BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, July 11, 2008

ilmu Imam Ghazali dirompak!!!

Imam Ghazali merupakan seorng ulama yang agung di zamannya malahan banyak kitab-kitab beliau masih menjadi rujukan sehingga sekarang. Imam Ghazali seorang yang sangat berilmu dalam pelbagai bidang termasuk bidang akhlak.

Semasa dalam pengajian, Imam Ghazali rajin mencatat apa yang diajar oleh gurunya. Setiap kali gurunya mengajar, Imam Ghazali menyediakan helaian kertas dan sebatang pena. Begitulah keadaannya sehingga tamat mengaji.

Apabila tamat pengajian, Al-Ghazali terpaksa pulang ke kampung halaman untuk menemui ahli keluarganya. Helaian kertas yang tercatat ilmu pengetahuan,diikat dengan tali dan di masukkan ke dalam guni. Maka pulanglah ia dgn membawa seguni ilmu pengetahuaan. Al-Ghazali mengikuti satu khafilah utk sampi kampung halamannya. Dalam perjalanan, khafilah tersebut telah ditahan oleh sekempulan perompak. Habis semua barang-barang yg berharga dirampas oleh perompak.

Apabila tiba giliran Al-Ghazali,perompak-perompak menyangka bahawa guni yang berisi ilmu pengetahuan itu sebagai harta yang berharga.Semua perompak-perompak tersebut berebut untuk merampas guni itu.

"Ambilah barang-barang ku yang kalian suka, tetapi janganlah ambil ginu itu."kata Al-Ghazali.

Para perompak berasa sangsi dgn kata-kata Al-Ghazali, kerana selalunya orang akan berkata demikian untuk mempertahankan haknya. mereka tidak sabar untuk membuka ikatan guni itu.

Alangkah terperanjatnya, guni tersebut hanya berisi helaian kertas yang banyak. Puas mereka meraba-raba isi guni tersebut, tetapi tidak ada apa pun yang berharga di dalamnya.

"Dia seorang gila." Kata salah seorang daripada perompak yang tidak mendapat apa-apa pun barang berharga di dalamnya.

"Hei, kamu orang gila ke?mengapa kamu bawa kertas-kertas buruk ini?," Tanya ketua perompak kepada Al-Ghazali.

"Mungkin bagi kamu semua kertas buruk ini tidak berharga , tetapi ia amat berharga bagi saya." Jawab Al-Ghazali.

"Apa meksud kamu mengumpul kertas-kertas ini?" Tanya kertua perompak.

"Sebenarnya kertas-kertas tersebut adalah hasil catatanku bertahun-tahun dari sebuah pengajian ilmu. Jika kalian merampasnya, bermakna hilanglah hasil usahaku menuntut ilmu."Kata Al-Ghazali.

"Jadi ilmu kamu hanya ada pada kertas-kertas itu?"Tanya ketua perompak.

"Ya, itulah ilmuku."jawab Al-Ghazali.

"Kalau begitu engkau masih BODOH lagi.."Kata ketua perompak.

"Kertas-kertas itu bukanlah Ilmu. Bagaimana kalau aku rompak dan rampas serta kubakar kertas-kertas tersebut? Kalau begitu Ilmu pengetahuanmu dapat kurompak."Kata ketua perompak lagi.

"Betul juga kata ketua perompak itu." Kata Al-Ghazali didalam hatinya.

Sejak hari itu, Al-Ghazali menghabiskan masanya menghafaz semua ilmu-ilmunya yang terdapat pada helaian-helaian kertas. Siang hari Al-Ghazali akan mengurangkan makan dan menghafaz apa yang dicatatnya sehingga larut malam.

Akhirnya Al-Ghazali berjaya menyimpan semua ilmunya di dalam otaknya sehingga menjadi seorng ulama besar yang terkemuka....

p/s: hurm, minggu yang agak memenatkan bagi aku. banyak nk kene paham n hafal:(.namun masih di bagi kesempatan untu menulis.Alhamdulillah.
sedang lepak2 mencari bahan bacaan pada hujung minggu(jumaat-ahad),terpandang pulak lampiran kertas yang diberi oleh seorg sahabat bernama Suhail:)thanks atas kertas yang memberi motivasi ini:).lantas aku semadikan didalam blog ini untuk perkongsiaan dgn sahabat2 yang sudi membaca:)
kesimpulan cerita tu aku tak cakap lg kan.....

Kesimpulannya disini,marilah kita semua menyorong diri untuk mengutip sebanyak mungkin "permata-permata ilmu" anugerah daripada Allah di bumi barakah ini. mulakanlah dengan budaya mencatat, kemudian memahami, menghafaz, mengaplikasikan dalam kehidupan seharian kita dan seterusnya menyampaikan kepada sekalian umat demi mengejar 'redatillah'.
InsyaAllah:)