BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, June 21, 2008

GALERI:Syahadah Di Ringlet

Dikongsikan koleksi foto pengIslaman tiga orang saudara kita; Amar Thapa(33), Shob Bahadur(27) dan Joy Dass(25). Petiklah ibarah sedaya mungkin dari kisah yang mengharukan ini, betapa ramai yang benar-benar menginginkan hidayah Allah Ta'ala, berbanding kita yang lazimnya alpa. Nikmat iman bukan lagi manis untuk dinikmati, sebaliknya langsung tiada keistimewaannya!


Kisah penyingahan HIDAYAH dihatimu kurniaan Ilahi kutitipkan dalam entri kali ini,moga menjadi ikhtibar bahawa manisnya ISLAM dan KALIMAH SYAHADAH itu.dari kiri:Joy Dass(25),Shob Bahadur(27) danAmar Thapa(33).

Sekitar jam 7.10 malam, khutbah Syahadah mula disyarahkan oleh Abang Dhany dan sahabat2 yang hadir meraikan mereka('krew pendengar gema',ok x name tuh:P). Peluang bernilai ini dimanfaatkan sepenuhnya demi memberi pencerahan tentang Islam,apa yang bengkok perlu di luruskan,apa yang malap perlu di terangkan,tetapi kita perlu sedar jua,bahawa segala-gala yang berlaku atas kerhendak YANG BERKUASA JUA:). Pelbagai soalan dikemukakan dan dapat dirungkaikan. Alhamdulillah, Allah Ta'ala melembutkan jiwa Amar dan Shob, mudah benar mereka menerima penjelasan juga jawapan.

saudara auzan menambah:) syarahan mengenai ISLAM,segala persoalan perlu dirungkai dan dijawab dengan baik...."ya Allah,singgahkanlah Hidayahmu yang suci ke hati mereka"....Amin...


Amar Thapa(baju putih) sedang memikirkan sesuatu,mungkin jua persoalan-persoalan yang ingin di tujukan......"ya ALLAH lembutkanlah hati mereka,agar mudah menerima ISLAM,sesungguhnya engakau MAHA BERKUASA diatas setiap sesuatu, kedapaMU aku berserah ya ALLAH..."

moga kemanisan dalam pergaulan bisa melembutkan hatimu:),perbincangan yang baik ialah perbincangan/suara dari kedua-dua belah pihak...:)

Akhirnya,"YA ALLAH KAU LAH MAHA BERKUASA,SESUNGGUHNYA KEPADAMU TEMPAT AKU KEMBALI".Saat yang begitu syahdu dan menyentuh hati bagi siapa yang bisa mengerti,jua bisa mengalir air mata bagi siapa yang mengetahui erti sebenar'syahadah' , SYAHADAH Amar dan Shob mula kedengaan. Moga-moga sinaran iman lestari selamanya, lalu dimatikan dalam husnul khatimah.Amin...(-_-)

Maha Suci Allah, akhirnya Joy turut memilih untuk menganut Islam. Sebegitu mudah Allah Azzawajalla melembutkan hati umat-Nya. Kuasa Tuhan mengatasi segala!"Ya ALLAH singgahkan dan iringi hidayah dan taufiq dalam hidup kami jua".....

Akhirnya kau adalah saudara kami jua(syukur kehadrat ilahi).....:gambar bersama saudara kami yang kini lazat menghadami buah-buahan iman yang ranum tidak terperi. Adakah kita nantiasa bersama-sama mereka?

"SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG MUKMIN ITU BERSAUDARA" (AL-HUJURAT49:10) moga ukhuwah kita tak terputus begitu sahaja(proses follow up:)

Saudara apakah engakau ini,biar baru memeluk ISLAM tetapi sifatmu seperti sudah sekian lama mengenali dan menganuti ISLAM.Pemberian yang tak disangka-sangka dan cukup istimewa buat kami. Terima kasih, semoga Allah Ta'ala berkati kamu.




Moga-moga persaudaraan yang tercipta kekal mewangi hingga ke Jannah:) “TIDAK SEMPURNA IMAN SESEORANG SEHINGGADIA MENYAYANGI SAUDARANYA,
SEPERTI MANA DIA MENYAYANG DIRINYA SENDIRI”

Dikaulah saudara baruku,namamu tercat didalam dairi hidupku,dikau juga yang membuat aimataku mengalir kerana ingin kembali kepada fitrah kejadian sepertimu,kerana telah bnyk kerosakan telah ku lakukan selama ini.moga kita sama-sama berada dibawah RAHMATNYA jua sentiasa berada dalam AGAMANYA.....:)

p/s:moga kisahmu ini menjadi khtibar pada para pembaca....sama-sama kita menyorong hati kita untuk kembali kepada fitrah serta mengenali,mengetahui dan memahami erti sebenar SYAHADAH....:)



Kerlipan Cinta
Album :
Munsyid : rabbani

Hidayah ..
Kerlipan Cipta Cintaku
Harum Rembulan Mawar
Dingin Dihakis Keseorangan ....
Aku masih menghitung diri ..
Kesiangan yang panjang
Ingin mengisi hati
Padamu kasih
satukan aku
Dengan rahmatmu
Dengan Kalimah
Malam Siangku
Berliku liku
Duri Dugaan
Siratan Cinta
Biar di jemala mentari
dan di bahu gunung berapi
pasrahku abadi untukmu ..untukmu....
Ku kembara setia disisinya ...
Ku inginkan Bahagia abadi
ku impikan sentosa dibawaha naungannya
selamanya............ :)

2 comments:

Anonymous said...

salam ya akhi.....
alhamdulillah bertambah la saudara kte yg beragama islam...gmbre aku dgr ,,rahman bersyukur nye ko dapat join misi 2....kalau la aku dapat join msti aku xkn lepaskn...hehe
tp niyh maybe rzki utk ko sndr mlihat di depan mate 3 org hamba allah yg mlafazkn syahadah tnde mnerima agama allah iaitu agama islam...sejujurnya,,kalau la aku yg de kt c2 tyme 2 msti aku xterthn utk mngalirkn air mate gmbre ..huhu..hopely mkin ramai ar yg mmeluk agama islam niyh bkn krana tpkse or dipakse ttpi ngn seikhlas hati....btol x....??
n bg insan yg lahir ke dunia niyh yg mmg beragama islam dharapkn lg bertmbah ktaqwaannya kpd ALLAH n sntiase berdoa moge tdak terpesong hati mreka dr sirat allah..insyaallah,,syukurlah krn dlahirkn mnjd seorg yg islam,,lastly.....same2 ar kte igt mngingati...~~ :)

Anonymous said...

man....
teruskan usaha ko yer...
doa2 aku pun leh jdik cm ko.....
:)

aku myokong usaha murni ko nih !!
-izni-