BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, December 25, 2008

-cinta-

Awak...

Saya ingat lagi, saya melihat awak yang serabai melintas jalan sewaktu saya pulang dari masjid. Saya ingat awak akan mengelak apabila hon dibunyikan oleh kereta tu, tapi awak buat tak tahu je. Saya pula entah dari mana datangnya keberanian menarik tangan awak agar awak tak dilanggar kereta. Kemudian , saya tampar awak. Awak tahu kenapa??? First, sebab awak nak bunuh diri awak. Takkan awak tak tahu yang membunuh diri adalah dosa yang paling dimurkai Allah. Second, gara-gara saya nak selamatkan awak saya tersentuh tangan yang bukan muhrim saya iaitu awak. Awak tahu tak sepanjang hidup saya, saya tak pernah pegang tangan lelaki lain kecuali tangan ayah saya??

Esoknya, saya terjumpa awak lagi kat masjid tempat saya mengajar kanak-kanak membaca Al-Quran tu. Anehnya, awak kelihatan kemas dan tak serabai macam semalam. Awak cakap, awak ada perkara penting nak beritahu. Awak luahkan semuanya pada saya kecuali apa yang mendorong awak untuk membunuh diri semalam. Awak cakap, awak jahil tentang Islam walaupun awak seorang muslim. Arak dah menjadi teman hidup awak. Saya tanya awak mengenai solat, puasa, zakat dan haji. Saya hampir pengsan bila awak beritahu awak tak pernah solat dan puasa sepanjang awak hidup selama 25 tahun ni kerana awak dah terlalu lama menetap di bumi Landon. Awak minta tolong saya ajar awak agama. Pada mulanya, saya tak mahu namun atas dasar persaudaraan sesama Islam, saya setuju.

Mulai hari itu, awak rajin ke kelas mengaji yang saya adakan. Mula-mula saya rasa nak gelak sebab awaklah anak murid saya yang paling tua. Lepas tu pulak awak baru baca Iqra' dengan saya. Tapi awak sabar dan tak sampai 4 bulan awak dah boleh baca Al-Quran. Saya ajar awak pasal solat, haji, zakat dan puasa. Hati awak memang cerah, sekejap sahaja saya ajar hal solat, then awak awak dah boleh solat sendiri. Pada suatu petang, awak datang pada saya...bukan sebab nak belajar agama, tetapi dengan tujuan lain.

"Humaira, sudi tak jadi permaisuri di hati Iman...Sudi tak kahwin dengan Iman??"

"Ha, kahwin..Mana boleh...ehhh saya tak nak Iman, Jangan buat gila.."

"Please, Humaira I beg you. Kalau awak jadi isteri saya, lagi banyak masa awak boleh ajar saya pasal Islam. Tolong Humaira, masa saya semakin suntuk."

24:26

Resah melihat awak yang begitu mengharap, saya akhirnya bersetuju. Tapi saya tak faham dengan ayat 'masa saya semakin suntuk' yang awak katakan.

Akhirnya kita berjaya mendirikan mahligai impian. Kita tinggal di kondominium milik awak di Kuala Lumpur. Seminggu saya menangis rindukan ayah saya yang tinggal seorang di Terengganu. Sejak ibu saya meninggal sewaktu melahirkan saya, tak pernah sekali pun saya berpisah dengan ayah saya. Tapi awak pandai...setiap hari awak akan bagi saya teddy bear yang berlainan pada saya. Saya memang suka bear..Bila saya peluk bear-bear yang awak kasi tu, barulah terubat sikit rasa rindu pada ayah, sebab badan ayah macam bear-bear ni semua. Dua minggu usia perkahwinan kita, dah 14 teddy bear saya terima, Saya happy sangat, awak!

Suatu hari tu, ketika kita sedang menjemur pakaian bersama-sama, hidung awak tiba-tiba berdarah, kemudian awak pitam. Saya dah mula cemas. Lalu, dengan bantuan jiran, awak dihantar ke hospital. Disana barulah saya mengerti kata-kata awak tidak lama dahulu. 'Masa semakin suntuk'. Kenapa awak tak pernah beritahu saya awak sakit Leukemia.

Dua hari awak tidak sedarkan diri. Sewaktu awak sedar malam tu, awak beritahu saya sebab kenapa awak nak bunuh diri hari tu dan mengapa awak hendak berkahwin dengan saya. Hari tu, awak nekad hendak bunuh diri sebab awak tak boleh terima diri awak sakit. Awak mengahwini saya kerana awak ingin memiliki seseorang yang boleh membimbing awak ke jalan yang benar. Awak juga jujur dengan saya. Awak cakap saya bukan cinta sejati awak kerana cinta sejati awak hanya pada Islam dan Allah. Saya akui agak terkilan kerana saya bukan cinta sejati awak, tapi biarlah kerana pada saya, dicintai awak sudah cukup bermakna, malah cinta awak sudah terpatri pada yang selayaknya.

Awak berkeras tak nak buat sebarang rawatan walaupun semakin teruk. Rambut awak dah sikit..wajah awak cekung..badan awak kurus sangat. Awak hanya mampu duduk di kerusi malas, di kerusi malas tu lah awak solat dan baca Al-Quran. Tapi saya kagum dengan awak, sebab awak tetap puasa walaupun kadang-kadang awak menggigil sebab terlampu sakit.

Sepuluh malam terakhir Ramadhan, awak berdegil tak mahu tidur sebab nak tunggu malam Lailatul Qadar. Saya sering menyuruh awak tidur, kerana takut kesihatan awak terganggu. Tapi awak cakap, awak tetap nak tunggu kerana awak takut awak tidak sempat untuk bertemu Ramadhan yang berikutnya. Namun, saya akui takut untuk membiarkan awak tidur kerana saya takut awak akanterus tidur dan tak bangun-bangun lagi.

Malam terakhir puasa, awak kelihatan bersinar-sinar. KIta sama-sama solat tarawih..peliknya, awak sujud lama sangat...Awak, awak solat terawih ke solat sunat taubat??? Saya seperti dah mengerti sesuatu. Saya teruskan solat tarawih sehinggalah 12 rakaat..Tapi awak masih lagi begitu. Masih lagi sujud...

Bila bahagia mulai menyentuh,
Seakanku bisa hidup lebih lama,

Namun, harusku tinggalkan cinta.

Ketikaku bersujud....

Awak dah pergi...namun kehilangan awak tak harus diratapi kerana awak bukanlah juga cinta sejati saya. Cinta sejati dan hakiki saya hanya pada-Nya dan agama-Nya...Assalamualaikum Iman suamiku, semoga kita sama-sama meraih cinta sejati kita.....


1 comments:

run^nia in wonderland said...

cerpen ni buatan sendiri ke?menarik2.sangat tersentuh =)