BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, August 18, 2008

EDAR RISALAH DAN BERBAJU HITAM...

dr sahabat aku untuk perkongsian dengan semua:)

(http://dhanysarip.blogspot.com/2008/08/jom-edar-risalah-juga-berbaju-hitam.html)

Ada apa dengan 21 Ogos 2008?


Ada! Genap 39 tahun Masjid Al-Aqsa yang mulia telah dibakar oleh Dennis Micheal Rohan, warga Australia yang menganut agama Yahudi.

Aku kongsikan bahan edaran sempena ulangtahun yang akan berlangsung esok. Ayuh, sebarkan mesej kemanusiaan. Buktikan solidariti umat manusia sejagat dalam mempertahankan kiblat pertama umat Islam itu.

Bahagian Luar



Bahagian Dalam


Cetak di bahagian depan dan belakang, kemudian lipat dua. 

Hakcipta tidak terpelihara. Demi Allah Ta'ala dan Rasul-Nya. 

Seperkara lagi. Ayuh berpakaian serba hitam pada esok hari. Bukan sebagai manifestasi perkabungan (entah wujud ke tidak istilah ini?), sebaliknya simbol kegelapan. Kegelapan yang mendamba sinar. Kesedihan yang menyelebungi. Inilah yang dihadapi oleh rakyat Palestin. Saban hari dilayan tidak ubah seperti haiwan oleh puak Israel yang sarat nilai kebinatangan.

Cahaya itu pasti datang. Segalanya terpateri di dalam ayat-ayat Tuhan. Siapa lagi yang paling mengotakan janji, melainkan Allah Ta'ala.

Selain itu, berpakaian hitam beramai-ramai akan mewujudkan suasana yang signifikan. Maka ambillah peluang untuk menyebarluaskan mesej kemanusiaan ini.

Setakat itu sahaja niat berpakaian hitam untuk beramai-ramai. Bukan kerana berkabung lalu menurut kepercayaan agama lain atau mempromosikan black metal, apalagi meraikan hal-hal yang bertentang syarak.

Cepat, selongkar almari anda sekarang. Atau pergi basuh baju.

Berpadu jiwa mempertahankan Masjid Al-Aqsa. Al-Quds, kami senantiasa bersamamu! Mari menyumbang kepada rakyat Palestin. Sumbangan boleh disalurkan ke: 

Akaun Maybank 562209608847 atas nama “Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia” (Sila fakskan bank-in slip pembayaran ke 03-4107 1754) 

atau 

Pembayaran krediti card secara online melalui laman sesawang di bawah
http://www.jim.org.my/e-bazaar/index.php?main_page=product_free_shipping_info&cPath=3&products_id=27&zenid=90f4f7ee436e769fa040c09849ea54e0
http://fast2fund.blogspot.com/

0 comments: