BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, October 20, 2008

HATI-HATI DENGAN GAME!!!!


lagi....lagi.....lagi.....

ISLAM terus dihina dan dipermainkan...
bagai dunia ini sudah tiada penganutnya....
kali ini pula ia bertambah2 lagi game yg menhina mahupun dikaitkan dengan ISLAM....

Timbul kemarahan umat Islam kerana muzik gabung ayat al-Quran


CHICAGO: Pengeluar permainan video terkemuka dunia, Sony, menarik balik berjuta-juta salinan permainan baru komputer selepas ia menimbulkan kemarahan umat Islam kerana menggabungkan muzik dengan ayat al-Quran, lapor akhbar Chicago Sun-Times.

Permainan Sony's LittleBigPlanet, yang dijadualkan berada di pasaran Jumaat ini, memaparkan gabungan sebuah lagu dengan dua ayat al-Quran.

ia mengundang kemarahan umat Islam yang menyifatkan ia satu bentuk penghinaan.

"Kami menganggap gabungan muzik dan ayat al-Quran amat menyinggung perasaan. Kami berharap anda boleh membuang trek itu dari permainan dengan segera," kata salah seorang pemain dalam ruang mesej internet.

Ini bukan kali pertama syarikat pengeluar menarik balik permainan dari pasaran kerana menghina umat Islam. Firma Nintendo dari Jepun terpaksa mengubah suai permainan yang sudah dipasarkan, The Legend of Zelda: Ocarina of Time selepas mendapati ia mengandungi zikir.

Bulan lalu, permainan komputer yang menonjolkan wira Amerika yang dihantar untuk 'memusnahkan umat Islam' mencetuskan kemarahan di Britain.

link:
http://www.theage.com.au/news/digital-life/games/articles/koran-references-force-littlebigplanet-delay/2008/10/20/1224351118183.html

0 comments: