BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, August 20, 2008

Kerana Kau Saudara :)







ADA APA DENGAN 21 OGOS????

Pada 21 ogos 1969, seorang penganut fahaman Zionis beragama Kristian dari Australia, Dennis Michael telah membakarsebahagian daripada runag utama Masjid Al-Aqsa. Antara yang mengalami kemusnahan daripada tindakan keganasan tersebut ialah mimbar, masjid yang telah dibina semenjak zaman Nuruddin al-Zinki dan pernah digunakan oleh Salahuddin Al-Ayyubi dizaman pemerintahannya. Seharian suntuk , umat Islam telah bertungkus lumus bersama-sama memadamkan api dan juga menyelamatkan kesan-kesan sejarah di masjid tersebut.

Bagi penjenayah yang telah bertanggungjawab membakar Masjid Al-Aqsa pula, beliau telah dibebaskan oleh rejim Zionis kerana didapati "tidak siuman" walaupun dari segi profesionnya beliau merupakan seorang doktor perubatan!!!

Sebagai reaksi terhadap peristiwa pembakaran tersebut, Negara-negara Islam telah bersetuju menubuhkan OIC sebagai langkah menjadi isu Palestin dan Masjid Al-Aqsa sebagai "isu umat Islam Sedunia" Semenjak hari itu jugalah , 21 ogos dianggap sebagai hari memperingati Masjid Al-Aqsa SEDUNIA. Sayangnya, sehingga kini, bukan hanya sekadar isu Palestin tidak dapat diselesaikan oleh OIC , malah isu Masjid Al-Aqsa yang sepatutnya diambil peduli oleh umat Islam terpinggir dari agenda OIC.

Bagaikan tiada peliknya jika mendapati bahawa majoriti anak-anak muda kita dan juga generasi tua sekali pun tidak tahu menahu bahawa Masjid Al-Aqsa pernah dibakar pada tahun 1969. Lebih menggerunkan lagi ramai yang kurang mengambil peduli  tentang ancaman para pengganas Yahudi untuk menawan Masjid Al-Aqsa semenjak dahulu lagi. Berbanding dengan kepekaan mereka terhadap siapakah yang bakal memenangi Akademi Fantasia atau Geng Stars atau mana-mana pronram realiti tv yang di polaporkan oleh Yahudi dan Barat.

Atas kesedaran inilah, jika anda terbaca artikel ini, dan merasakan taggungjawab anda untuk mempertahankan Masjid Al-Aqsa dari dibakar buat kali ke-2 atau pun dirobohkan terus dan digantikan dengan "Kuil Yahudi" , maka tindakan segera wajib dilakukan. Mulai dengan anda sendiri, ketahuilah sejarah dan maklumat berkaitan sejarah Palestin dan sejarah Masjid Al-Aqsa. Persiapkanlah diri anda dan keluarga anda untuk menyahut seruan jihad jika ia dilaungkan demi  mempertahankan Masjid Al-Aqsa. Didiklah keluarga, anak-anak, saudara-mara, jiran tertangga dan rakan taulan tentang kepentingan Masjid Al-Aqsa di dalam Aqidah umat Islam.

Jika anda mampu, sebarkan maklumat-maklumat atau artikel-artikel yang berkaitan dengan Masjid Al-Aqsa kepada mereka yang lain, baikot barang-barang keluaran Yahudi, dan doakan saudara-saudara kita disana, hulurkan tangan ringankan beban, agar kesedaran yang timbul nanti  membawa kepada natijah yang positif dimasa akan datang. Lakukan segera tindakan proaktif sebelum sampainya masa umat Islam hanya mengenali Masjid Al-Aqsa selepas ia dirobohkan dan digantikan dengan "Kuil Yahudi". Pada waktu itu, segalanya sudah terlambat!!!

Jadi,  jangan kita jadikan bulan Ogos ini adalah semata-mata bulan kemerdekaan Negara kita, tetapi ia juga adalah bulan memperingati dimana maruah agama kita dicalar oleh kafir laknatullah. Kalau bukan kita yang sedar mengenai perkara ini untuk menyebarkannya siapa lagi yang layak,berhak dan bertanggungjawab untuk memikul tanggungjawab ini??siapa lagi???!!!

(dipetik dan diolah dari buku "Al-Aqsa Dalam Bahaya" karya Maszlee Malik)

0 comments: