BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, November 21, 2008

-Sang Biawak-



diriwayatkan oleh Ibn Kathir dalam al-Bidayah wan-Nihayah bahawa al-Baihaqiy menceritakan dari Abu Mansur Ahmad bin Ali al-Damghaniy dari daerah Namin di Baihaq, dalam sebuah kisah yang disampaikan dari Umar R.A.:

Rasulullah s.a.w sedang berjalan dengan sekumpulan para sahabat, tiba-tiba datang seorang arab badwi dari bani sulain kehadapan Rasulullah s.a.w.
beliau membawa bersamanya seekor biawak padang pasir(dhab) yang ditangkapnya, dan bercadang untuk membakar haiwan itu untuk dimakan.

Melihat ramai yag berjalan itu, beliau tertarik untuk mendekati dan bertanya siapakah gerangan yang sedang mereka iringi.apabila diberitahu mereka sedang mengiringi nabi, maka dia terus mendekati nabi lantas berkata: "demi tuhan latta dan uzza,tiadalah sesuatu yang terdapa di alam ini yag lebih kubenci wahai Muhammad! kalaulah tidak kaum ku memanggilku dengan panggilan tergesa-gesa, tentulah aku sudah memenggal kepalamu lalu aku dapat menegembirakan hatiku dan hati semua manusia yang berkulit hitam, putih dan merah serta selainnya!"

Umar al-Khattab menjadi marah, lalu bangkit lalu berkata: “wahai nabi! Biarlah saya mengakhirkan hidupnya!”

Nabi s.a.w tenang menjawab pemintaan Umar: “Wahai umar! Tidakkah engkau tahu bahawa orang yang lemah lembut itu hamper diangkat menjadi nabi?”

Nabi kemudianna berkata kepadaarab badwi itu: “apa yang menyebabkan engkau berkata demikian?? Sepatutnya egkau menhormatiku dalam perhimpunan bersama sahabatku!”

Arab badwi tersebut tidak mengalah bahkan sebaliknya berkata: “demi tuhan latta dan uzza! Aku takkan beriman kepadamu wahai Muhammad hinggalah biawak ini beriman kepada mu,” katanya sambil mengeluarkan biawak itu lalu melemparkan kepada kehadapan Nabi Muhammad s.a.w.

Nabi s.a.w memanggil biawak itu. Kedengaran biawak itu menjawab dengan bahasa arab yang fasih dan difahami dengan semua orang yang hadir: “ya wahai Muhammad!”

Nabi bertanya: “kepada siapakah kau beriman??”

Jawab biawak itu: “ saya beriman pada tuhan yang dilangit itu ’arasy-Nya, dibumi itulah kekuasaan-Nya, dan dilautan itulah jalan-Nya, dan disyurga itulah rahmat-Nya, dan dalam neraka itu azab-Nya!“

Tanya nabi lagi: “aku ini siapa wahai biawak?“

Jawab si biawak itu: “ Tuan adalah utusan Allah, yang dimiliki sekalian alam! Amat lah beruntung orang yang mendokong perjuangan tuan, dan binasalah orang yang mendustakan tuan!“

Mendengar kata-kata biawak itu, arab badwi itu lantas berkata: “ Wahai Muhammad! Sebelum ini engkau orang yang paling aku benci, tetapi hari ini engkau adalah orang yang paling aku kasihi berbanding dengan bapaku, diriku sendiri, engkau amatku kasihi zahirku dan batinku.“kemudian beliau mengucapkan kalimah syahadah dihadapan semua yang hadir: “ Aku naik saksi tiada tuhan yang sebenarnya layak disembah melainkan Allah dan nabi Muhammad adalah pesuruh-Nya.“

Lalu Rasulullah s.a.w berkata: “syukur kepada Allah yang telah menganugerahkan hidayah-Nya kepadamu, sesungguhnya Islam ini adalah yang paling tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya, dan ia tidak diterima tanpa solat, dan solat pula tidak diterima melainkan Al-Quran.“

Jawabnya: “kalau begitu ajarlah saya Al-Quran itu, wahai nabi!“ Nabi pun mengajarnya membaca surah al-ikhlas.”

Beliau berkata: “saya tak pernah mendengar kata-kata yang lebih Hebat daripada ini!”

Nabi menanbah: “ini adalah perkataan Allah, bukannya sajak, jika engkau membaca surah al-ikhlas ini sekali, ganjarannya disisi Allah seumpama engkau membaca sepertiga al-quran. Jika engkau membaca dua kali seumpama engkau membaca dua pertiga al-quran dan jika engkaiu membaca tiga kali seumpama engkau telah membaca keseluruhan al-quran.“

Jawab arab itu: “ tuhan itu adalah tuahn kami, Dia menerima dari itasedikit tetepi Dia membalasnya dengan banyak!“

Nabi bertanya kepadanya : “Adakah kamu memiliki harta?“

Jawab beliau: “tiada seorang pun dari bani sulain lebih miskin daripada saya.“

Nabi bersabda kepada para sahabat: “berikan kepadanya apa-apa yang kamu ada!”

Para sahabat memberikannya bantuan hinggakan dia mendapat harta yang Amat banyak terkumpul. Kemudian Abd Rahman bin Auf r.a berkata kepada nabi: “wahai Rasulullah! Saya memiliki seerkor unta yang hamil sepuluh bulan, yang sederhana besarnya, yang saya perolehi dariu perang tabuk, sekarang saya hendak mendekatkan diri kepada Allah. Saya ingin menghadiahkannya kepada saudara baru saya ini!”

Nabi s.a.w bersabda: “ engkau menceritakan tentang untamu yang telah engkau hadiahkan kepadanya, sekarang aku akan menceritakan bahagianmusebagai balasan yang diberikan Allah di akhirat. Allah s.w.t akan menganugerahimu di akhirat unta yang diperbuat dari permata hijau, tengkuknya dari permata kuning memiliki pelana yang hebat dan ia akan melintasi titian sirat dengan pantas seperti kilat, semua orang akan merasa iri kepadamu pada hari kiamat.”

Kata Abd Rahman: “ saya redha dengannya wahai nabi. “

Arab itu pun keluar dari kawasan itu. Sekonyong-konyong datang kaumnya dari bani sulain saramai seribu orang menaiki seribu ekor unta membawa bersama mereka seribu pedang dan lembing.

Dia bertanya “kemanakah haluan kamu? Mereka menjawab: “ kami ingin memerangi orang yang menghina tuhan kita! Kata arab badwi itu kepada kaum
nya: “ Jangan! Aku sendiri telah beriman kepadanya!“ Lalu kesemua kaumnya beriman kepada Rasulullah.

*Biawak padang pasir atau dalam bahasa arab dikenali sebagai “dhab“ adalah binatang yang mempunyai corak seperti buaya bersaiz kecil seperti biawak, tetapi lidahnya berbeza daripada biawak kerana ia tidek bercabang.





p/s: terima kasih kepada kamal mursyid (acu @ adik aku) kerana tolong aku membaca untuk aku taip dalam entri kali ini:)

1 comments:

a.j. said...

woh!! cerita yang hebat!! sollu a'laih!

thnx thnx