya memang suka bear..Bila saya peluk bear-bear yang awak kasi tu, barulah terubat sikit rasa rindu pada ayah, sebab badan ayah macam bear-bear ni semua. Dua minggu usia perkahwinan kita, dah 14 teddy bear saya terima, Saya happy sangat, awak!

Suatu hari tu, ketika kita sedang menjemur pakaian bersama-sama, hidung awak tiba-tiba berdarah, kemudian awak pitam. Saya dah mula cemas. Lalu, dengan bantuan jiran, awak dihantar ke hospital. Disana barulah saya mengerti kata-kata awak tidak lama dahulu. 'Masa semakin suntuk'. Kenapa awak tak pernah beritahu saya awak sakit Leukemia.

Dua hari awak tidak sedarkan diri. Sewaktu awak sedar malam tu, awak beritahu saya sebab kenapa awak nak bunuh diri hari tu dan mengapa awak hendak berkahwin dengan saya. Hari tu, awak nekad hendak bunuh diri sebab awak tak boleh terima diri awak sakit. Awak mengahwini saya kerana awak ingin memiliki seseorang yang boleh membimbing awak ke jalan yang benar. Awak juga jujur dengan saya. Awak cakap saya bukan cinta sejati awak kerana cinta sejati awak hanya pada Islam dan Allah. Saya akui agak terkilan kerana saya bukan cinta sejati awak, tapi biarlah kerana pada saya, dicintai awak sudah cukup bermakna, malah cinta awak sudah terpatri pada yang selayaknya.

Awak berkeras tak nak buat sebarang rawatan walaupun semakin teruk. Rambut awak dah sikit..wajah awak cekung..badan awak kurus sangat. Awak hanya mampu duduk di kerusi malas, di kerusi malas tu lah awak solat dan baca Al-Quran. Tapi saya kagum dengan awak, sebab awak tetap puasa walaupun kadang-kadang awak menggigil sebab terlampu sakit.

Sepuluh malam terakhir Ramadhan, awak berdegil tak mahu tidur sebab nak tunggu malam Lailatul Qadar. Saya sering menyuruh awak tidur, kerana takut kesihatan awak terganggu. Tapi awak cakap, awak tetap nak tunggu kerana awak takut awak tidak sempat untuk bertemu Ramadhan yang berikutnya. Namun, saya akui takut untuk membiarkan awak tidur kerana saya takut awak akanterus tidur dan tak bangun-bangun lagi.

Malam terakhir puasa, awak kelihatan bersinar-sinar. KIta sama-sama solat tarawih..peliknya, awak sujud lama sangat...Awak, awak solat terawih ke solat sunat taubat??? Saya seperti dah mengerti sesuatu. Saya teruskan solat tarawih sehinggalah 12 rakaat..Tapi awak masih lagi begitu. Masih lagi sujud...

Bila bahagia mulai menyentuh,
Seakanku bisa hidup lebih lama,

Namun, harusku tinggalkan cinta.

Ketikaku bersujud....

Awak dah pergi...namun kehilangan awak tak harus diratapi kerana awak bukanlah juga cinta sejati saya. Cinta sejati dan hakiki saya hanya pada-Nya dan agama-Nya...Assalamualaikum Iman suamiku, semoga kita sama-sama meraih cinta sejati kita.....


Tuesday, December 23, 2008

- jom lepak-

KARNIVAL KEBUDAYAAN BELIA DAN KOMUNITI




"Simbiosis Belia Dan Budaya"

Tarikh
27 dan 28 Disember 2008 (Sabtu dan Ahad)

Tempat
Dataran Merdeka Shah Alam, berhadapan Muzium Negeri Shah Alam

Anjuran
Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (Karisma)

Dengan Kerjasama
Kerajaan Negeri Selangor

Untuk senarai sub-program yang dihidangkan serta lanjutan n utk lmpiran tentatif, sila klik

www.jomkarnival.blogspot.com




Saturday, December 13, 2008

-kenapa aku-

pengingatan untuk diriku dan sahabat yang sering alpa dan sering jua diuji. moga semangat juangmu pulih kembali. dan rasa futur menghilang dari dalam diri.


kita bertanya : kenapa aku sering diuji?

Firman Allah, maksudnya : "apakah manusia itu mngira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan 'kami telah beriman' sedangkan mereka x diuji? dan sesngguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesugguhnya Allah mengetahui orang-orang yg benar, dan sesuggunhnya Dia mengetahui orang2 yang berdusta" (surah Al-Ankabut, 2-3)


kita bertanya : kenapa ujian seberat ini?

Firman Allah, maksudnya : "Allah tidak membebani sesorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (al-Baqarah, 286)



kita bertanya : kenapa aku x dapat apa yang aku idam-idamkan?

Firman Allah, maksudnya : "boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu pula menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah mngetahui sedang kamu tidak mengetahui" (al-Baqarah, 216)



kita bertanya : kenapa kita rasa lemah n hilang semangat?

Firman Allah, maksudnya : "janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yg plg tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman" (ali-Imran, 139)


kita bertanya : aku tak tahan !!!
Firman Allah, maksudnya : "...dan janganlah kamu berputus asa drpd rahmat Allah. sesungguhnya tiada putus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yg kafir" (Yusuf, 12)


kita bertanya : bagaimana kan ku hadapi ujian ini?

Firman Allah, maksudnya : "Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segla kesukaran dalam mengerjakan kebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh (di medan perjuangan), dan bersedialah serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."(surah Ali Imran, 200)

"dan mintalah pertolongan ( kpd Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, sesgguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk" (al-Baqarah, 45)


kita bertanya : kepada siapa perlu aku berharap?
Firman Allah, maksudnya : "cukuplah Allah bagiku, tak ada tuhan selain daripada-Nya dan hanya kepada-Nya aku bertawakkal" (at-Taubah, 129)


kita bertanya : sampai bila aku akan merana begini?
Firman Allah, maksudnya : "maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.sesugguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan" (al-Insyirah, 5-6)


kita bertanya : apa yang boleh aku dapat dari semua ini?

Firman Allah, maksudnya : "sesugguhnya Allah telah membeli orrang-orang mukmin,diri dan harta mereka dengan memberikan mereka syurga" (at-Taubah, 111)


semoga kita terus tabah walau apa ujian yg mendatang. kerana dengan ujian-Nya pasti kita akan ketemu jalan pulang walau berapa kali langkah tersasar dan tersalah jalan untuk pulang.

Lukisan Alam

Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
(Begitu aturan Tuhan)

Jadilah rumput nan lemah lembut
Tak luruh dipukul ribut
Bagai karang di dasar lautan
Tak terusik dilanda badai

Dalam suka hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang awasi kealfaanmu
Setitis derita melanda
Segunung kurniaanNya

Usah mengharapkan ke segalanya
Dalam perjuangan penuh pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan
(Begitu ajaran Tuhan)

Hasbiallah, Hasbunallah
HasbiRabbi jalallahu Ya Allah

Dalam diam taburkanlah baktimu
Dalam tenang buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
(Di) dalam jiwamu itu
jua tabahlah kerana percaturan-Nya pasti ada hikmahnya yang tersembunyii.


Friday, December 12, 2008

- seminggu bercuti..wow -

tengahhari tadi aku baru sampai rumah, g solat jumaat lps tu terus tido.hahaha letih gegiler(letih terperap dlm kereta)...

so time mlm nih la kau nk menulis sedikit sebanyak ape aku buat sepanjang cuti seminggu nih..

nk tau jom kiter usha:)

-6 disember '08-cameroon highland-



my family

ramai kn..


my sibling...cpt kire ader baper ramai...


wth mom n 2 lit siss...(cis saper yg x pndi tangkap gmbr nih, mata ku tengah pejam)


wth mawar2 berduri dlm keluarga ku.....:)

-6/10 disember'08-kelantan-

7hb g melawat makcik kt hospital usm n g membeli belah kat rantau panjang..(aq beli sikit2 je)

8hb korban (lotih hah, cumer daging tuh xsmpat bakar sbb cuaca tak mengizinkan sangat)

9hb g zirah umah pokcik mokcik n g beli belah lagi(adeh baper kali g berbelanja nih, yg nih aku tak beli paper, just jd tukang angkat barang2 yg mak n makcik aku beli^_^)

10hb bertolak g tasik kenyir lak..


nih jeh gmbr family yg ok, tuh pn candid...yg lain cameraman tak pandai beraksi,gmbar tak elok, goyang2:(


purple team..hehehe..(adik aku, sedara aku n aku)


keluarga ayah mei, (aku tumpang rumah nih)


lembu yang nk di korban kn, kesian dier...(gmbr2 ganas, time kejadian aku tak leh tunjuk, sadis)


nih melapah lak n sekian2.....(termasuk mengagih ke bahagian2 yg sepatutnya)

n dh letih2 mlm tuh la best leh makan sup tulang(gambr tak leh tunjuk kang ader yg mengalir air liur kang:P)hehhehe

-10/11 disember'08-tasik kenyir-
10hb g mancing n kayak

11hb g air terjun saok


tasik kenyir....


tak dpt pandu, dpt tngkp gmbr pn ok....


"rumah penaga" tmpt lepak kitowg....


aksi memancing...hehhe


ikan2 yg dipancing n akan d panggang.(hv scret n funny story wth dis fishs)hahha


gan adik llki last dlm keluarga...


gan adik pmpn 1st dlm keluarga...


best nyer diowng..ader pemandu pelancong kat blakang(hahhah, diowng nk naik kayak gak tp takot so abah la yg kene bawak diorng hehhehe)



nasi goreng yg dimsk oleh aku n abah...heheh..tak aper rase...


ari tuh keluarga aku jerh mandi kat ctu...mcm privacy lak rase hehhehe..best....bnyk gmbr tp tak leh kongsi semua:P


air dier mmg deras....sbb musim hujan...ktowg pergi mandi pn sbb air dier baru turun skit..sbb time tuh hujan tak hujan 2 ari....


si kecil yg kesejukan...hehe



setakat nih je la ekkkk.....kang tmbh2 jd panjang lebar lak...

sujudku syukur kehadrat ilahi kerna dgn limpah kurnianya. dpt kurasai nikmat2 yg diberi walau ku akui trlalu kerdil n sedikit syukurku padamu atas segala nikmatmu yg tiada terbilang dan tak mampu untuk ku membilang....

kadang2 terfikir jua aku andai hilang smua nikmat2 ini, masih mampu kah untuk aku berdiri???masih teguh kah aku seperti hari ini???

selayak2nya kusandar padamu ya ilahi, agar aku terus pada jalan mu.

Friday, December 5, 2008

- hujung minggu -

hujung minngu lps mmg memenatkan sbb uia pj nih wat raudhah festival....letih sesngt nasib baik tak demam jerh.....n nasib baik assignment semua dh siap kan awal2 n dh ready for quizz awal2....Alhamdulillah...
sbb dh ader dlm mood cuti, jd entri kali ni ringkas jer la ekkk....
hujung minggu, minggu lps kene bukak n jaga stall utk comp club n ikhwan corner. n kene jd committe untuk yaumul usrah(ari keluarga). so nih sedikit jeh la gmbr2 ntuk dikongsi..jgn marah...selamt ari rayer aidil adha n selamat bercutiz...:)

ikhwan corner

dgn peserta yaumul usrah..:)

wth ikhwan corner crew..
salam:)